Setiap kali anak-anak jantan pulang ke rumah, ada sahaja projek panjat memanjat yang akan saya susunkan. Biasanya sebelum ini saya akan buat sendiri tapi sejak mencapai hujung usia ini rasa gayat pulak bila bersangkut dengan hal panjat memanjat. Kebetulan semua anak-anak balik di malam raya baru-baru ini, dan nampak kipas dinding yang penuh berhabuk kita suruh sahaja abangnya bukakkan. Saya cuma basuh dan lap biar kering kemudian adiknya pulak pasangkan semula. Kerja siap dalam masa 10 minit sahaja bila ada kerjasama.
Seperti baru. |
Kebetulan pulak sekarang masuk musim mentol lampu tamat tempoh. Semuanya seakan berpakat untuk arwah satu persatu bermula dengan lampu di bahagian dapur kering yang padam sebelum sambutan Aidil Fitri baru-baru ini. Yang ini saya terpaksa panggil electrician sebab melibatkan wiring. Depa tukar semua dan ganti satu set lampu LED yang baru dengan bayaran RM80.
Siap. |
Selepas Aidil Fitri lampu dapur basah pulak padam. Yang ini hanya perlu ganti mentol sahaja. Hanya perlu buka yang lama dan gantikan dengan yang baru.
Lampu di bahagian dapur basah. |
Bahagian dapur bergelap sementara menunggu kepulangan anak jantanku. |
Petang tadi, kebetulan anak no-3 nak balik maka kita pesan belikan dua biji mentol, lepas tu minta tolong gantikan sekali.
Mentol LED, tahan hingga 15 tahun katanya. Kita tunggu dan lihat. |
Siap... tak sampai 5 minit. |
Alhamdulillah setakat ini rumahku syurgaku ini tidak pernah mengalami masalah yang besar. Saya cuma buat maintenance kecil-kecilan sahaja untuk upkeep keadaan rumah yang sederhana. Semoga kita sentiasa dijauhi dari ujian yang tidak mampu kita hadapi. Amiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.