Hari ni hubby ada jamuan hari raya di WTC. Majlis Korporat apa entah... saya pun tak ambik port. Lagi pun semua pergi lone ranger tak bawa partner maka kita ambik peluang me-time. Semalam seharian dok mengemas pasu-pasu pokok yang dah arwah, hari ini saya cuma nak duduk diam-diam dalam rumah sahaja, padahal takde maknanya makcik nak duduk diam-diam. Lepas sahaja hubby hilang dari pandangan mata terus saya selongkar kabinet dapur, kemas, sisih dan buang mana yang perlu. Sebabnya:
Masa kemas-kemas meja dan angkat cawan-cawan ke dapur lepas sarapan pagi tadi teringat pulak cerita suami isteri yang saya pernah dengar. Si suami tak pernah buat air sendiri. Selalunya isteri akan buatkan. Tapi tak pernah nya suami tu nak habiskan air tu. Selalunya minum separuh je. Bagi lah air apa pun dia akan minum separuh jugak. Sebab tak nak membazir isterinya pun terpaksalah habiskan air yang separuh tu setiap kali. Lama kelamaan isterinya pun tanya, "kenapa setiap kali minum tak habiskan?" So suami dia pun jawab, sebab setiap kali buat air, isterinya buat satu je. So dia minum separuh, separuh lagi dia tinggalkan untuk isteri dia.....kira nak share-share la kan.. Suatu hari selepas suami dia meninggal dia pi minum kat kedai kopi. Masa waiter ambik order, dia hanya minta air kopi....SEPARUH cawan. 😌
So, hari ini ini saya khaskan mengemas cawan dan mug yang ada dalam kabinet dapur. Sungguh, memang banyak yang tersimpan dan tidak digunakan sekian lama. Saya lap dan susun semula dan buang mana yang rosak sahaja.
“Ummi buang je semua barang-barang tu... baru la tak semak". Beberapa kali juga anak-anak bagi cadangan setiap kali saya berkongsi rasa semak dalam rumah ni. Tapi sayang pulak nak buang dek semua barang tu ada kenangan sendiri.
Mug cenderahati. |
Fridge magnet pun melambak tersimpan sebab fridge sekarang dah tak pakai 'body' besi. |
Cawan piring yang tak cukup set. (Abaikan tupperware... geng makcik tupperware) |
Lepas ni nak kena sambung ke bahagian kabinet yang lain pulak. Berbalik kepada kisah suami isteri tadi, ada iras-iras macam cerita saya dan hubby. Cuma saya akan sentiasa buat dua cawan air, satu untuk saya satu untuk hubby. Dan hubby akan sentiasa habiskan air yang saya buat, kecuali kalau air tu tak sedap. Dan saya tahu tahap kesedapan air (tangan) saya berdasarkan baki yang tinggal dalam cawan. Begitulah… Semoga Allah kurniakan kebahagian di dunia dan akhirat. Amiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.