Friday, 28 December 2018

Cempedak oh cempedak...

Dah beberapa kali kami lalu depan gerai cempedak goreng madu 3 kat Kampung Baru tapi takde parking. Bila dah jumpa parking gerai dia pulak tutup. Dan berkali-kali juga hubby sebut nak makan buah cempedak. So kebetulan hubby jumpa buah cempedak kat Village Grocer baru ni tanpa fikir panjang terus je capai sebijik. Mentang-mentang saya takde, sukahati je dia beli buah kampung gitu dalam supermarket. Of course la kena ketuk. Harga sekilo RM13.50 sah-sah la berat kulit daripada isi. 

Kemain cempedak sebiji RM20.

Dah susah payah hubby membeli maka kita layankan aje buat cempedak goreng. Untuk menggoreng cempedak ni saya buat adunan batter sendiri sahaja. Saya gunakan dua senduk tepung beras, secubit kapur sireh (jangan banyak sangat takut nanti pahit), secubit garam dan serbuk kunyit. Tambahkan air secukupnya dan gaul adunan menjadi likat. Campuran kapur sireh dan kunyit tu menjadikan adunan berwarna oren cantik dan hasil gorengan yang rangup. Kalau yang jual kat gerai tu rasanya depa tambah bahan lain lagi. Ntahlah, saya pun tak pasti. 

Besar mangkuk dari buah....

"Kalau nak pilih buah kayu, cari yang buahnya tegang dan padat, baru la ulasnya banyak....." ayah saya memang expert bab buah-buah kayu gini. 

Buah kayu adalah term yang ayah saya guna untuk buah-buah tempatan macam cempedak, nangka dan durian. Saya jarang beli buah kayu. Kalau teringin nak makan saya akan beli yang dah siap buka dan siap packing. Terus nampak rupa ulasnya. Malas nak serabut dengan kulit buah yang bertambun nanti. Kemain belagak kau..

Untuk membelah buah cempadak ni, kena lumur pisau dengan minyak masak dahulu. Tujuannya nak elakkan getah cempedak melekat kat pisau, kang susah pulak nak cuci. Tangan pun kena lumur dengan minyak juga. Kalau malas boleh je guna sarung tangan.

Ada 15 ulas sahaja

Gaul dalam batter

Goreng dalam minyak panas.

Tadaaa....

Alhamdulillah buahnya sangat manis. Saya tak pasti berbaloi atau tidak dengan harga RM20 untuk 15 ulas cempedak ni. Yang pasti hasil gorengan ini lesap dalam sekelip mata sahaja. Berkat air tangan isteri terchenta....

PS: Lain kali boleh buat lagi.... kita pi cari cempedak dusun pulak.

Tuesday, 25 December 2018

Yet....another graduate in the family.

"Umi, Dayah dapat dua tiket VIP sebab dapat award....."

Alhamdulillah setakat ini berkat rezeki anak-anak, kami juga selalu dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Kebetulan hubby pernah kerja di UIAM dan kini berpindah ke USIM, maka pihak UIAM bagi dua tiket VIP sebagai wakil USIM tanpa mengetahui kami ada anak yang akan graduate hari pada hari yang sama. Dah jadi empat tiket VIP pulak. Dan dah alang-alang dapat tiket VIP tu kami share dengan tok besan pulak. Depa juga dapat empat tiket masuk sebab ada dua orang anak graduate pada masa yang sama. Alhamdulillah lebihan tiket yang ada tu kami share-share dengan orang lain pulak. Kebetulan ada kawan dan saudara mara depa yang ramai-ramai datang untuk turut sama meraikan kejayaan anak-anak. Alhamdulillah kami dan besan dapat sama-sama duduk di tempat VIP. 

Kami punya sesi pagi, so pepagi lagi dah keluar untuk menikmati suasana yang tenang dan damai. Parking pun agak mudah dan orang pun belum ramai. So sempatlah kami bergambar kenangan sementara suasana masih belum sibuk.

Port wajib depan CACC.

Sebelum graduan beratur untuk masuk dewan


Makcik masih belajar selpi....

Selepas mengetahui anak kami adalah antara yang graduate dan mendapat anugerah best student overall maka kalutlah pihak UIAM nak entertain parent yang bertuah ini. Depa siap cari pengiring khas untuk bawa kami pi masuk 'glass room' pulak. Sebenarnya hubby lebih suka kami pergi sebagai ibu-bapa biasa sahaja, tak perlu  protokol bagai. Tapi disebabkan pihak universiti telah sediakan laluan dan acara khas untuk staf dan bekas staf yang ada anak graduate maka kami terpaksalah meraikan tuan rumah. Haruslah saya berasa kekok sebab yang dalam 'glass house' tu semua Datuk-datin dan Tan Sri bagai. Sabo jelah....

Graduan Medic....Alhamdulillah.

The Best Student Overall.....Alhamdulillah.

Selepas majlis konvo depa iring pi makan-makan dalam majlis bersama Rector dan TNC UIAM pulak. Sebagai tetamu kita ikutkan sahaja apa tuan rumah dah susun sepanjang majlis. Walaupun saya tak biasa dengan protokol terpaksa jadi rusa masuk kampung. Yang penting kita hadirkan wajah yang manis sepanjang masa.

Kekoknya lahai... terpaksa duduk semeja dengan orang-orang besar.

With another TNC USIM dan isteri.

Tak sangka lama pulak kami berlama-lama kat dalam tu. Dah namanya tetamu terpaksalah ikut rentak tuan rumah. Rupa-rupanya depa buat acara penyampaian hadiah gambar kenangan sebagai cenderahati. Tak manis pulak kita nak keluar awal walaupun tok besan dok menunggu di luar dewan. 

By the time selesai acara makan-makan dan penyampaian hadiah orang dah sangat ramai di luar dewan sebab dah mula bertembung dengan persiapan untuk sesi petang pulak. Tak sempat nak bergambar sangat sebab hujan dah mula turun. Kami hanya sempat berlegar-legar di luar dewan sahaja sementara menunggu hubby pi ambik kereta untuk balik. Suasana pun dah mula jam teruk.

Kenangan sementara hujan reda.

Seperti biasa juga setiap kali habis program, harus ada acara makan-makan. Dah alang-alang lunch hour kita singgah sahaja di Melawati Mall on the way balik. Sebelah malam nanti ada lagi acara makan-makan dinner dengan keluarga besan. So untuk tengahari tu kita makan ringan-ringan sahaja.

Missing Ein, Amin dan Marwan sebab depa tak dapat cuti....

Seperti biasa....sabar je melayan Umi.

Sebenarnya graduan medic ni dah ada program Oath Taking Ceremony (OTC) masa kat UIAM Kuantan hari tu. Tak ingat pulak bila tarikh sebenarnya. Yang pasti, keluar je result final year, semua dah dikira graduan so depa ada special session untuk meraikan doktor-doktor baru. 

Berkali-kali Dayah pos gambar aksi pakai topi untuk approval Umi. First time nak pakai topi sarjana nervousnya bukan main lagi.

Rehearsal entah kali ke berapa

Sepatutnya macam ni tapi sebab Umi tak bekenan dahi jendul tu..... 

The proud and happy families.....

Doctors in the house....

The proud mommies....

Lepas dah selesai bergambar kami pi makan tengahari. Kedai apa ntah, dah lupa. Tapi on the way ke exit Gambang. Boleh tahan juga menunya. Macam-macam ada. Harga? Tak pasti sebab semuanya on the new graduates. Hari ni depa belanja..... Alhamdulillah.

Lepas selesai lunch kami terus gerak balik KL. Perjalanan sangat tenang dan damai. Tapi disebabkan hubby tak cukup tidur malam sebelum tu maka kami tidak mahu mengambil risiko tertido masa driving. Kami berhenti di R&R Gambang. Saya sambung drive hingga tol Karak sambil hubby tidur di sebelah. Kami switch driver apabila hubby dah segar semula. Lagipun hubby tak pernah benarkan saya drive di Hiway Karak. Alhamdulillah kami selamat tiba di Ampang sebelum jam 4 petang. Home sweet home.....


PS: Sentiasa bersama setiap kali anak-anak graduate. Mudah-mudahan kami dipanjangkan usia untuk melihat kejayaan anak-anak yang mendatang selepas ini.

*Tapi awat Dayah asyik pakai baju sama je setiap masa?

Wednesday, 19 December 2018

Makan-makan, Jalan-jalan.....

Semenjak anak-anak dah besar ni setiap kali hubby keluar kawasan setiap kali juga Umi gantung kuali. Anak-anak macam tahu-tahu je Umi dah penat nak fikir pasal masak- memasak. Asal Umi cakap je nak pi mana nak makan apa, depa dah siap awal-awal lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Alhamdulillah setakat ini saya masih boleh makan apa-apa sahaja yang terhidang. 

Baru ni kami pi makan kat warung apa ntah dekat roundabout Setiawangsa. Depa sediakan area ala-ala pondok dan pangkin untuk pelanggan yang nak duduk bersila. Awalnya kami duduk bersila kat pangkin. Tengah sedap makan tetiba dengar bunyi bising kat atas bumbung. Depa buat bumbung style atap rumbia. Rupa-rupanya ada anak kucing tengah panik nak terjatuh melalui atap yang dah berlubang. Ahamdulillah anak kucing tu masih gagah berpaut pada bahagian atap yang masih kukuh. Kalau tidak....kami pakat hirup tomyam anak kucing. Tapi banyak jugak la serpihan daun-daun rumbia yang gugur bersepah atas pangkin tu. Tengah dok kalut-kalut tu saya panggil adik waiter minta tukar tempat duduk. Takut pulak nanti ada anak kucing lain yang gugur melalui atap tu. Alhamdulillah kami pi duduk kat meja pulak. Depa angkut semua hidangan yang masih elok dan ganti dengan pinggan nasi yang baru. Kami sambung makan dengan bahagianya..... 

Thai food.

Malam tadi pi meronda kat IKEA pulak. Kebetulan anak bujangku balik kerja awal laju je depa bersiap. Style orang muda ni, depa on je kalau ajak keluar makan. Yang penting umi belanja.... Alang-alang pi sana kita ajak cucu sekali bawa jalan-jalan sambil cuci mata. Lepas makan meatball dan serba sedikit antre yang lain kami terus masuk ke kawasan display. Cuci mata sungguh. Memang takde beli apa-apa pun. Kebetulan pulak masa pun dah hampir waktu depa nak tutup kedai, jadi kita ronda-ronda tengok barang dan berangan sahaja.







"Nanti kita mai lagi....."

PS: Begitulah..... kalau dah namanya perempuan...

Monday, 17 December 2018

Pasang awning dan ubah pasu lagi... Inspirasi MAHA 2018.

Diam tak diam dah nak sampai ke penghujung tahun. Sepanjang tahun, sejak dah masuk dalam era pencen ni ada sahaja perancangan yang masuk dalam kepala saya. Tapi biasalah kan.... apa yang dirancang tak semestinya termakbul oleh sebaik-baik Yang Maha Perancang. Tapi kita tetap tidak putus asa, teruskan membuat perancangan susulan yang lebih baik.

Alhamdulillah akhirnya hajat nak pasang awning yang asyik tergendala beberapa kali sebelum ini dah dapat dilunaskan. Kebetulan ada beberapa bahagian bumbung rumah yang dah bocor, jadi alang-alang saya panggil orang repair bumbung yang dah bocor tu maka saya suruh depa buatkan gutter dan tambah awning sekali. 

Tambah awning kat bahagian tepi dapur

Mulanya depa bagi quotation RM3500 untuk 10x26 kaki persegi. Kira-kira lebih kurang RM13.50 untuk satu kaki persegi. Agak murah berbanding yang saya buat sebelum ini. Tapi bila dah komfem rupa-rupanya depa nak guna jenis atap aluminium yang biasa orang pasang kat kilang tu. Patut la murah. Bila saya kata nak yang polycarbonate tu baru depa buat quotation baru RM6500. Maksudnya RM25 untuk satu kaki persegi. Agak reasonable lah  jugak harganya. Tapi sebab nak bagi simetri dengan awning yang asal maka saya hanya ambik untuk 7x26 kaki persegi sahaja. Lepas tawar menawar depa bagi RM4500 siap pasang. Saya tak suka minta harga murah sangat takut depa bagi yang low quality. Bila dah agak-agak berpadanan dengan bajet saya akan okay sahaja. Cuma pastikan kita sentiasa ada semasa proses pemasangan itu. Being makcik-makcik ni haruslah kita sentiasa elert dengan apa yang depa buat....ala-ala Quality Controller gitu.

Awning bahagian tepi ruang tamu

Bila dah terpasang awning maka terpaksalah alihkan pokok-pokok yang asyik segan mati tak mahu pulak supaya suasana lebih nampak compatible. Sambil tu saya tukar pasu pokok-pokok yang dah berserabut penuh akar. Pasu dan tanah dah lama tersedia. Dek kerana sibuk memanjang selama ini maka rancangan pemasuan semula sebelum ini terpaksa ditangguhkan. Alhamdulillah hari ini saya nekad menyelesaikan semua tugasan walau apa pun terjadi. Kebetulan hubby di luar kawasan maka hal-hal dapur dan masak-memasak boleh dihentikan sementara waktu. Kalau lapar saya pekena megi dan roti sahaja. Dan kalau rasa nak makan lebih-lebih kita pi tunjuk kat kedai. That's the beauty of being alone.... sekali sekala.

Saya gunakan tanah yang sedia ada sahaja. Ada sekampit stok tanah merah dan tanah hitam. Maka saya gaulkan sahaja ke dalam bekas sebelum transfer ke dalam pasu baru. Sukahati saya sahaja buat nisbah sendiri. Setakat ini Alhamdulillah pokok-pokok saya hidup subur seadanya....

Gaulkan tanah merah dan hitam.

Pecahkan pokok yang padat kepada dua pasu.

Gigih susun semula pasu-pasu.

Abaikan pokok-pokok yang serabut tu untuk sementara waktu.
Yang penting pasu sudah disusun semula.

Perlu perincian lagi....

Baru-baru ni bujangku ada kerja di Ipoh. Tetiba pulak dia bawa balik batang pokok kemboja. Maka kita tambah lagi koleksi pokok di halaman rinduku ini. Setakat ini saya belum berhasil menyuburkan pohon kemboja. Yang dah ada tu pun kurus melidi sahaja dengan daun keluar macam janggut kambing. Insya Allah suatu hari nanti nak kena cari baja yang sesuai..

Gaya kemain.

Mudah-mudahan rimbun membesar .

Di kesempatan pi MAHA 2018 baru-baru ini menambahkan semangat nak menanam semula. Setakat ni kita bertahan dengan semangat jelah. Nak merealisasikan itu macam tak nampak jalan. Lagi pulak dengan kudrat yang dah di hujung-hujung ni kita hanya mampu berangan sahaja.

Taman herba angananku...

Cili merimbun.... macam tak percaya.

Berangan nak tanam orked pulak.

Kata orang, tak salah berangan. Tapi yang logik-logik sahaja. Yang penting kita sertakan dengan usaha untuk merealisasikan anganan itu.



PS: Dah dekat nak masuk tahun baru 2019 ni makin banyak pulak anganan baru yang nak masuk dalam list. Moga Allah bantu.

Salur Air Air-cond pulak.....

Dah lama saya dok serabut dengan lecak dan kulat kat kawasan bucu rumah ni. Puncanya dari titisan air dari air-cond di bilik atas. Asalnya depa dah pasang saluran air yang elok dah, dari blower terus ke lantai bawah terus ke longkang. Tapi masa install unify haritu depa pi langgar batang paip tu sampai tercabut daripada blowernya. Maka air dari air-cond tu menitik dari paip blower tu terus ke lantai. Maka mercik dan terperciklah kawasan bucu dinding itu untuk sekian lama menjadi habitat kulat dan lumut. Tambah pulak dengan air dari air-cond bilik bawah makin memburukkan lagi keadaan.... 


Masa pasang awning baru ni depa terpaksa potong saluran air air-cond bilik atas tu untuk laluan pasang bumbung. Jadi saya minta tolong depa betulkan balik saluran air dari aircond tu biar dia menitik terus ke bumbung awning sahaja. Tapi titisan air dari air-cond bilik bawah ni masih mengganggu jiwa saya. Depa pasang saluran air tu tergantung-gantung macam tu pun dah menyesakkan pandangan. Nampak air tu menitik dan terpercik merata-rata makin menyakitkan mataku.....


Maka saya berkira-kira nak DIY sahaja bahagian batang paip yang menyakitkan mata itu. Yang pasti saya nak potong lebihan batang paip tu dan sambung saluran air tu terus ke longkang supaya air air-cond tu tu tidak menitik lagi. Tak perlu panggil tukang pun. Hanya perlukan bahan asas dan skill memotong sahaja. So saya pi Mr DIY dan beli penyambung paip dan gergaji kecik. Kos tak sampai RM10. 

Penyambung paip dan gergaji.

Bahan utama.... of course la tangga.

Saya potong bahagian batang paip yang terjulur tu. Lepas tu sambung dengan batang paip yang depa potong dari bilik atas haritu, terus ke bawah. Kita recycle sahaja bahan yang dah ada.


Alhamdulillah tak sampai lima minit dah siap kerja. Anak saya selalu tegur kenapa Umi tak panggil je tukang untuk buat kerja-kerja pertukangan begini. Takde alasan. Selagi mampu saya suka buat DIY begini sebagai ganti exercise. Alhamdulillah pepagi buta dah berpeluh....

Mudah-mudahan tahan lama.


PS: Lepas ni nak fikir pasal cat-mengecat pulak...


Tuesday, 11 December 2018

Peghelih ke Ampang.

"Umi.... Nina boleh cuti awal dua minggu start hari Jumaat."

Maka seawal pagi hari Khamis 8 November 2018 lepas kami turun dari rumah terus ke tempat parking KLIA. Tiket dah beli, kereta dah sewa, hotel dah booking..... moh ler kita ke Perlis lagi. Saya pergi berdua dengan sibujang sahaja sebab Hubby sibuk.


Alhamdulillah flight on schedule. By pukul 2.15 petang kami dah tiba airport Alor Setar. Disebabkan sewa kereta bermula pukul 3.00 petang maka sempatlah kami lepak-lepak kat airport dulu. 

Setelah ambik kunci kereta sewa kami terus gerak ke Perlis. Singgah sebentar di Petronas isi minyak dan beli kudapan. Tiba bandar Kangar dalam pukul 4 petang. Disebabkan nak hantar beg untuk Nina packing barang-barang maka kami terus sahaja ke Maktab sebab kena tiba sana sebelum pukul 6 petang. Singgah sebentar di Mcd Kangar belikan burger untuk Nina dan kawan-kawan. Lepas tu terus check-in kat hotel.

Seperti biasa kami booking hotel Putra Regency Kangar. Berkali-kali pi Perlis kat situlah yang selesa untuk bermalam sebab dekat dengan tempat makan dan kemudahan lain. Hotelnya simple sahaja. Cukup lah untuk tidur semalaman.


Malam tu kami dah malas nak keluar ke mana-mana maka kita order room service sahaja. Alhamdulillah harga berpatutan. Tak payah nak kena spend masa, drive kereta cari kedai makan, cari parking lagi . Kita order by phone lepas tu tunggu je sambil lepak-lepak kat bilik.

Room service. RM40 untuk nasi goreng dan chicken chop. Not bad....

Esok paginya kami sarapan di hotel sahaja. Depa bagi free breakfast for two dan buka dari pukul 6.30 hingga pukul 10 pagi. Kalau dah berdua dengan sibujang ni pergerakan agak bebas. Kami spend masa untuk sarapan sesuka hati. Selagi ada juadah yang berkenan di hati selagi itulah kami makan puas-puas. Makanannya boleh tahan, sesuai dengan tekak saya, tidak terlalu mewah dan tidak terlalu hambar. 

Mee kuah.... not bad

Selesai sarapan kami bersiap-siap untuk check-out. Sibujang tu sempat lagi sambung tidur semula. Pukul 11.30 pagi baru bangun semula untuk mandi dan bersiap-siap. Dah namanya lelaki tak perlu nak bermekap-mekap bagai. Kalau kita kena ambik masa 30 minit, depa boleh siap dalam masa dua minit sahaja.

Sebelum check-out kita posing dulu

By pukul 12 tengahari kami dah gerak ke MRSM Beseri. Lepas angkut semua barang kami terus gerak ke Jitra. Ambik kesempatan gi ziarah anak saudara saya sambil-sambil tumpang letak barang-barang asrama Nina. Semua pelajar kena angkut bawa balik semua barang, sebab katanya maktab akan dibaik-pulih. So tak ada tempat nak simpan barang-barang.

Clear road ahead..... mana ntah semua orang.

Bersama anak dan cucu-cucu saudara....

Kami spend masa lebih kurang dua jam di rumah anak saudara saya. Depa siap masak makan tengahari. Bukan main berselera tengok Amin dengan Nina makan masakan gulai udang nenas dengan ikan goreng. Habis dua pinggan nasi. Memang marvellous. Lepas makan dan borak-borak kami gerak pi Aman Central, Alor Setar. Saja nak pi melawat kawasan.

Aman Central, Alor Setar.

Dah puas menjamu mata di Aman Central kami pi singgah solat kat Masjid Negeri Kedah. Setelah separuh abad mengaku orang Kedah baru ni kali pertama saya jejak kaki kat Masjid Negeri. Kebetulan hujan lebat jadi saya ambik peluang bertafakur sebentar dalam masjid.

Masjid Zahir yang unik...

Alhamdulillah hujan tidak lama. By pukul 6 petang hujan dah mula reda. Kami meneruskan perjalanan ke airport Alor Setar sebab janji nak pulangkan kereta pukul 6.30 petang. Flight pukul 8.30 malam. Ada masa lebih kurang dua jam untuk check-in, solat maghrib dan makan-makan. Tiba-tiba teringat menu kat restoran di balai ketibaan semalam. Terasa nak makan kuetiew kungfu pulak. Alhamdulillah anak-anak layankan saja Umi punya kemaruk. Sedap dan harga pun berpatutan. Selesai makan kami terus masuk ke balai pelepasan.

Muka excited nak balik rumah....

Alhamdulillah kami tiba di KLIA seperti yang dirancang. Hubby dah tunggu di kafe airport. Singgah minum sekejap sebelum bergerak balik Ampang... Feel so good to be back home.