Monday, 17 December 2018

Pasang awning dan ubah pasu lagi... Inspirasi MAHA 2018.

Diam tak diam dah nak sampai ke penghujung tahun. Sepanjang tahun, sejak dah masuk dalam era pencen ni ada sahaja perancangan yang masuk dalam kepala saya. Tapi biasalah kan.... apa yang dirancang tak semestinya termakbul oleh sebaik-baik Yang Maha Perancang. Tapi kita tetap tidak putus asa, teruskan membuat perancangan susulan yang lebih baik.

Alhamdulillah akhirnya hajat nak pasang awning yang asyik tergendala beberapa kali sebelum ini dah dapat dilunaskan. Kebetulan ada beberapa bahagian bumbung rumah yang dah bocor, jadi alang-alang saya panggil orang repair bumbung yang dah bocor tu maka saya suruh depa buatkan gutter dan tambah awning sekali. 

Tambah awning kat bahagian tepi dapur

Mulanya depa bagi quotation RM3500 untuk 10x26 kaki persegi. Kira-kira lebih kurang RM13.50 untuk satu kaki persegi. Agak murah berbanding yang saya buat sebelum ini. Tapi bila dah komfem rupa-rupanya depa nak guna jenis atap aluminium yang biasa orang pasang kat kilang tu. Patut la murah. Bila saya kata nak yang polycarbonate tu baru depa buat quotation baru RM6500. Maksudnya RM25 untuk satu kaki persegi. Agak reasonable lah  jugak harganya. Tapi sebab nak bagi simetri dengan awning yang asal maka saya hanya ambik untuk 7x26 kaki persegi sahaja. Lepas tawar menawar depa bagi RM4500 siap pasang. Saya tak suka minta harga murah sangat takut depa bagi yang low quality. Bila dah agak-agak berpadanan dengan bajet saya akan okay sahaja. Cuma pastikan kita sentiasa ada semasa proses pemasangan itu. Being makcik-makcik ni haruslah kita sentiasa elert dengan apa yang depa buat....ala-ala Quality Controller gitu.

Awning bahagian tepi ruang tamu

Bila dah terpasang awning maka terpaksalah alihkan pokok-pokok yang asyik segan mati tak mahu pulak supaya suasana lebih nampak compatible. Sambil tu saya tukar pasu pokok-pokok yang dah berserabut penuh akar. Pasu dan tanah dah lama tersedia. Dek kerana sibuk memanjang selama ini maka rancangan pemasuan semula sebelum ini terpaksa ditangguhkan. Alhamdulillah hari ini saya nekad menyelesaikan semua tugasan walau apa pun terjadi. Kebetulan hubby di luar kawasan maka hal-hal dapur dan masak-memasak boleh dihentikan sementara waktu. Kalau lapar saya pekena megi dan roti sahaja. Dan kalau rasa nak makan lebih-lebih kita pi tunjuk kat kedai. That's the beauty of being alone.... sekali sekala.

Saya gunakan tanah yang sedia ada sahaja. Ada sekampit stok tanah merah dan tanah hitam. Maka saya gaulkan sahaja ke dalam bekas sebelum transfer ke dalam pasu baru. Sukahati saya sahaja buat nisbah sendiri. Setakat ini Alhamdulillah pokok-pokok saya hidup subur seadanya....

Gaulkan tanah merah dan hitam.

Pecahkan pokok yang padat kepada dua pasu.

Gigih susun semula pasu-pasu.

Abaikan pokok-pokok yang serabut tu untuk sementara waktu.
Yang penting pasu sudah disusun semula.

Perlu perincian lagi....

Baru-baru ni bujangku ada kerja di Ipoh. Tetiba pulak dia bawa balik batang pokok kemboja. Maka kita tambah lagi koleksi pokok di halaman rinduku ini. Setakat ini saya belum berhasil menyuburkan pohon kemboja. Yang dah ada tu pun kurus melidi sahaja dengan daun keluar macam janggut kambing. Insya Allah suatu hari nanti nak kena cari baja yang sesuai..

Gaya kemain.

Mudah-mudahan rimbun membesar .

Di kesempatan pi MAHA 2018 baru-baru ini menambahkan semangat nak menanam semula. Setakat ni kita bertahan dengan semangat jelah. Nak merealisasikan itu macam tak nampak jalan. Lagi pulak dengan kudrat yang dah di hujung-hujung ni kita hanya mampu berangan sahaja.

Taman herba angananku...

Cili merimbun.... macam tak percaya.

Berangan nak tanam orked pulak.

Kata orang, tak salah berangan. Tapi yang logik-logik sahaja. Yang penting kita sertakan dengan usaha untuk merealisasikan anganan itu.



PS: Dah dekat nak masuk tahun baru 2019 ni makin banyak pulak anganan baru yang nak masuk dalam list. Moga Allah bantu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.