Wednesday, 19 December 2018

Makan-makan, Jalan-jalan.....

Semenjak anak-anak dah besar ni setiap kali hubby keluar kawasan setiap kali juga Umi gantung kuali. Anak-anak macam tahu-tahu je Umi dah penat nak fikir pasal masak- memasak. Asal Umi cakap je nak pi mana nak makan apa, depa dah siap awal-awal lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Alhamdulillah setakat ini saya masih boleh makan apa-apa sahaja yang terhidang. 

Baru ni kami pi makan kat warung apa ntah dekat roundabout Setiawangsa. Depa sediakan area ala-ala pondok dan pangkin untuk pelanggan yang nak duduk bersila. Awalnya kami duduk bersila kat pangkin. Tengah sedap makan tetiba dengar bunyi bising kat atas bumbung. Depa buat bumbung style atap rumbia. Rupa-rupanya ada anak kucing tengah panik nak terjatuh melalui atap yang dah berlubang. Ahamdulillah anak kucing tu masih gagah berpaut pada bahagian atap yang masih kukuh. Kalau tidak....kami pakat hirup tomyam anak kucing. Tapi banyak jugak la serpihan daun-daun rumbia yang gugur bersepah atas pangkin tu. Tengah dok kalut-kalut tu saya panggil adik waiter minta tukar tempat duduk. Takut pulak nanti ada anak kucing lain yang gugur melalui atap tu. Alhamdulillah kami pi duduk kat meja pulak. Depa angkut semua hidangan yang masih elok dan ganti dengan pinggan nasi yang baru. Kami sambung makan dengan bahagianya..... 

Thai food.

Malam tadi pi meronda kat IKEA pulak. Kebetulan anak bujangku balik kerja awal laju je depa bersiap. Style orang muda ni, depa on je kalau ajak keluar makan. Yang penting umi belanja.... Alang-alang pi sana kita ajak cucu sekali bawa jalan-jalan sambil cuci mata. Lepas makan meatball dan serba sedikit antre yang lain kami terus masuk ke kawasan display. Cuci mata sungguh. Memang takde beli apa-apa pun. Kebetulan pulak masa pun dah hampir waktu depa nak tutup kedai, jadi kita ronda-ronda tengok barang dan berangan sahaja.







"Nanti kita mai lagi....."

PS: Begitulah..... kalau dah namanya perempuan...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.