Tuesday, 11 December 2018

Peghelih ke Ampang.

"Umi.... Nina boleh cuti awal dua minggu start hari Jumaat."

Maka seawal pagi hari Khamis 8 November 2018 lepas kami turun dari rumah terus ke tempat parking KLIA. Tiket dah beli, kereta dah sewa, hotel dah booking..... moh ler kita ke Perlis lagi. Saya pergi berdua dengan sibujang sahaja sebab Hubby sibuk.


Alhamdulillah flight on schedule. By pukul 2.15 petang kami dah tiba airport Alor Setar. Disebabkan sewa kereta bermula pukul 3.00 petang maka sempatlah kami lepak-lepak kat airport dulu. 

Setelah ambik kunci kereta sewa kami terus gerak ke Perlis. Singgah sebentar di Petronas isi minyak dan beli kudapan. Tiba bandar Kangar dalam pukul 4 petang. Disebabkan nak hantar beg untuk Nina packing barang-barang maka kami terus sahaja ke Maktab sebab kena tiba sana sebelum pukul 6 petang. Singgah sebentar di Mcd Kangar belikan burger untuk Nina dan kawan-kawan. Lepas tu terus check-in kat hotel.

Seperti biasa kami booking hotel Putra Regency Kangar. Berkali-kali pi Perlis kat situlah yang selesa untuk bermalam sebab dekat dengan tempat makan dan kemudahan lain. Hotelnya simple sahaja. Cukup lah untuk tidur semalaman.


Malam tu kami dah malas nak keluar ke mana-mana maka kita order room service sahaja. Alhamdulillah harga berpatutan. Tak payah nak kena spend masa, drive kereta cari kedai makan, cari parking lagi . Kita order by phone lepas tu tunggu je sambil lepak-lepak kat bilik.

Room service. RM40 untuk nasi goreng dan chicken chop. Not bad....

Esok paginya kami sarapan di hotel sahaja. Depa bagi free breakfast for two dan buka dari pukul 6.30 hingga pukul 10 pagi. Kalau dah berdua dengan sibujang ni pergerakan agak bebas. Kami spend masa untuk sarapan sesuka hati. Selagi ada juadah yang berkenan di hati selagi itulah kami makan puas-puas. Makanannya boleh tahan, sesuai dengan tekak saya, tidak terlalu mewah dan tidak terlalu hambar. 

Mee kuah.... not bad

Selesai sarapan kami bersiap-siap untuk check-out. Sibujang tu sempat lagi sambung tidur semula. Pukul 11.30 pagi baru bangun semula untuk mandi dan bersiap-siap. Dah namanya lelaki tak perlu nak bermekap-mekap bagai. Kalau kita kena ambik masa 30 minit, depa boleh siap dalam masa dua minit sahaja.

Sebelum check-out kita posing dulu

By pukul 12 tengahari kami dah gerak ke MRSM Beseri. Lepas angkut semua barang kami terus gerak ke Jitra. Ambik kesempatan gi ziarah anak saudara saya sambil-sambil tumpang letak barang-barang asrama Nina. Semua pelajar kena angkut bawa balik semua barang, sebab katanya maktab akan dibaik-pulih. So tak ada tempat nak simpan barang-barang.

Clear road ahead..... mana ntah semua orang.

Bersama anak dan cucu-cucu saudara....

Kami spend masa lebih kurang dua jam di rumah anak saudara saya. Depa siap masak makan tengahari. Bukan main berselera tengok Amin dengan Nina makan masakan gulai udang nenas dengan ikan goreng. Habis dua pinggan nasi. Memang marvellous. Lepas makan dan borak-borak kami gerak pi Aman Central, Alor Setar. Saja nak pi melawat kawasan.

Aman Central, Alor Setar.

Dah puas menjamu mata di Aman Central kami pi singgah solat kat Masjid Negeri Kedah. Setelah separuh abad mengaku orang Kedah baru ni kali pertama saya jejak kaki kat Masjid Negeri. Kebetulan hujan lebat jadi saya ambik peluang bertafakur sebentar dalam masjid.

Masjid Zahir yang unik...

Alhamdulillah hujan tidak lama. By pukul 6 petang hujan dah mula reda. Kami meneruskan perjalanan ke airport Alor Setar sebab janji nak pulangkan kereta pukul 6.30 petang. Flight pukul 8.30 malam. Ada masa lebih kurang dua jam untuk check-in, solat maghrib dan makan-makan. Tiba-tiba teringat menu kat restoran di balai ketibaan semalam. Terasa nak makan kuetiew kungfu pulak. Alhamdulillah anak-anak layankan saja Umi punya kemaruk. Sedap dan harga pun berpatutan. Selesai makan kami terus masuk ke balai pelepasan.

Muka excited nak balik rumah....

Alhamdulillah kami tiba di KLIA seperti yang dirancang. Hubby dah tunggu di kafe airport. Singgah minum sekejap sebelum bergerak balik Ampang... Feel so good to be back home.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.