“Ummi larat ke nak lari malam-malam?” Semua anak-anak pakat risau bila saya sign up untuk Ampang Jaya Night Run anjuran MPAJ dan Geopark. Saya tak ambik pot bagaimana bentuk lariannya, kalau larat saya lari, kalau tak larat saya berjalan sahaja. Worse come to worst saya akan duduk sahaja menunggu di padang depan Melawati Mall sementara orang lain habis berlari.
|
Laluan larian. |
Pada hari yang dijadualkan kami pergi ambik race kits di tingkat 6, Melawati Mall. Mudah sahaja urusannya. Hanya perlu tunjukkan Mycard atau QR code untuk setiap peserta yang didaftarkan.
|
Semangat ayah ambikkan race kits untuk anak menantu sekali. |
Kami keluar rumah usai solat Isya’ dan tiba di tempat berkumpul dalam sebelum pukul 9:30 malam. Flag off pukul 10:00 malam so masih ada masa berbaki untuk melihat kawasan dahulu.
|
Khemah VIP, kita tumpang bergambar sahaja. |
|
Dengan anak no-2 dan menantu yang sponsor everything.😍 |
|
Anak no-2 siap belikan lampu pasang di kolar baju takut ayahnya sesat dalam gelap. |
|
Semangat hubby berlari dengan bergaya. |
Alhamdulillah saya dapat menghabiskan ‘larian’ 5km dalam masa 58 minit.
“Pace jalan kaki je tu Ummi…” Tak kisahlah, jalan kaki tak jalan kaki, yang penting saya dapat habiskan jarak laluan yang ditetapkan. Agak mengah jugak sebab ada laluan berbukit. Masa naik bukit jenuh mengah nak kumpul tenaga, manakala masa turun bukit terpaksa berhati-hati dengan kesihatan lutut pulak. Apa-apa pun kita harus berbangga dengan pencapaian sendiri.
|
Sepatutnya bergambar depan poster tapi dek terlalu ramai yang beratur, kita posing di sebelah belakang poster sahaja. |
|
Jom tambah koleksi. |
Lepas ni kita join larian yang lain pula. Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik sehingga akhirnya. Amiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.