Hari ini saya menemani hubby buat kerja lagi. Kali ini kita ke Coffee Bean & Tea Leaf di Wangsa Maju. Biasanya saya order kopi tapi kali ini kita cuba teh pulak bagi mengurangkan kafein dalam badan.
Green matcha berkrim... manih leting. |
Seperti biasa, sementara hubby buat kerja, kita jalan-jalan pusing mall. Sambil cuci mata kita sambar blouse sehelai dua. Usai hubby buat kerja kita sambung lunch di Secret Recipe. Hubby order nasi goreng Thai dan teh panas, saya pilih smoked salmon dan air tembikai.
Smoked salman, kuah leleh. Kita bg 3 star sahaja sebab saya lebih suka kuah cicah. |
Earl Grey tea, nampak menarik tapi tak tahu brand apa. Nak kena cari nanti. |
Kebetulan Popular Book buat sale di bahagian foyer mall, kita singgah tengok buku pulak. Kemudian cari toys untuk kegunaan cucu-cucu bila balik rumah nenek.
Kereta untuk cucu. KIV dulu. |
Hubby's kind of reading, as always. |
Bekal buat cucu-cucu Tok Ayah. |
Apa cerita di meja kopi hari ini?
"Badan koperasi perlukan banyak perubahan dan kembali ke landasan asal semula..." Dengan topik serius begini, makcik hanya boleh nganga. Kita duduk je dendiam, biarkan pakar berbicara.
Semoga kita sentiasa diberi petunjuk disepanjang kehidupan kita. Amiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.