Pagi tadi hubby ada program bersama MAIWP menjadi panel diskusi dan memberi pengisian untuk para pegawai. So sepanjang pagi saya duduk di rumah meneruskan kerja-kerja rumah yang tiada penghujung. By the time hubby balik jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. Saya dah siap mengemas kawasan dapur, laundry, sapu sampah, mop lantai dan lap habuk almari dan kemas rak buku.
Tak sangka pulak hubby bawa balik hamper. Rupa-rupanya depa bagi sebagai cenderahati untuk ahli panel. Maka haruslah isteri yang di tinggalkan ini rasa excited. Macam dia pulak yang dapat hadiah.😁😅
'Sebakul' kuih dan kerepek pelbagai rasa. |
Macam dulang hantaran pulok. |
Kita atur semula balang-balang walau ada yang dah tinggal separuh. |
Semua kuih dan kerepek itu adalah hasil usaha asnaf. Pihak MAIWP beli dalam usaha membantu usahawan mereka. Semoga kita juga diberi ganjaran dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Amiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.