Rabu, 19hb Jun 2024
Hari ini kita sarapan nasi berlauk di Restoran Tu Dok Ko, Taman Samudera. Kemudian kita ronda-ronda di Taman Koperasi Polis Fasa II melihat kawasan rumah sewa lama sambil mengimbau kenangan. Kami pernah menyewa rumah di Jalan 30/10 (kalau tak silap) masa mula-mula nikah selepas habis belajar dahulu. Masa tu baru nak memulakan hidup baru sebagai suami-isteri dan tengah mabuk mengandung anak sulong. Walau dah lebih 30 tahun berlalu taman perumahan itu tidak banyak berubah walau kawasan sekitarnya agak pesat membangun. Suasana nak masuk ke taman pun agak sibuk dan crowded. Tanpa singgah di mana-mana kami meneruskan perjalanan ke KL East Mall. Sejurus selepas pintu mall dibuka pada pukul 10 pagi kami menjadi pelanggan pertama masuk kedai. Hari ini kita singgah di Coffee Beans & Tea Leaves KL East.
Kaunter kek & pastri baru siap disusun. |
Selpi hp baru. |
Coffee at CBTL. |
Americano & bagel for him. |
Chocolate frap (apa ntah) & Cendol cake for her. |
Apa cerita di meja kopi hari ini?
"Ada lagi satu port untuk buat kerja..." Begitulah. Sejak kebelakangan ini hubby asyik mencari port untuk mengopi sambil buat kerja. Sebagai isteri mithali, kita mengekor sahaja tanpa banyak soal. Semua kerja di rumah kita put on hold dulu.
Usai mengopi kita beli groceries di Jaya Grocers. Alhamdulillah selesai urusan untuk hari ini. Semoga semuanya dalam redha Allah jua. Amiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.