Selasa, 2hb Mei 2023
Hari ini saya rasa agak suram kerana akan meninggalkan bandar Hachioji. Seperti biasa saya masih terjaga awal pagi kerana body clock dah set sejak beberapa hari ini. Usai solat subuh saya terus mengemas beg pakaian. Langit sangat biru, sebiru hati ini.😌
Ohayo gozaimasu. 8.30am, Tingkat 12, Hotel Keio Plaza. |
Plan hari ini:
1. Check out hotel Hachioji
2. Jalan-jalan Shibuya crossing
3. Cari kedai buku
4. Jalan-jalan Meiji Jingu
5. Check in Tobu Hotel, Narita.
By pukul 9.00 pagi kami dah check out dari Keio Plaza Hotel dan berjalan kaki ke stesen Hachioji yang terletak bersebelahan hotel sahaja. Kami ambik train dari Hachioji ke Shinjuku, kemudian tukar train untuk ke Shibuya. Awalnya kami cari locker untuk simpan luggage di Shinjuku tapi semua tempat pun penuh. Akhirnya kami jumpa banyak locker di Shibuya Station. Kami ambik 2 locker besar (¥900 satu) dan 1 locker sederhana besar (¥700) untuk simpan semua beg yang ada. Lepas tu boleh jalan-jalan lenggang kangkung sekitar Shibuya. Cuaca hari ini sangat cerah dan panas. Paling stress bila spek saya asyik bertukar hitam/gelap di bawar sinar mentari. Nak posing pun tak selesa sebab gambar jadi macam makcik buta sedang bergalak.😄
Shibuya train station. |
Shibuya Crossing. |
Kemain hitam spek makcik. Panas sangat. |
Dari Shibuya Crossing kami berjalan ke kedai buku Tsutaya yang terletak berhampiran tempat crossing. Kedai bukunya sangat besar, ada 7 tingkat, tapi semua bukunya dalam bahasa Jepun. Saya cuma selak-selak tengok gambar sahaja. Terasa macam nenek-nenek buta huruf pulak. Tapi cerdiklah sikit sebab masih boleh faham menggunakan infografik.
Wajib posing untuk kenangan masa depan.. |
Usai jalan-jalan sekitar Shibuya kami ambik bas no 51 untuk melawat Meiji Jingu yang terletak di tengah-tengah bandar Tokyo.
{Cerita Meiji Jingu boleh baca di sini}.
Lepas dah penat berjalan kaki dalam park yang sangat luas kami keluar menuju ke stesen Harajuku dan ambik train ke Shibuya semula sambil mencari kebab Turki untuk lunch. Kedainya kecik sahaja macam terselit di celah bangunan. Kami duduk makan di tepi jalan sahaja. Depa ada sediakan kerusi/bangku simple.
Turkey Doner Kebab. Dah siap makan baru sempat nak bergambar. |
Lepas dah kenyang kami pergi ke stesen Shibuya semula untuk kutip beg dari dalam locker kemudian pakat angkut naik train. Kami ambik speed train (non stop) dari Shibuya terus ke Terminal 2 Narita Airport.
Jenuh usung beg setambun. Hubby sorang angkut dua beg besar. |
Train dari Shibuya ke Narita sangat laju tapi masih sempat menikmati pemandangan di luar tingkap. Masa datang hari tu tak sempat nak ambik gambar buat kenangan. So kali ini kita snap je beberapa keping gambar yang sempat.
Sawah padi beras Jepun. |
Kami tiba di Terminal 2, Narita Airport hampir pukul 5 petang. Dari train station kami bergerak ke departure hall kemudian keluar dari terminal ke bus stand nombor 25 untuk ambik shuttle bus khas ke Tobu Hotel. Bas ni free sahaja untuk tetamu yang menginap di hotel. Kami selamat tiba di hotel pukul 5.45 petang, terus check in bilik 570.
Canggih betul nampak bas dia, free pulak tu. |
Hubby check-in sensorang je sebab kat sini depa boleh cakap English. |
Sebelah malam kami turun ke kafe hotel (Oasis) untuk dinner. Awalnya nak ambik buffet dinner tapi bila tengokkan menunya naik seram pulak sebab tak pasti kehalalannya. Akhirnya kami ambik ala carte sahaja, pilih menu yang benar-benar diyakini halalan toyyiban.
Nasi beras Jepun dengan seafood curry dan grilled salmon serta salad. |
Tambah sup sayur dan ikan makeral masak apa entah, lupa pulak. |
Lama tak nampak botol coke macam ni. |
Vegetable pickled, rasa masam-masam pahit. |
Pandai pulak depa guna huruf roman. |
Kami tidak berlama-lama sebab masing-masing dah penat. Usai makan kami terus buat bayaran di kaunter. Total bayaran ¥7800 (RM230), not too bad, kata hubby sebab rate makan kat hotel untuk tiga orang memang lebih kurang macam tu. Sementara ada masa, kami keluar ambik angin malam di sekitar hotel sebentar sebelum naik ke bilik hotel semula.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.