Monday, 15 May 2023

Jalan-jalan Jepun Day 5: Narita-Tokyo-Ikebukuro-Narita,

Rabu, 3hb Mei 2023

Hari ini saya bangun pukul 4.00 pagi. Suasana pagi di Narita Tobu lebih tenang. Kalau di Hachioji, hotel kami terletak dalam bandar dan by pukul 5 pagi dah mula kedengaran bunyi keretapi lalu-lalang di sebelah hotel. Hotel Narita Tobu pula terletak agak jauh dari kawasan bandar tapi dekat dengan airport. Saya expect akan kedengaran bunyi bising kapal terbang turun naik tapi keadaan pagi ini macam sunyi pulak. Mungkin juga waktu-waktu begini tiada kapal terbang yang beroperasi lagi.😄

Ohaiyo gozaimasu, 4.20am, Narita Tobu Hotel.

Plan hari ini:

1. Sarapan @ Narita Airport, Terminal 2

2. Jalan-jalan Ikebukuro

3. Visit Naritasan

4. Window shopping @ Narita AEON Mall

Kami keluar dari hotel dalam pukul 9 pagi, ambik shuttle bus ke Terminal 2 Narita Airport. Bas berhenti betul-betul depan pintu masuk ke Departure Hall. So sempat la kami melawat kawasan untuk check-in untuk esoknya. Kedai makan dan shopping area terletak di tingkat atas. Kami ke restoran La Toque yang menjual makanan halal. Oleh kerana kami dah plan nak berjalan jauh hari ini maka kita mulakan hari dengan sarapan berat. Saya order pasta santan sementara hubby order nasi dengan kari ayam. Lupa pulak apa nama glamour makanan ni dalam list menunya. Rupa-rupanya portionnya agak besar. Rasanya pulak tidak berapa kena dengan tekak maka jenuh la nak menghabiskan apa yang dihidangkan. Tapi kita cuba juga agar tiada pembaziran. 

Laju je hubby berjalan masuk.

Siap ada sijil halal Malaysia.

Nasi dengan kari ayam. 

Telur separuh masak ceduk daripada mangkuk pasta  tu.

Tanpa salt and pepper, saya cuba tambah tabasco, tapi rasa pelik pulak.

Usai makan kami cari transport ke Ikebukuro. Hubby nak melawat kedai buku yang katanya terbesar di Jepun. Kami naik Skyliner, sejenis train laju ke Nipporo. Kami kena beli tiket lain sebab kegunaan kad suica hanya untuk train biasa sahaja. Sebelum ini semua tiket dah kena telan di exit gate, tak sempat nak ambik gambar. So kali ini saya snap gambar siap-siap dalam train sebelum turun ke platform. Kami beli tiket pada pukul 9.52am untuk naik train pukul 9.57am, bermakna kami hanya ada 7 minit sahaja untuk bergerak ke platform dari kaunter tiket. Train di sini sangat punctual. Kalau dia kata 9.57am maka 9.57am dia siap tutup pintu dan gerak. Kami tiba di stesen Nipporo tepat pukul 10.38am seperti yang tertera dalam tiket. Dari Nipporo Station kami ambik Yamanote Line ke Ikebukuro. Kali ini kami hanya guna kad suica sahaja.

Liner ticket untuk Skyliner train.

Dari stesen Ikebukuro kami jalan kaki sepanjang koridor/pavement luar shopping mall selama hampir 10 minit sebelum tiba di kedai buku Junkudo. Kenapa entah tak cross masuk ikut laluan dalam mall sahaja padahal kat dalam mall tu ada aircond berbanding kat luar yang agak panas.😅 

“Jalan kat luar la… boleh tengok suasana bandar depa. Dalam mall tu mana-mana pun sama je…” begitulah.

Kedai buku Junduko ini sangat besar, ada 9 tingkat semuanya, tapi buku in English hanya ada di tingkat 7, itupun hanya ada beberapa selection sahaja. Yang lain semua dalam bahasa Jepun. Dan seperti di kedai buku Tsutaya sebelum ini saya hanya belek-belek tengok gambar sahaja. Hubby beli dua buah buku buat kenangan. 

Selection buku berbahasa Inggeris… banyak buku untuk kanak-kanak.

Novel in English yang agak lama, masa zaman usia saya masih 20an lagi.

Kita gedik-gedik posing sana-sini sahaja sementara hubby cari buku.

Beratur di kaunter bayaran.

Usai membeli buku hubby, kami cari kebab for lunch. Kami jumpa kedai kebab di tepi koridor jalan menuju ke stesen Ikebukuro. Kali ini kami take away sahaja sebab depa tak sediakan tempat duduk. Lagipun perut masih kenyang dengan sarapan pagi tadi.

Pakcik kebab tu boleh berbahasa Melayu sikit-sikit, pernah bekerja di Sekudai, Johor katanya.

Memandangkan tiada apa lagi urusan di sini maka kami terus ambik train ke Nipporo semula. Lepas tu ambik connecting train ke Narita. Kali ini kami tak sempat ambik train express, so kita naik train biasa yang berhenti di banyak stesen. Seronok melihat pemandangan di luar train dalam cuaca yang cerah dengan langit yang biru. 

Snap gambar dari cermin tingkap train…Betul-betul macam lukisan alam.

Kami berhenti di Narita Station dan cari bas untuk jalan-jalan di Naritasan pula. Di sini terletak tokong Buddha Shinsho-ji Temple. Sementara menunggu kedatangan bas saya ke bilik air dulu. Tapi toilet di sini tiada kemudahan electric bidet/flush seperti di bandar besar. Oleh kerana keadaan yang kering kontang dan depa hanya pakai tisu untuk urusan qadha hajat, maka terbantutlah segala hajat saya. Mujur juga saya bawa bekal air mineral dan tisu paket, maka kita ulang semula pengalaman masa di UK dulu.

Bandar/pekan Narita, Chiba.

Perjalanan ke Naritasan mengambil masa dalam 10 minit. Cuaca sangat cerah dan agak panas. Tapi agak nyaman dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pengunjung sangat ramai, mungkin ada sesuatu acara yang kami tak tahu. Tak kisahlah … kita hanya nok ko suasano. Seperti biasa, bila ke tempat tokong begini kita banyakkan membaca ayatul Qursi. 

Pintu utama menuju ke temple.

Dah lama saya berhajat untuk ambik gambar dengan background bangunan beratap merah bertingkat itu. Asalnya nak ada latar belakang gunung Fuji sekali tapi belum ada peluang lagi. A very good reason untuk datang ke Jepun lagi.

Shinsho-ji atas puncak Naritasan.



Market street, jual macam-macam tapi saya cuma tengok-tengok cuci mata sahaja.

Kami tidak berlama-lama di sana. Dah puas bergambar kami terus ambik bas ke Narita semula. Lepas tu kami tunggu shuttle bus ke AEON Mall, Narita. Selain shuttle bus ke airport, Hotel Narita Tobu juga menyediakan shuttle service dari hotel ke AEON Mall dan juga ke Narita Station. So kami ambik peluang naik bas percuma untuk perjalanan seterusnya hari ini. Lagipun kad suica pun dah habis kredit, dah tak perlu nak top up lagi. Lepas window shopping dan jalan-jalan buang masa dalam mall kami ambik shuttle bus untuk balik ke hotel semula. Sebelum itu hubby beli nasi biryani, roti nan serta kari untuk makan malam di bilik hotel.

Kedai biryani halal dalam AEON mall, Narita.

Puas hati dapat lepak makan dalam bilik hotel.

Kita rumuskan menu hubby hari ini, breakfast nasi & kari ayam, lunch kebab, dinner nasi biryani… apa nak dikata, datang Jepun bawa lidah Melayu sekali. Jomlah balik Malaysia, makcik nak makan kat Sushi King pulak.

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.