Kata orang, bila anak lelaki nak menikah, banyak adat dan adab yang harus dipertimbangkan. Daripada merisik, meminang, menikah hingga kenduri, semuanya perlu dirancang hingga ke sekecil-kecil perkara. Pasal duit, anak bujang tu boleh kawtim dengan ayahnya. Ummi tak perlu campur.
1.Merisik dan meminang
First thing first haruslah nak kena merisik samada anak dara orang tu masih single and available. Dalam hal ini saya tak perlu risau sebab depa dah kenal sejak dari sekolah menengah. Yang perlu saya fikir hanyalah dari segi material dan kelancaran majlis sahaja. Asalnya nak meminang pada bulan Jun 2020 dan buat majlis nikah pada bulan September 2020 tapi semuanya tertangguh dek Covid-19 yang melanda dunia sejak Mac 2020. Tarikh sepatutnya menikah, baru dapat pergi meminang. Alhamdulillah all ends well.
Cerita seterusnya boleh baca di sini.
2. Menikah
Dek halangan PKP dan masalah Covid-19 majlis nikah yang telah dipersetujui semasa upacara meminang haritu terpaksa ditunda lagi. Akhirnya kami akur sahaja untuk buat majlis nikah mengikut norma baru... nikah online. Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan dengan dihadiri oleh keluarga terdekat dengan Tok Qadhi yang bersiaran dari ofisnya sahaja. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan anakanda berdua selamat menjadi suami-isteri yang sah.
Cerita seterusnys boleh baca di sini.
3. Kenduri sebelah perempuan
Juga asyik tertunda beberapa kali. Namun akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah.
Cerita seterusnya boleh baca di sini.
4. Kenduri sebelah lelaki
Usai kenduri sebelah perempuan saya pun mula sibuk dengan persiapan untuk kenduri sebelah lelaki pulak. Memandangkan senggang masa hanyalah sebulan sahaja maka segalanya saya buat dengan sangat berhati-hati dan mengikut garis masa yang sangat ketat. Oleh kerana saya dah pencen dan tak sibuk dengan hal sekolah lagi, semua masa saya tumpukan kepada persiapan majlis sahaja.
- Cari dewan, pelamin dan catering (boleh baca sini)
- Cari baju pengantin dan families
- Doorgifts dan bunga telur (boleh baca sini)
- Jemputan/tetamu
Untuk persiapan majlis kenduri ini banyak hal-hal teknikal yang harus diberi perhatian. Alhamdulillah banyak perkara dapat dilunaskan mengikut perancangan. Yang penting mak pengantin kena sentiasa as cool as cucumber. Berpandukan pengalaman buat kenduri dua orang puteri sebelum ini, Alhamdulillah saya dah bersedia dengan segala kemungkinan.
Untuk baju keluarga, kami memilih warna tema peach/nude sementara baju pengantin saya suka warna biru. Oleh kerana asalnya nak buat reception dinner style by the poolside, saya dah pilih warna biru gelap sebagai tema keluarga dan baby blue untuk pengantin. Tapi bila suasana berubah maka saya tukar warna tema. Pengantin pulak pakai warna biru gelap dan kami sekeluarga pakai warna peach/nude. (still mummy's veto power). By 26hb Disember 2021 kami dah buat booking baju di butik Pengantin kat Ampang. Untuk baju keluarga, kami pakai sahaja apa yang ada asalkan matching dengan warna tema.
Warna asal... tapi takde size. |
Perfect choice. |
Pengantin pun happy. |
Bila semua perancangan dan persiapan dah setel, kita hanya perlu menunggu masa sambil berdoa agar semuanya berjalan lancar. Harus diingat, Allah jualah sebaik-baik Perancang.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.