Aidilfitri tahun ini jatuh pada hari Isnin 2hb Mei 2022, selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Disaat semua orang dah mula balik raya seawal hari Jumaat, saya hanya tumpang seronok mengikuti cerita mereka melalui maya sambil menghabiskan sisa-sisa Ramadhan 1443. Jujur, saya tidak bersedia untuk beraya pada hari Isnin kerana masih mengharap untuk berpuasa hingga 30 hari. Walaubagaimanapun seperti biasa, saya tetap membuat persediaan awal dari segi teknikal supaya tidak kalut dihujung hari.
Jumaat, 29 April: 27 Ramadhan
Awal pagi saya dah gerak ke Bangi untuk menjemput puteri bongsu dari UniKL sempena cuti raya dan cuti semester. Kakaknya yang tinggal di Putrajaya pun join sekali. Kebetulan tahun ini giliran balik rumah mertuanya maka apa sahaja peluang yang ada untuk berjumpa Ummi yang terchenta ini buat kali terakhir sebelum raya akan disambar dengan senang hati. So sempatlah borak-borak dalam kereta dan teman saya beli daging tepi jalan sebelum depa naik flight balik KB petang nanti.
Budak manja ni tak sah kalau tak ada sesi peluk memeluk bila jumpa Ummi. |
Bye... semoga selamat perjalanan balik kampung. |
Biasanya saya beli daging sehari sebelum raya dan terus buat rendang. Tapi hari ni tetiba tergerak hati nak terus beli bila nampak orang jual daging bergantungan di kawasan Bangi ini. Walau harganya dah mencecah RM45/kg, kita pejam mata sahaja ambik 2kg. Usai beli daging saya terus balik ke Ampang sambil melayan jalan jam bersama-sama mereka yang nak balik kampung sambil berborak panjang dengan puteri bongsu nan seorang. Mother-daughter metime/ourtime gituh. Kami singgah Jusco AEON Setiawangsa cari day curtain (opkos beserta barang-barang yang tiada dalam list) dan beberapa balang kuih raya sebelum tiba di rumah dalam pukul 3:00 petang.
Jalan sekitar Ampang ni tak sah kalau tak jam |
"Iftar ni tak payah masak lah... kita beli Samurai burger je. Malam ni keluar moreh..." kalau bab tak payah masak haruslah saya setuju 100% walau tak pasti samada ini arahan atau ajakan dari hubby.
Moreh @ Keramat AU5 |
Kuetiau kungfu as always. |
Sabtu, 30 April: 28 Ramadhan
Seawal pagi saya dah upah orang potongkan rumput dan bersihkan laman. Alhamdulillah semuanya setel by pukul 11:45 pagi. Kemudian saya ke kedai Acheh beli groceries untuk persediaan berbuka petang nanti. Hubby teringinkan nasi kerabu homemade maka bersukarialah kami di dapur menyediakan juadah. Saya dah siapkan bahan-bahan asas (kelapa goreng dan kuah tumis) sejak awal pagi lagi. Nina potong ulam-ulaman sementara Amin gorengkan ayam KFC dan keropok.
Solok lada in the making. |
Nasi kerabu is done. |
Alhamdulillah semua orang (kecuali Dayah-dah balik kampung suaminya) balik berkumpul beramai-ramai buat kali terakhir untuk Ramadhan kali ini. Disebelah malamnya semua seronok melayan anak saudara depa belajar main bunga api hingga lewat malam.
Ahad 1 Mei: 29 Ramadhan
Tahun ini juga giliran puteri sulong saya beraya di kampung suaminya. Jadi seawal 4:45 pagi depa dah gerak balik Terengganu. Saya bye-bye kat luar pagar mengiringi perjalanan mereka balik beraya. Tiba-tiba terasa sayu melihat kereta mereka beransur hilang dari pandangan. Berdrama pulak sensorang dalam dingin dinihari. Begitu rupanya perasan ibu pabila melihat anak kesayangan mereka berlalu pergi. Bagi menghilangkan rasa yang tidak enak dalam hati saya re-arrange pasu-pasu pokok bunga di laman kemudian cabut rumput dan sapu sampah depan rumah... sengaja kita buang tebiat buat kerja dipagi-pagi buta begitu.
By tengahari saya kemas ruang tamu, vacuum karpet dan pasang sarung kerusi meja makan. Nina tolong mop lantai. Hubby tolong bentangkan karpet besar dan susun semula sofa yang ada untuk menjadikan ruang tamu lebih selesa dan luas. Amin pasangkan langsir. Alhamdulillah semua urusan mengemas rumah selesai dengan mudah berkat kerjasama semua ahli rumah.
By petang hubby ajak ke bazaar Ramadhan mencari apa yang patut. Malangnya banyak gerai dah tutup dan tidak beroperasi lagi. Kami ke bazaar Melawati seterusnya ke bazaar Wangsa Maju dan Setiawangsa. Oleh kerana tidak berjumpa apa yang dicari maka saya balik masak nasi dan buat ayam goreng pedas dan top up dengan nasi kerabu left over semalam sebagai juadah berbuka.
Petang itu juga merupakan sesi melihat anak bulan bagi menentukan tarikh 1 Syawal 1443H. Oleh kerana selama ini anak bulan jarang kelihatan maka saya buat tidak endah sahaja tentang pengumuman raya tahun ini. Saya bersiap-siap untuk bersolat terawih kononnya buat kali terakhir di Masjid UIA dengan harapan Aidilfitri akan jatuh pada hari Selasa. Dan bila tiba-tiba di umumkan ESOK adalah 1 Syawal maka kita pasrah sahaja... tidak terlalu melayan perasaan.
Dengan semangat yang masih ada, saya keluarkan ayam dan daging dari peti sejuk untuk dinyah beku. Sementara menunggu ayam dan daging lembut saya rebus nasi impit dan sediakan bahan-bahan untuk buat rendang. Nina tolong kupas bawang untuk blend. Hubby tolong basuh porche depan yang sepatutnya di basuh esok pagi (kalau raya hari Selasa)
By pukul 10:00 malam saya dah mula menumis rendang daging. Saya guna dapur dalam rumah. Sementara itu Amin and Nina keluar cari lemang. Asalnya kami dah booking lemang untuk malam raya which is malam esok, tapi disebabkan tetiba raya maka terpaksalah kami cari lemang malam ini juga dan cancel order untuk esok. Sedang elok saya menumis tiba-tiba gas habis. Maka kalutlah saya nak mengganti tong gas baru. Biasanya saya cuma tukar tong gas dari dapur luar sahaja. Saya sediakan ruang extra di luar rumah dengan dapur satu mata sebagai tempat goreng-mengoreng supaya dalam rumah tidak berbau minyak. Tapi terlupa pulak macamana cara nak cabut kepala gas dari tong itu. Depa letak safety measure. Jenuh saya tilik, akhirnya saya angkat periuk keluar dan duduk merendang di luar sensorang... (another episode of sayu dan syahdu di malam raya)
Kepala gas keramat. |
Dapur satu mata di luar rumah. |
Sementara Amin dan Nina masih di luar maka saya suruh depa cari kedai yang masih buka di malam raya. Depa pusing satu Ukay Perdana tapi semua tong gas dah fully booked. Rupa-rupanya orang lain pun kehabisan gas dan kalut di malam raya. Bagi meredakan kegelisahan ummi depa yang terchenta ini depa bawa balik air Starbuck, cool and refreshing... Alhamdulillah. Kemudian Amin buka penutup kepala gas dan angkat tong gas masuk dalam. Maka bolehlah saya sambung masak dengan senang hati. Alhamdulillah.
By pukul 2:00 pagi, anak jantan sulong saya balik bawa lemang 4 batang. Depa suami isteri akan beraya dengan kami sebelum sambung beraya di kampung sebelah menantu saya pada hari raya kedua. Alhamdulillah bertambah kaki tangan dan peneman saya di dapur. Sambil menunggu rendang masak saya sediakan kelengkapan untuk menghidang dipagi raya. Urusan merendang ayam dan daging selesai pada pukul 4:00 pagi kemudian sambung buat kuah spageti bolognese sebagai side dish. By pukul 4:30 pagi siap urusan di dapur dengan pertolongan anak menantu. Seterusnya depa mengemas dan menyiapkan apa yang perlu untuk hari raya esok. By pukul 5:00 pagi saya dah terlelap dan bangun semula jam 6:00 pagi untuk memulakan hari baru.
Isnin, 2 Mei: 1 Syawal 1443H
Kami solat Aidilfitri di masjid Ukay Perdana. Sementara itu anak-menantu yang uzur menyiapkan juadah/hidangan hari raya di rumah. Pagi ini kami menjemput keluarga besan datang beraya. Oleh kerana ini merupakan kunjungan mereka kali pertama sejak kami berbesan jadi saya inginkan yang terbaik untuk semua. Alhamdulillah semua anak menantu memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan majlis. (kemain... macam nak buat majlis formal)
Sebelum depa sampai kita berposing dulu untuk memori raya.
For the memory. |
By pukul 11.30 pagi besan datang ziarah raya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sesi sembang dan borak berakhir dengan meriah. Semoga hubungan kekeluargaan yang terbina berkekalan hingga keakhirnya.
Two families... |
...now bonded. |
PS: Lepas ni nak prepare packing barang untuk travel esok pulak. Moga Allah bantu selamanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.