Thursday, 3 March 2022

31st Anniversary... Me-time at Avillion PD

"Jom ikut gi PD... ada program dengan Coop Bank..."

Dah lama tak ikut hubby pergi program. Sejak Covid-19 melanda dua tahun lepas, semua program outing seakan terhenti. So bila dah boleh buat program semula of course lah isteri mithali ini yang terlebih excited. Lagipun kebetulan tarikhnya jatuh pada hari anniversary perkahwinan kami, so kita pun perasan ala-ala anniversary break-away gitu.

So, pada 2hb Mac 2022 kami gerak ke Hotel Avillion, Port Dickson. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit sahaja. Kami berhenti makan tengahari di Restoran Citarasa Kampung Port Dickson kemudian berehat santai di Pantai Bagan Pinang sementara menunggu waktu untuk check-in hotel pada pukul 3:00 petang. 

Gulai ikan patin, lemak ketam dan ikan jenahak.

Sambal sotong pedas berdengung tapi sedappp.

Kemain posing tengah panaih lit lit.

Alhamdulillah proses kemasukan ke bilik hotel sangat mudah. Tapi biasalah, program hubby sentiasa penuh. Check-in pukul 3:00 petang, pukul 4:00 petang dah mula program.

4:00 pm - Sesi fotografi

5:30-7:00 pm - Meeting 

8:00-10:00 pm - Dinner sambil meeting juga

Esoknya, 8:30am -12:30pm - meeting lagi.

Untuk sesi fotografi depa dah sediakan pakaian apa yang harus dipakai. Ada tiga persalinan semuanya. Dah macam juru solek pulak dah makcik ni nak menyiapkan satu-satu persalinan. Sebelum ke tempat sesi fotografi haruslah makcik yang ambik gambar dulu. Tapi untuk baju Melayu tak sempat pulak nak snap gambar sebab dah kalut terkejar-kejar masa. Jenuh nak sumbat butang dan belit samping. So kita ambik gambar baju sahaja lepas depa dah selesai bergambar. 

Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok.

Baju kemeja siap dengan tie and coat.


Baju korporat

Usai sesi fotografi, depa sambung ke program seterusnya, maka duduk lah makcik berkira-kira buat planning bagi mengisi masa me-time yang terluang. Sebelum tu kita tela'ah peta lokasi dulu.

Depa dah siapkan peta laluan dalam bilik hotel

Akhirnya siaplah perancangan aktiviti me-time bagi memenuhi masa sepanjang berada di hotel Avillion ini. (Hubby sibuk bermeeting, kita pun sibuk mengisi masa sendiri)

1. Menikmati bilik hotel.

Hotel Avillion ni depa buat berkonsepkan chalet atas air. Dah namanya chalet, haruslah bahan utamanya adalah kayu-kayan. Lantai, dinding, siling dan perabut semuanya daripada kayu, tak pasti pulak jenis kayu apa. 

Katil king sized daripada kayu.

Katil dah siap sanitised.

Extra bunk bed tepi tingkap.

Comel pulak depa buat sampul kusyen corak kain pelikat.

Perabut dan kipas siling daripada kayu.

Siling kayu dengan bidai kayu menggantikan tirai kain biasa.

Bumbung terbuka di kawasan shower. Hopefully tak ada drone berlegar-legar di udara masa tengah mandi.


Shower terbuka.

Bath tub menambah seri antik

Tingkap dengan cermin yang menarik.

Pintu ke toilet bowl.

Rata-rata keadaan hotel agak memuaskan walaupun nampak agak lama.  Perabut pun fesyen lama, TV pun tiada siaran tapi internet connection sangat baik. So bolehlah nak lepak-lepak berehat dalam bilik hotel sambil main hp, ipad, laptop what so ever kalau malas nak buat apa-apa.

2. Menikmati perubahan paras laut di luar jendela.

Semua bilik hotel dibina atas laut. Masa mula-mula masuk bilik keadaan bawah lantai bilik tiada air. Hanya nampak lumpur dan pasir sahaja. Tapi bila menghala ke petang air laut makin naik. Seronok pulak makcik dok menyukat air laut di balik jendela.😁

Nampak pasir dan lumpur sahaja.

Air mula naik.

Paras air makin tinggi.


Paras air makin tinggi tapi masih tenang.

By pukul 11:00 malam dah boleh beradu dengan tenang. Tapi terjaga semula pada pukul 3:00 pagi sebab dahaga. Bangun minum air dan tidur semula. By pukul 4:00 pagi terjaga lagi dek deruan angin yang sangat kuat. Nak hujan rupa-rupanya dan mula lebat hingga pukul 5:00 pagi bercampur aduk dengan pukulan ombak. Mulanya saya ingatkan hujan ribut masih belum berhenti... rupa-rupanya cuma bunyi ombak laut yang sangat kuat.


Tidur malam ditemani ombak laut yang kuat. Alhamdulillah, walaupun tidur asyik terganggu tapi bila bangun pagi badan rasa segar. By pukul 7:30 pagi dah bersiap untuk sarapan sebab next program hubby bermula pukul 8:30 pagi. 


Air dah makin surut dan by pukul 12.30 tengahari keadaan mula kering.

3. Menikmatan keindahan alam sekitar hotel.

Seronok tengok hiasan lanskap kat sini. Rasanya depa guna konsep Melayu sesuai dengan konsep chalet yang diperbuat daripada kayu. So tema hiasan dan lanskap pun menampakkan ciri-ciri Melayu asli.

'Bagai melepaskan batuk di tangga..' Sepanjang jalan depa letak tempayan air dan batuh untuk buat basuh kaki sebelum masuk ke bilik.

Kereta lembu

Bunga kebangsaan

My favourite ever... kemboja

Tea tree... pasaipa tinggal batang saja pun tak tau.

Sepatutnya pokok herba tapi tinggal tunggul sahaja.

Bangunan 'Riau'

Yang hidup malam-malam.


Spice (rempah) garden katanya... tapi ada batu ngan tanah je.. apa pun takdok


Animal farm... tapi semua binatang yang ada pakat menyorok dalam reban.

4. Menikmati keindahan laut dan pantai

Kat sini ada dua bahagian pantai. Disebelah kanan hotel dinamakan Pantai Tumasek sementara di sebelah kiri adalah Pantai Riau. Sementara menunggu hubby habis meeting pada pukul 7:00 petang saya ambik peluang untuk bersiar-siar di pantai Tumasek sambil menunggu waktu sunset.


Sunset at Pantai Tumasek.



Lepas sarapan esoknya saya ambik angin di Pantai Riau pulak. Konon berangan nak jogging sepanjang pantai tapi segan pulak makcik nak berjogging sorang-sorang. So, kita duduk-duduk sambil tengok pasir dan air laut sahaja.

Pantai 'Riau'


5. Lastly haruslah makan dan makan.

Sebelah malam, hubby ada program dinner bermula pukul 8:00 hingga pukul 10:00 malam. Tema Arab katanya. Suka hati depa lah. Yang penting by pukul 8:30 malam saya keluar gi cari makanan kat kafe hotel. Padahal boleh je buat room service tapi saja nak me-time sambil ambik angin malam. Alhamdulillah tak ramai pengunjung jadi makcik cari port tepi kolam.

Kolam renang disimbahi cahaya lampu.

Makcik baru belajar timer selpi.

Mocha latte

Spageti seafood katanya.

Boleh makan separuh sahaja sebab semua seafood rasa getah... hampeh.

Awal pagi esoknya saya keluar awal temankan hubby sarapan sebelum depa sambung program pada pukul 8:30 pagi hingga pukul 12:30 tengahari pulak.

Bubur nasi plus telur separuh masak as always.

Tambah roti and pastry buat stok sebelum lunch.

Selesai sarapan hubby sambung dengan program seterusnya. Saya sambung makan kemudian jalan-jalan ambik angin pagi di tepi pantai. Lepas tu saya berehat di bilik sahaja sambil mengemas untuk check-out pada pukul 12:00 tengahari nanti. Sementara menunggu hubby habis program bolehlah baca novel, tengok netflix dan update blog.

Apa-apa pun terimakasih kepada hubby yang sempat meluangkan masa in between breaks untuk melayan isteri mithali ini. Oleh kerana datang berdua sahaja terpaksalah 'you take my picture, I take yours...' Yang penting tak perlu komen sapa ambik gambar lebih cantik. Sesekali kita cuba-cuba selpi-wefi sambil berpuas hati dengan hasil kejadian.




Alhamdulillah urusan hubby selesai pada pukul 12.45 tengahari esoknya. Lepas tu terus check-out dan kami selamat tiba di rumahku syurgaku semula pada pukul 2.45 petang. Semoga apa sahaja urusan seterusnya mendapat rahmat dari Allah SWT hendaknya. Aamiin.

Kami pernah menginap di sini 10 tahun yang lepas. Boleh baca di sini.

PS: Sekian cerita sambutan wedding anniversary yang ketiga puluh satu pada 2hb Mac 2022. Moga Allah bantu selamanya.💝

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.