Untuk kesekian kalinya hari ini 1hb Mac 2022, saya ke Pusrawi lagi menemani hubby follow-up check-up mata. Sepatutnya temujanji dengan doktor pada bulan Februari lagi tapi disebabkan doktor pakar mata tu menjadi kontak rapat pada pesakit Covid-19 dan kena kuarentin maka temujanji kami ditunda ke hari ini. Mengambil iktibar dari kejadian lepas, kali ini kami keluar awal pagi. (Takde awal mana pun kalau pukul 8.30 pagi).
"Hari ni bawa Myvi tau..." Saya memang suka guna kereta kecik kalau terpaksa masuk parking basement. Biasanya saya bawa BRV tapi disebabkan dah pass over pada anakanda maka kita pakai sahaja apa yang ada.
"Naik Accordlah... drive je elok-elok..." Hmm... apa nak dikata.. terpaksalah pasrah... apa-apa berlaku nanti pepandailah tanggung. Tapi dalam hati tak putus berdoa supaya dapat tempat parking yang mudah.
Alhamdulillah jalan tak jam, kami tiba di hospital sebelum pukul 9:00 pagi dan dapat parking betul-betul depan tangga hospital. Tak perlu masuk parking basement.
Apa-apa pun makcik pakcik pencen selpi dulu. |
Pendaftaran pun laju je. Kami dapat nombor giliran ke-10. |
"Everything looks good. Stress level pun cantik... 19 dan 16. This time tak perlu buat test glaucoma lagi. Kita jumpa next appointment in 6 months. Just continue dengan ubat Ganfort once a day..." Ringkas dan padat penerangan doktor.
Alhamdulillah semua urusan selesai dalam masa dua jam sahaja. By pukul 11:30 pagi dah boleh balik rumah. Sambil tu sempat beli makanan untuk sarapan dan bawa balik untuk makan tengahari.
Temujanji sebelum ini kami buat dalam bulan Oktober, 2021. Itupun setelah 4 kali tertunda. Asal temujanji pada bulan Jun, 2021 tapi asyik tertunda-tunda dek bilangan kes covid yang tak turun-turun. Sebetulnya saya rasa tak selesa nak duduk menunggu lama-lama dalam tempat bertutup dengan aircond pulak tu. So kebetulan masa tu kes dah mula turun maka kita gagahkan diri demi kebaikan bersama.
Masa tu depa set masa temu janji antara pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Boleh datang bila-bila masa sahaja dalam slot masa tersebut. Biasanya kami pergi awal pagi tapi selalu sahaja dapat nombor giliran dalam 12-18 gitu. Terasa lama menunggu. So masa tu kami ambik keputusan untuk keluar agak lewat dengan harapan mereka yang datang awal dah setel dulu. Punyalah lurus bendul ingatkan depa memang buat slot antara pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari sahaja. So dalam fikiran saya kalau kami tiba pukul 11:00 pagi sepatutnya perlu tunggu sejam sahaja untuk selesai semua urusan. Tak sangka pulak ianya jauh meleset. Kami dapat nombor giliran ke-24 dan terpaksa menuggu hingga pukul 1:30 tengahari baru boleh masuk jumpa doktor. Pukul 2:30 petang baru selesai semua urusan. Apa nak dikata... kita redha sahaja. Kesimpulannya pukul berapa pun kita tiba di hospital haruslah sanggup menunggu 2 hingga 3 jam hingga urusan selesai.
Pukul 1.00 tengahari |
Kami nombor 24... last gamaknya |
Pukul 1.45pm.... dah kosong |
Alhamdulillah walau dah hujung-hujung doktor masih melayan pesakit dengan baik. Sangat profesional. Sejak operation mata pada tahun 2020 doktor bekalkan ubat mata Garnfort utk kurangkan stress mata. Bacaan stress masa tu adalah 20 untuk mata kiri dan 21 utk mata kanan. Normal bacaan sepatutnya bawah 20. So kalau dengan ubat pun mata masih stress bermakna hubby kena pakai ubat tu sampai bila-bila sebab mata yang stress boleh mengakibatkan penyakit glaukoma pulak.
Alhamdulillah hari ini stress level menunjukkan bacaan bawah 20 untuk kedua-dua mata, maka hubby cuma perlu teruskan dengan ubat mata Ganfort dan doktor bagi temujanji untuk 6 bulan lagi. Maknanya kami kena bersedia lagi dengan urusan ini pada bulan September 2022 nanti. Moga Allah bantu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.