Friday, 4 March 2022

Tampal gigi hubby @ Greenwood.

Balik dari PD semalam, tiba-tiba hubby bagitahu kata giginya rasa berlubang. Bila tengok balik rupa-rupanya tampalan gigi sebelum ni dah tercabut.

"Esok pagi kita terus gi Greenwood lah..." 

Kalau bab gigi kami memang setia dengan Klinik Pergigian Sharifah Aminah nan satu ini. Daripada duduk kat Taman Batu lepas tu kami pindah ke Selayang hingga ke Ampang tetaplah kami ke Greenwood untuk hal-hal gigi. Pernah cuba dentist yang lain tapi servis klinik gigi nan satu ini tetap di hati.

Kami keluar rumah pukul 8.30 pagi, jam 9:00am dah tercokoh depan klinik. Rupa-rupanya depa bukak pukul 9:30 pagi. So kita tunggu jelah sambil exercise kaki. 

Banyak nau notis... kompius makcik nak baca.

Amboi makcik... bekeng benor ghuper.

Alhamdulillah by pukul 9.45 pagi dah jumpa doktor, siap buat tampalan dan setel bayaran semua dalam masa 30 minit sahaja. Kos semua RM150.


"Lepas 20 minit baru boleh makan ye..." lemah lembut je doktor tu berpesan. 

Asalnya kami nak sarapan nasi lemak kat gerai Greenwood terus cancel. So kita lajak pergi Restoran Tuu Dok Ko... take away nasi dagang dan pulut ikan kering. By pukul 11.00 pagi dah sampai rumah semula... cukup masa untuk makan.

Best ever pulut ikan kering.

PS: Next time saya pun nak kena buat appoinment check gigi jugaklah. Dah mula rasa ngilu... rasa 'chinggg' bila ambik makanan sejuk. Sepatutnya boleh je guna sensodyne tapi asyik bertangguh pulok. Moga Allah bantu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.