"Lama tak balik Kelantan.." Beberapa kali jugak hubby dok berzikir ayat-ayat sendu macam ni. Sungguh... sejak covid melanda semua perjalanan jauh seakan terhenti. Tapi sejak akhir-akhir ni banyak ruang ziarah telah dibuka namun kami masih risau dengan penularan covid yang seakan tiada kesudahan.
"Jom la balik... kita drive je... gilir-gilir. Kalau penat boleh stop tido memana dulu... pastu sambung balik esok lusa..." Beberapa kali juga saya sarankan perjalanan ala-ala tour begini. Dah lama saya menyimpan impian nak tour Malaysia dari selatan ke utara, timur ke barat. Tapi entah bilakan kesampaian.
Akhirnya pada hujung tahun lepas apabila bilangan kes covid-19 mula menurun kami ambik keputusan untuk redah je balik Kelantan. Seperti biasa kami booking return flight MAS, KL-KB-KL. Pergi hari Rabu dan balik semula pada hari Jumaat. Takde maknanye nak tour mour bagai. Hubby malas nak drive... dan saya pun akur sahaja dengan apa yang dirancang. Sementara itu saya sentiasa update dengan perkembangan ramalan cuaca terkini. Al maklum lah hujung tahun adalah musim hujan dan banjir di pantai timur. Kebetulan pulak hujung minggu sebelum itu banjir besar melanda kawasan Taman Sri Muda, Kelang dan kawasan Ulu Langat. Memang ramai yang terkesan dan terjejas dengan teruk.
Pada hari yang dijadualkan, seawal pukul 4.00 pagi saya dah bangun bersiap. Di luar hujan masih renyai-renyai. Berbekalkan doa dan tawakkal kami keluar rumah pada jam 5.00 pagi menuju KLIA. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. By the time masuk kawasan Sepang dah tiada hujan.
|
Pasrah je anak bujang jadi supir dinihari. |
Kami tiba di KLIA tepat jam 6.00 pagi dan terus bergegas masuk ke balai pelepasan. Kami dah siap check-in dari rumah, jadi perjalanan menjadi lebih mudah. Sementara menunggu flight pukul 7.45 pagi, kami solat Subuh dulu.
|
Kecik je ruang solatnya, muat untuk 3 orang dengan penjarakan sosial. |
|
Apa-apa pun kita selpi dulu... |
Alhamdulillah flight on schedule dan kami selamat mendarat di airport Kota Bharu dalam pukul 8.30 pagi. Lepas tu terus ambik kereta sewa. Kami dah biasa booking kereta sewa dari airport. Senang berurusan. Cuma buat booking, bila nak pick-up baru buat bayaran. Kemudian terus cari sarapan.
|
Komfem booking sahaja. Tak perlu bayar deposit. |
|
Tadi kat KLIA, eh tetiba dah masuk kereta sewa... (sama je pesen posingnya) |
|
Nasi berlauk daun pisang... tapi entah kenapa tak kena pulak dengan tekak saya. |
|
Hubby ambik nasi dagang... juga tak kena dengan taste. |
Seterusnya kami singgah di rumah kakak ipar saya di Pasir Tumbuh. Janji bertemu dalam pukul 11:00 pagi. Depa jamu the real nasi berlauk dan kuih-muih Kelantan. (of course yang manis-manis belaka) By tengahari kami gerak ke bandar Kota Bharu semula. Memandangkan belum tiba masa untuk check-in lagi, kami pusing-pusing bandar dulu sambil cari tempat untuk minum petang pulak.
|
Saja nak mencuba, cafe hipster katanya. |
|
Harga pun berpatutan. |
|
Iced blend salted caramel for me. |
|
Spageti+keropok lekor for minum petang. |
Dah kenyang perut barulah boleh masuk bilik hotel dengan senang hati. Sebelum Maghrib kami keluar lagi. Kali ini kami hanya keluar pusing-pusing bandar Kota Bharu sahaja. Lepas tu singgah makan roti tempayan cicah kari kambing kat warung apa entah... lupa pulak.
|
Roti tempayan + kuah kari kambing yang pekat likat for dinner. |
|
Setel makan malam. |
Alhamdulillah done Day 1 yang penuh dengan jalan-jalan sambil makan sahaja. Esok kita fikir lain pulak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.