Selepas hampir setahun tertangguh akhirnya berjaya cari slot untuk buat kenduri kawen. Untuk wedding reception pihak perempuan, depa buat style dinner dome. Disebabkan masih lagi dalam suasana covid, jemputan hanya di hadkan kepada 200 orang tetamu sahaja dengan hanya 8 orang untuk satu meja. Untuk pihak pengantin lelaki, kami diperuntukkan tiga meja.
"Kita bagi satu meja untuk famili Pasir Tumbuh, satu untuk Kg China dan satu lagi untuk kita" sebagai isteri mithali, haruslah kita sentiasa akur dengan cadangan suami.
It's a fair deal. Keluarga Pasir Tumbuh adalah saudara hubby dari susur galur sebelah bapa sementara keluarga Kg China dari susur galur sebelah ibu. Disebab ibu dan bapa hubby sudah tiada maka sangat molek kita raikan keluarga yang masih tinggal. Sementara menunggu mereka tiba dari KLIA kita kemas rumah dulu dan prepare apa yang patut.
Kami juga sediakan penginapan untuk saudara yang datang dari jauh. Sebelum ke tempat penginapan depa transit di rumah kami dulu untuk sarapan dan makan tengahari sambil lepak-lepak sementara menunggu nak check-in pukul 3 petang nanti.
|
Kak Yah dan Kak Dah... sepupu hubby. |
By pukul 3:00 petang kami dah tiba di lobi hotel Royal Chulan, Damansara tapi bilik masih belum ready. Sambil-sambil menunggu kita pusing-pusing sambil tengok pihak pengantin perempuan buat rehearsal dalam dewan.
|
Depan pintu masuk dewan |
|
Staff sedang set-up meja |
|
Meja pihak lelaki |
Usai urusan masuk bilik untuk saudara semua, kami balik ke Ampang semula untuk bersiap dan patah balik semula ke Damansara dalam pukul 6.00 petang. Masa agak suntuk, tapi Alhamdulillah sempat tiba dalam masa yang sepatutnya untuk solat Maghrib dan bergegas ke dewan untuk majlis yang akan bermula pukul 8.00 malam. Oleh kerana majlis di pihak perempuan, maka kami dipihak lelaki hanya datang sebagai tetamu sahaja.... masuk dewan, duduk dimeja yang disediakan, makan dan balik.
|
Sempat posing sebelum masuk dewan. |
|
With the one and only kakak kesayangan |
|
Doorgift yang cantik |
|
The whole family |
|
One for the memory. |
1hb Januari 2022, selesai majlis resepsi pihak perempuan selepas hampir setahun menikah. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga Allah merahmati segalanya.
PS: Tak banyak sangat bergambar sebab kengkonon behave kat majlis orang. Tunggu majlis kenduri di pihak lelaki pulak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.