Sunday, 20 February 2022

Wedding reception bekas pelajar, di hujung tahun.

Sejak bilangan kes Covid-19 mula menurun, ramai yang dah mula buat majlis kenduri kawen. Sangat menyentuh hati apabila ramai anak murid yang dah keluar sekolah, membesar dan bekerjaya tapi masih mengingati cikgu-cikgu mereka yang dah pencen.

12 Disember 2021: Orchird Villa, Gombak.

Selepas beberapa lama tidak pergi kenduri kawen, rasa sangat teruja bila tetiba dapat jemputan. Ini merupakan jemputan pertama yang saya dapat hadir sejak semua aktiviti kenduri kawen dibekukan dek masalah Covid-19. 

Saya memang suka benda-benda yang cantik dan menjadi satu kepuasan kalau dapat menikmati suasana yang cantik dan indah di majlis kenduri kawen.

Meja makan beradab dihias cantik.

Pelamin juga cantik.

Pengantin pun cantik.

Pengantin lelaki adalah bekas pelajar sekolah saya, bertemu jodoh dengan orang Nilai, Negeri Sembilan. Sangat lembut dan manis orangnya. Moga jodoh berkekalan hingga ke syurga.




Cikgu-cikgu pencen dengan bekas pelajar yang dah besar panjang.

19 Disember 2021: Kelab Darul Ehsan, Ampang.

Kali ini jemputan kenduri kawan atas kawan. Kiranya saya jadi plus one untuk tetamu jemputan asal. So saya hanya follow sahaja tanpa mengetahui rupa-rupanya tuan rumah adalah ibu-bapa kepada bekas student saya juga. Saya pernah mengajar pengantin lelaki sejak dari beliau dalam tingkatan satu lagi. Seorang yang bright dan quick learner dan sebaya dengan anak kedua saya. Depa sama batch dan rasanya depa juga pernah belajar dalam satu kelas.

Waktu saya tiba, pengantin baru sahaja masuk dan sedang bersanding di atas pelamin. Jadi kami terus masuk dewan, ambik makanan (secara buffet) dan duduk depan meja beradab. Pelaminnya agak jauh so saya cuma dapat ambik gambar pengantin dari jauh sahaja.

Nampak pengantin dalam upacara salam restu dari kejauhan.

Meja kami betul-betul depan meja beradab.

Nasi hujan panas+ayam masak merah+daging masak hitam.

Sempat melihat pengantin makan beradab.

Dengan seluruh keluarga pengantin... semua adik-beradik pengantin adalah bekas pelajar sekolah saya.

Dengan adik pengantin, one of the top students juga.
dan kawan baik kepada anak ke-4 saya. 
.
Teman setia dalam aktiviti menghadiri kenduri kawen bekas pelajar.

Ada lagi beberapa jemputan daripada bekas anak murid yang telah melangsungkan majlis pernikahan tapi tak dapat dipenuhi undangan mereka dek kekangan masa dan masalah luar jangkaan. Cikgu hanya mampu berkirim doa dari jauh, mudah-mudahan semua pasangan dikurniakan jodoh yang baik dan berkekalan hingga ke akhirnya. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.