Apabila anak bujang menyatakan hasrat, Umi lah yang paling excited. First thing first haruslah kita cari cincin dulu.
"Umi pilih lah... Ein tak pandai." Haha.... macam la Umi depa ni pandai pilih barang kemas. Jarang benar saya masuk kedai barang kemas walaupun sibuk orang bercakap tentang pulut dakap, biskut tawar dan macam-macam yang ada dalam pasaran, jauh sekali menyimpan barang-barang kemas buat hiasan melainkan cincin tunang pemberian hubby, cincin belah rotan dan cincin biasa, gelang dan rantai yang saya pakai hari-hari buat basahan.
Tapi, oleh kerana Umi yang kena pilih maka kita ikut taste Umi. Sejak lama saya berminat dengan cincin batu satu (solitaire) dan batu-batu kecik bersusun (eternity). So kita google sahaja buat contoh. Susah jugak nak cari yang berkenan di hati.
"Kita nak gi meminang anak orang ni kena ikut adat. Tak boleh nak pakai cara sendiri..."
Lepas dah setel bab beli cincin, terpaksalah pulak mencari bekas (tepak) untuk letak cincin. Biasanya orang sediakan sirih junjung sebagai tempat letak cincin dalam tu. Tapi saya tak berapa berkenan nak buat sirih junjung. So saya cari idea untuk buat bekas khas yang lain. Ada beberapa contoh yang berkenan di hati tapi kita modify sikit supaya kena dengan jiwa.
Ihsan google. Terimakasih kepada empunya bekas..(tak tahu siapa) |
Cantik dan menarik tapi payah pulak nak cari bekas geometri tu. |
Akhirnya saya jumpa bekas yang berkenan di hati. Simple tapi menarik pada pandangan saya. Kebetulan pulak kami pilih tema warna putih gading dan coklat, so terus sahaja saya beli bekas tu. Sesuai untuk letak dua bentuk cincin, satu untuk merisik dan satu lagi untuk meminang.
Dah alang-alang buat bekas cincin saya sediakan sekali beberapa dulang buat hantaran sebagai penyeri majlis. Saya buat design simple sahaja. Recycle dulang kakak-kakaknya sebelum ini. Kiranya dah kali ke3 dulang tu bertukar tangan. Saya cuma tukar alas dan buatkan hiasan bunga yang baru. Cukuplah untuk majlis meminang. Nanti nak nikah Insya Allah kita cari dulang yang baru pulak.
Lima dulang hantaran yang simple untuk bakal menantu. |
Bila dah siap majlis baru tahu yang peralatan untuk sirih junjung tu boleh di order sahaja. Nak guna daun sirih tiruan pun boleh. Tapi takpe, kita lebih suka yang original walaupun sederhana. Dan setakat ini sirih junjung tidak termasuk dalam perkiraan kita.
Mudah-mudahan majlis yang telah dilangsungkan ini bakal menyaksikan majlis-majlis seterusnya yang lebih lancar dan bakal pasangan akan berkekalan hingga ke syurga.
PS: Lepas ni bolehlah mencari cincin idaman yang terpendam selama ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.