"Laa... baby dah nak berjalan dah baru nak update blog..."
Hari ni 10hb September 2020, lahir pada 10hb Februari 2020, bermakna dah masuk tujuh bulan cucu kedua tu melihat dunia. Takpelah... bak kata orang kampung saya, better late than never. Kot-kot nanti nenek dah tetua nak mengimbau kenangan bolehlah tengok balik apa yang tercatat di sini.
Sehari sebelum baby lahir maknya buat majlis makan-makan untuk sambut birthday kakaknya yang lahir pada 9hb Februari 2017. Bukan main sibuk lagi maknya buat exercise nak suruh anak kedua ni lahir pada tarikh yang sama dengan kakaknya. Usai majlis makan-makan dan kami semua dah pulang ke rumah masing-masing tiba-tiba anak saya mesej kata nak masuk wad sebab dah ada show. So dari Ampang, kami sekeluarga bergegas ke hospital pulak dan menunggu hingga malam. Mereka suami isteri memilih untuk bersalin di Hospital Andorra Sri Kembangan sebab dekat dengan rumahnya. Dekat juga dengan rumah mertuanya di Semenyih.
Kakak yang terlebih excited tunggu adik baby keluar. |
Lama juga nak menunggu full dilation sebab masa datang hospital tu bukaan baru 2cm. Anak saya pilih untuk ambik epidural so kita tunggu saja perkembangan seterusnya. Oleh kerana dia dapat bilik VIP maka semua ahli keluarga sebelah suaminya berkampung di wad sementara menunggunya bergelut di labour room. Keluarga sebelah saya pulang menanti di rumah sahaja.
Alhamdulillah, selepas tengah malam dapat mesej yang cucu kedua saya selamat melihat dunia. Kiranya tercapai juga hasrat maknya nak birthdate anak sesama adik kakak, walaupun beza sehari. Proses bersalin pun mudah sahaja. Yang penting semuanya selamat. By dinihari dah selamat masuk wad. Maka nenek dan Tok ayah bergegas ke hospital untuk melihat orang baru.
Welcome to the world, baby Imaan Muniraa. |
Terkini, dah nak belajar duduk. |
Imaan Muniraa vs Cik Da (Cucu kedua vs anak kedua) |
PS: Moga Imaan Muniraa menjadi anak solehah penyejuk mata ayah bonda.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.