Monday, 7 September 2020

Aidil Adha 2020

Seperti Aidil Fitri, Aidil Adha tahun ini juga disambut dalam suasana Covid 19. Oleh kerana tiada aktiviti balik kampung dan tiada aktiviti korban maka sambutan Aidil Adha juga agak suram. Ditambah pulak anak sulung saya beraya di rumah mertua dan yang kedua tak dapat cuti maka kami hanya beraya sesama sendiri sahaja. Masjid pulak hanya membenarkan orang lelaki untuk solat berjemaah, anak dara pulak datang bulan, maka bersolatlah saya seorang diri di rumah. Tetiba terimbau kenangan beraya di perantauan tanpa keluarga dan saudara-mara. Sabor jelah. Dah tua-tua pun nak berdrama di pagi raya.

Seperti biasa juga, usai solat raya saya menghidangkan juadah raya yang dah siap dimasak pada petang sebelum hari raya. Saya masak ala-kadar sahaja, cukup untuk merasai suasana raya bersama anak-anak dan suami.

Rendang daging, rendang ayam dan nasi impit.

Usai menjamu selera saya meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Kebetulan sebelum Aidil Adha haritu saya bersemangat mengemas laman dan kebun maka saya sambung semula kerja-kerja yang terbengkalai terutama pemangkasan dahan-dahan pokok bunga kemuning yang dah mati dan reput. Pokok kemuning saya tanam sejak mula-mula pindah ke sini. Pokoknya dah meninggi tapi dahannya banyak yang mati tanpa sebab. Jadi saya tebang semua dahan yang dah mati dan trim cabang yang ada sehingga paras pinggang.

Dahan pokok kemuning yang siap ditebang, tinggalkan bahagian pokok separas pinggang sahaja.

Kumpul dulu semua pelepah dan dahan yang nak dibuang.

Trim pokok bunga raya putih dan gembur tanah.

Pemasuan semula pokok berdaun runcing tu. Tak tahu nama sebenarnya.

By tengahari siap semua kerja-kerja di halaman rinduku. Usai solat zohor hubby ajak  ke The Curve, Damansara. So kita rileks-rileks sahaja jenjalan sambil minum-minum di Starbucks dan beli buku di Borders.

Lepak-lepak di hari raya.



Singgah Marrybrown for dinner.



Esoknya kita sambung kerja mengangkut dahan-dahan untuk dibuang pulak, kasi setel semua kerja-kerja pembersihan halaman rinduku.

Port bahan buangan dahan pokok sebelum dikutip oleh lori sampah.

Transit untuk tilik pokok kemboja yang belum berbunga hingga kini.

Ubah pokok bunga kertas dari dalam pasu ke tanah. (Update: harini dah lebat berbunga)

Sekian cerita Aidil Adha 2020.

PS: Suasana raya tetap terasa bila bersama suami dan anak-anak yang setia menemani. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.