Tuesday, 19 November 2024

Tiga Malam @Hotel Ibis Style, KB

Semasa balik ke Kota Bharu baru-baru ini kami menginap di Hotel Ibis Style selama tiga malam. Hotelnya bagus, memenuhi keperluan kami seadanya. Depa ada basement parking dan ada pintu masuk terus ke lobi hotel, menyenangkan makcik pakcik berjalan keluar masuk hotel serta selamat dari hujan dan panas mentari. Urusan daftar masuk pun sangat mudah dan staf semua berbudi bahasa belaka. Ruang lobi agak luas dengan kerusi warna-warni. Depa sediakan air minuman sementara menunggu, ada sudut pameran, ruang bermain untuk kanak-kanak dan vending machine.

Comel pulak nampak kerusi ni, gemuk macam makcik.

Sudut jualan baju batik.

Jambangan bunga orked besar gedabak tepi pintu lif.

Kawasan laluan ke lif dan keluar ke basement parking. Ada ruang permainan kanak-kanak di sebelahnya.

Kawasan lobi yang luas.

Vending machine dan sudut santai.

Sudut sejarah.

Kami dapat bilik di tingkat 11, tidak jauh dari pintu lif. Biliknya sederhana luas, nampak modern dan selesa, cukup buat makcik pakcik melepaskan lelah. Cuma perlu berhati-hati dengan bilik air yang lutsinar, boleh nampak bayang-bayang orang yang berurusan di dalam. Yang bagusnya depa pisahkan ruang shower dan ruang toilet so boleh la sorang nak mandi, sorang lagi nak qadha hajat. Pisahkan tu dah bagus dah, tapi disebabkan letaknya sebelah-menyebelah dengan dinding dan pintu kaca lutsinar, makcik agak kurang berkenan di situ.

Pintu lif tingkat 11.


Ruang TV.

Ruang pantry dan open wardrobe dengan iron plus ironing board.

Bekas air panas dan sejuk.

Di sebelah kanan tu kawasan shower dan toilet dengan pintu dan dinding kaca lutsinar.

Welcoming guest.

Waktu malam boleh jalan-jalan ambik angin di kawasan roof top. Seronok melihat limpahan cahaya di bandar Kota Bharu dari tempat tinggi. 

Ball pool untuk budak-budak.

Swimming pool untuk budak-budak.

Swimming pool dewasa. Teringin jugak nak berkuak lentang tapi segan pulak bila dah masuk usia begini.

Pemandangan malam di Kota Bharu.

Overall stay, makcik bagi 4 bintang for easy parking dan easy access. Cuma satu masalah yang  agak mencabar, bila kita nak keluar dari kawasan hotel ke kanan jalan besar dan juga bila nak belok kanan masuk ke kawasan hotel dari jalan besar. Lebih mencabar bila masa banyak kereta dengan motorsikal yang memecut laju. Depa tak bagi peluang langsung. Memang BP makcik asyik mencanak naik je masa ni. So, to be safe, kami keluar/masuk ikut kiri sahaja. Lepas tu kalau perlu ke kanan kita cari je mana-mana tempat yang boleh buat U-turn. Better safe than sorry kata orang bijak pandai. Begitulah. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam perliharaan Allah. Aamiin. 🌹

Sekian untuk rujukan dimasa hadapan.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.