Wednesday, 13 November 2024

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan.

"Kita balik rileks-rileks je. Makan-makan, jalan-jalan...” Hubby dah siap booking flight ticket dan penginapan untuk 5H4M, satu malam di H Elite Design Hotel, dan tiga malam di Ibis Style Hotel. Saya cuma buat booking kereta sewa sahaja. Pastikan kuota internet cukup untuk kegunaan komunikasi dan Google Map, ayuhlah kita fokus jalan-jalan cari makan sambil berehat.

Hari 1: Rabu 30hb Oktober 2024

Kami turun dari rumah dalam pukul 8:30 pagi dan tiba di KLIA2 dalam masa satu jam. Sempat sarapan dahulu sebelum boarding dan tiba di Kota Bharu dalam pukul 12 tengahari. Seronok tengok airport Kota Bharu yang berwajah baru, luas dan selesa. 

Selepas ambik kereta sewa, kami singgah makan tengahari di kedai Yati Ayam Percik sebelum ke H Elite Design Hotel yang terletak di Tunjung. Sementara menunggu waktu check-in pada pukul 3 petang kami mengopi di kedai kopi Al Khatiri Kopee dahulu. Selepas check-in dan berehat kami keluar ambik angin petang sekitar bandar Kota Bharu dan singgah di Kedai Mee Isa untuk makan malam sambil mengimbau kenangan silam.

Sarapan di kedai Mamak KLIA2.

Lunch @Yati Ayam Percik.

Kemain besar bekas air tembikai… dan seharusnya manis leting.

Jom makan.

Sekolah hubby, class of '84. Sekadar lalu sahaja otw to hotel.

Secawan Americano buat minum petang.

One for the memori… dalam kafe Al Khatiri yang cantik.

Dinner mee sup @ Kedai Mee Isa.

Hari 2: Khamis, 31hb Oktober 2024

Pepagi lagi kami dah keluar cari sarapan nasi berlauk kegemaran anak menantu saya di kedai Nasi Berlauk Mok Noh. Malangnya tak berapa kena dengan tekak saya sebab nasinya agak lembik. Usai makan kami singgah di Pasar Kubang Pasu untuk membeli kuih-muih dan barang-barang kering untuk bawa balik KL. 

Oleh kerana belum pekena kopi lagi maka kami singgah mengopi di Zus coffee yang terletak di ground floor bangunan hotel sebelum bersedia untuk check-out pada pukul 12 tengahari dan meneruskan perjalanan ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Tak sangka pulak pengunjung sangat ramai walaupun cuaca agak terik. Ada yang siap hampar tikar duduk melepak. Kami yang datang lenggang kangkung hanya berdiri menikmati udara pantai. Puas menyedut udara segar kami terus ke hotel Ibis Style untuk check-in sebelum keluar semula untuk makan tengahari di Restoran Lapa Dooh. Malamnya kami dinner laksa lemak di Maheran Laksa dan menikmati suasana malam di Kota Bharu sambil jalan-jalan di pasar malam Padang MARA. (Tak pasti bila last makcik ke pasar malam, macam dah lama tak keluar malam).

Sarapan @ Nasi Berlauk Mok Noh.

Ambik angin di Pantai Sri Tujuh, Tumpat.

One for the memori… santai tepi pantai.

Lunch nasi kerabu tumis  @ Lapa Do oh.

Dinner  laksa lemak @Maheran Laksa.

Ketupat sotong @ Pasar Malam.

Ketupat sotong untuk isteri terchenta.

Hari 3: Jumaat, 1hb November 2024

Sempena hari Jumaat, pepagi lagi kami keluar menziarahi kubur ayah bonda mertua saya di Banggol. Kemudian singgah sarapan nasi berlauk di kedai makan sepupu hubby di Kg China sebelum hubby bersiap sedia untuk solat Jumaat. Disebelah petang kami keluar jalan-jalan di Tambatan di Raja, tepi Sungai Kelantan sebelum singgah makan malam di Restoran Wau.

Pusara ibu mertuaku.

14/6/1935 - 14/6/2013

Sunset @ tepi Sungai Kelantan.

One for the memori… sunkiss petang-petang.

Reality alam.

Ccolek... popia+cucur+sayur @ Restoran Wau.

Mee goreng special.

Done dinner.

Hari 4: Sabtu 2hb November 2024

Pepagi lagi hubby dah keluar untuk sarapan bersama kawan-kawan, ala-ala reunion rakan sekolah lama. Sementara depa bereunion saya duduk berehat di hotel sahaja sambil menunggu hubby bawa balik makanan. Tapi dah namanya reunion haruslah ambik masa dek banyak yang nak diborakkan. Akhirnya saya decide untuk bersarapan (buffet) di hotel sahaja walaupun agak lewat. Depa caj RM30 per head. Sempatlah saya menjamah apa yang ada sebelum depa berkemas. 

Lewat tengahari kami cari menu ike bekok untuk late lunch. Alhamdulillah sedap hingga menjilat jari dan kenyang terasa hingga ke malam, dah tak perlu cari makan malam lagi. Usai makan kami ambik angin petang di pantai PCB dan singgah beli keropok dan sambal daging/ayam Kg Laut sebagai buah tangan balik KL. Sebelah malam kami jalan-jalan di kawasan hotel sahaja, singgah mengopi di cafe hotel dan ambik angin malam di hotel roof top. 

Nasi lemak for breakfast.

Salad dan buah as always.

Lunch Ike bekok.

Ike bekok yang segar dan yummy.

Kedai makan dah lengang sebab dah hampir petang.

Day 5: Ahad 3hb November 2024

Hari ini dah masuk hari terakhir di daerah ini dan by tengahari kami akan ke airport untuk balik KL. Sebelum itu kita sarapan dengan nasi dagang basmati dari kedai sahabat hubby yang dah overdue sejak lama. Kedainya hanya sepelaung dari hotel Ibis dan boleh nampak dari tingkap bilik. Usai makan kami balik ke hotel semula untuk berkemas dan bersedia untuk check-out pada pukul 12 tengahari. By pukul 2 petang kami tiba di airport Kota Bharu dan bersedia untuk balik KL. Tetiba rindu nak balik rumah. Tapi sebelum itu kita singgah lunch di Kedai Nasi Berlauk Cik Da untuk makan tengahari dan isi (penuh) minyak kereta sewa sebelum dikembalikan.

Breakfast @ House of Nasi Dage, KB.

Gulai udang segar yang sangat wow.

Kedai yang cantik dan selesa.

Pemilik kedai merupakan rakan sekolah hubby dahulu.

Lunch @ Nasi Berlauk Cik Da otw to airport.

Alhamdulillah semua perancangan bercuti dan jalan-jalan cari makan di KB berjalan lancar. Cukuplah 5H4M hidup dengan makan tidur makan tidur sahaja. Balik KL, kita bersiap sedia dengan aktiviti menurunkan berat semula. Semoga Allah mudahkan. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.