Selasa, 6hb Februari 2024
Hari ini hari ke-6 kami di perantauan. Suasana masih sejuk so kami keluar ke kawasan berdekatan sahaja. Dari Paddington kami naik tube dan turun di Ladbroke Grove untuk sarapan menu Melayu. Hubby dah rindu nak makan roti canai so kita cari kedai Melayu yang bukak awal pagi. Walaupun kebanyakan kedai makan hanya beroperasi bermula pukul 12 tengahari kami jumpa satu kedai yang memenuhi kriteria di Notting Hill berdekatan dengan Portobello Market.
Mirror selpi dalam lif buat kenangan katanya. Ummi Ayah layankan sahaja. |
Melalui google search kami jumpa kedai Makan yang menghidangkan menu masakan Melayu. Katanya tuan punya kedai itu adalah owner asal Malaysia Hall Canteen. Kami disambut oleh cashier/staff Melayu yang sangat fasih speaking London.
One with staff kedai Makan. |
Depan kedai Makan. |
Roti canai yummy dengan kuah dal. |
“Ini free… sebab seronok tengok cucu…” tetiba pulak adik staf tu hantar tiga ketul kuih macam cekodok pisang. Katanya dia selalu follow IG anak sulong saya, seronok tengok bila ada post tentang cucu-cucu kami. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.
Cekodok pisang 'on the house' sebab depa suka tengok cucu kita. |
Usai makan kami jalan-jalan di Portobello Market yang beroperasi di sepanjang Portobello Road. Oleh kerana hari masih awal banyak kedai yang masih belum di buka. Hubby ke kedai buku Notting Hill Bookshop yang terkenal sempena kisah dari filem Notting Hill, lakonan Hugh Grant & Julia Roberts. Rupa-rupanya ramai pelancung yang datang singgah di kedai buku ini. Saya kurang pasti kenapa… mungkin sebab kedai ini di angkat ke dalam filem box-office dan terkenal serata tempat. Kedai bukunya agak sempit tapi penuh dengan buku dan alat tulis. Sementara itu anakanda puteri sakan bershopping donut di kedai Doughnut Time yang katanya viral. Tak tahulah apa yang sedapnya, saya nampak macam over rated je, mahai pulak tu. Apa-apa pun, kita layankan sahaja semuanya.
Portobello Market. |
Kami tidak berlama-lama di sini sebab terpaksa balik ke hotel semula untuk check-out. Kami akan bergerak untuk berpindah ke rumah sewa di Colliers Wood pula.
{Boleh cerita tentang rumah sewa 1, di sini. }
Semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Aamiin.
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.