Wednesday, 13 December 2023

Running Shoes

Sejak menginjak usia senja ni, kesihatan badan pun dah mula merosot dan lutut pun dah mula longgar. Maka selain dari kesihatan jantung, sekarang saya mula mengambil berat tentang kesihatan lutut.

Masa muda-muda dulu saya suka pakai kasut tinggi (heals). Almaklum la kita ni tak cukup inci, terpaksa la 'fake' sikit. Lagipun bila pakai heals, rasa macam better body posture. Tapi bila dah tua ni saya dah jarang pakai heals. Pertama, takut tergelincir jatuh sebab bila dah tua-tua begini, berjalan pun macam dah tak betul. Kedua, kalau jatuh dengan keadaan badan yang dah mengembang ini memang cari nahas lah. Jenuh pulak nak kena betulkan urat saraf dan tulang belulang nanti. Makanya terpaksalah kita berubah kepada kasut yang lebih selesa.

"Dah tua ni Ummi better cari kasut yang elok dan sesuai untuk lutut..." Setelah beberapa kali anak nombor 2 dan menantu saya memberi nasihat maka semalam saya realisasikan nasihat mereka. Kebetulan kami ada urusan di AEON Big Wangsa Maju maka kita ambik peluang singgah di kedai kasut. Alhamdulillah, bertemu apa yang dicari, kita pilih sepasang yang berkenan di hati. (Of course la hubby yang bayar).

Duramo 10, saiz 6 (UK), 38(F)

Saya cari kasut yang dwi kegunaan, so the best option is running shoes. Nak buat berlari boleh, nak buat berjalan pun boleh. Lepas ni bolehlah rajinkan diri untuk berjogging (berjalan sebenarnya) banyak-banyak. Mengikut bacaan (google), sepasang kasut yang baik boleh membawa kita berlari/berjalan sejauh 300-500 batu... up to 1000km. Sekali jogging, saya boleh dapat dalam 3km bermakna kalau guna untuk berjogging sahaja saya boleh dapat dalam 300 kali jogging. Cukuplah untuk kegunaan selagi hayat dikandung badan. 

Cerita berkaitan boleh baca di sini.

Lepas ni kita cari sneakers pulak.😁Semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik.

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.