Bila anakanda putri dah selamat tiba di Jepun, terus hubby buat planning untuk sambut raya di sana. Tak kisah samada 1hb Syawal jatuh pada hari Jumaat atau Sabtu, yang pasti pada malam hari Jumaat, kami akan terbang ke Jepun dan tiba di sana pada pagi hari Sabtu. Hajatnya supaya kami dapat menyambut raya dan full day bersama anakanda pada hari Sabtu dan Ahad. Hari Isnin dan seterusnya che Mek tu ada kuliah, so kami hanya akan berjumpanya pada sebelah petang dan malam sahaja. Begitulah perancangannya.
Oleh kerana hubby dapat ambik cuti selama 3 hari (Rabu, Khamis dan Jumaat) so kami maksimumkan cuti dengan cuti hari raya (Isnin dan Selasa) dan cuti hujung minggu. Kami akan berlepas ke sana pada malam hari Jumaat, 22hb April dan balik semula pada hari Jumaat, 29hb April 2023. Kami beli tiket flight secara online, bayar harga tiket, travel insurance dan secure seat sekali. Saya perati je hubby key in detail kad kredit. Total kos RM14k +++😌
"Ummi.... sebenarnya 1-5 Mei Nina cuti. Baru dapat info. Jepun ada Golden week apa entah... Ummi dah beli tiket ke?" Hmm... okay, kita positifkan minda dan kita cool down dulu walau dalam hati dah terasa bahangnya.
“Jomlah kita tukar tarikh.” Pantas sahaja hubby buat keputusan demi anakandanya yang terchenta.
Benarlah, kita hanya merancang. Namun Allah jualah sebaik-baik perancang.
Maka bermulalah proses nak tukar tarikh tiket yang dah setel sebelum ini. Saya nak buat secara online sahaja tapi hubby being so organised, nak tukar kat pejabat MAS jugak. Maka terpaksalah saya menurut sahaja asalkan semua bahagia. Kami tukar booking untuk pergi pada tarikh 28hb April dan balik semula pada 4hb Mei 2023 dengan mengambil kira faktor cuti hubby seperti sebelum ini. Kebetulan minggu berkenaan ada termasuk cuti hari Pekerja dan cuti hari Wesak maka hubby hanya perlu ambik cuti tambahan selama tiga hari sahaja seperti sebelum ini.
Kami ke pejabat urusan MAS di NU Sentral. Semasa tiba, kami disambut dengan ramah mesra. Orang tak ramai so kami terus dapat giliran. Sangat efficient dan mudah urusannya. Kami cuma perlu nyatakan booking number dan serahkan tiket asal yang hubby dah print dari rumah serta salinan kad pengenalan. As long as ada kekosongan mudah sahaja nak postpone tarikh penerbangan tapi kena bayar penalty fee RM300 seorang. Malang juga, booking seat yang kami dah bayar sebelum ini lupus begitu sahaja, tak boleh carry forward, so kena buat booking baru dan bayar semula. Jumlah kos semua adalah RM760 (penalti 2xRM300 plus booking seat pergi dan balik, 4xRM40). Lagi sekali saya perati je hubby swipe debit card. Lepas dah setel bayaran depa akan print out detail tiket yang baru dan cancel tiket yang lama. Semua urusan siap dalam masa tak sampai 30 minit.
Pejabat urusan MAS di tingkat 2, NU Sentral. |
Bila dah tukar tarikh penerbangan terpaksalah tukar insurans cover untuk stay di Jepun nanti. Untuk insuran cover ini saya cuma perlu call syarikat insuran MAS semula. Kemudian reply (balas balik) e-mail plan coverage yang depa hantar sebelum ini. Kita cuma perlu bagitahu pertukaran tarikh penerbangan (pergi dan balik), duration of stay kat Jepun, scan gambar kad pengenalan kami, depan dan belakang, update no hp dan alamat rumah. Depa akan update information dan hantar insurans cover yang baru dalam masa 24 jam, free of charge.
NU Sentral yang lengang di awal pagi. |
Mudah-mudahan tiada lagi apa-apa pertukaran selepas ini dan semoga hajat hubby nak ke Jepun dipermudahkan Allah. Amin.🌹
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.