“Tahun ni Ummi pakai baju tema apa?” Berkali-kali puteri sulong tu inginkan confirmation saya untuk tema baju raya tahun ini. Saya pulak terpaksa dapatkan kata putus daripada hubby. Maka hingga last minute tema raya kami belum setel lagi. Bila anakanda puteri tu decide untuk pilih warna merah/ maroon maka kita follow sahaja bila hubby pun menurut sahaja tanpa banyak alasan. Maka menyerlah dan memerah-menyalalah kita di pagi hari raya yang mulia.
Saya tak sempat ambil gambar juadah raya (hp pun entah ke mana) sebab lebih seronok melayan anak cucu secara fizikal daripada sibuk bergambar. Alhamdulillah anak-anak semua kaki bergambar dengan kamera hp memasing. Dapatlah nenek share gambar-gambar kenangan Aidil Fitri kali ini sebagai memori terindah.🥰
Usai solat raya dan menjamu selera kita berposing dulu sebelum matahari terpacak atas kepala.
|
Tema merah kita.❤ |
|
Video call dengan orang jauh... (tq to teknologi terkini)
|
|
Payah betul nak susun budak-budak ni. |
|
Boleh lah...(bersama ahli yang ada). |
|
Jenuh cucu nak melayan makcik-makcik ni. |
Dah puas berposing sakan kita take a break di Starbuck Ukay Perdana pekena kopi secawan dua. Lepas tu sambung melayan besan datang berziarah raya.
|
Kita mengopi dulu. |
|
Bersama famili besan dari Shah Alam. |
By petang semua orang pun dah penat dan muak untuk menjamah juadah raya lagi. So kami decide untuk keluar makan ringkas-ringkas sahaja. Maka ke Pizzahut Wangsa Maju pulak kita bagi menghilangkan rasa muak.
|
Wrap up 1 Syawal 1444H...missing baby bongsu yang jauh di mata. |
Ahamdulillah done sambutan Aidil Fitri tahun ini secara sederhana. Semoga Allah menerima amalan kita.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.