“Jom teman gi hotel… ada konvo tiga hari kat Putrajaya.” Dan seperti biasa saya buat booking hotel, packing luggage dan gerak dari rumah terus ke hotel di Putrajaya. Hubby gerak terus dari tempat kerja.
Saya cari hotel paling dekat dengan PICC supaya mudah hubby ulang-alik ke tempat konvo. Asalnya nak ambik hotel Everly (konon senang shopping sebab sebelah je dengan Alamanda shopping mall) tapi penuh pulak. Last resort, kita ambik Hotel Dorsett sahaja. Saya pernah menginap di sini tidak lama dulu. Boleh baca ceritanya di sini. Walaupun tak user friendly tapi persekitatannya agak menarik. Saya buat tempahan untuk tiga malam.
Jumaat, 4hb November 2022.
Saya turun dari rumah sebelum solat Jumaat, tiba sana dalam pukul 1:00pm. Terus parking kereta kat basement B1 dan buat daftar masuk kat kaunter di lobi hotel. Memandangkan bilik belum ready, kita daftar je dulu. Bila dah ada bilik nanti depa akan call balik, jangka dalam pukul 3 petang.
Tanda parking dulu... as always. |
Sementara bilik belum sedia kita dating dulu dengan anakanda yang tinggal di Putrajaya. Simple lunch kat Marrybrown, Ayer 8. Tengah sedap makan, pihak hotel call kata bilik dah siap maka bergegaslah kita check-in semula. By pukul 3:30 petang dah boleh lepak dan berehat dalam bilik.
Light lunch @Marybrown Ayer8. |
“Jom Ummi, kita gi tengok sunset kat Putrajaya. Ada port best.” Sejak lama anak-anak memang dah tahu Ummi depa ni suka sunset. Walaupun tidak menepati citarasa sebenar kita layankan saja hasrat murni mereka. Sementara menunggu sunset kita jalan-jalan kat food truck depan hotel dulu sambil menikmati lanskap di tepian tasik.
Deretan bunga ixora yang memukau.π |
Masjid besi.π |
Sesaja je cik mek ni nak menyelit. |
Sunset captured.π |
Dah puas menikmati sunset kita ke pasar malam cari makanan untuk makan malam pulak. Done day 1 sebelum makcik merebahkan badan untuk berehat.
Sabtu, 5hb November 2022.
Usai sarapan kita gi jalan-jalan cuci mata kat Mitsui Outlet, dekat KLIA hingga petang, shop till you drop, kata orang kampung saya, padahal tak shopping beriya pun. Saya cuma beli kasut dan dua helai baju. Selainnya saya hanya window shopping sahaja. Penat weh makcik nak jalan-jalan pusing mall macam orang muda. By pukul 2:00 petang Makcik dah balik hotel semula untuk berehat sebab malam nanti nak keluar dinner pulak. Kebetulan besan saya dari Kota Bharu juga datang ke Putrajaya untuk urusan kerja maka kita ambik peluang untuk keluar dinner ramai-ramai.
Kita sarapan dulu kat kafe hotel. |
Mitsui outlet park @Sepang. |
Supaya lebih rajin exercise katanya…π |
Dinner, full house with besan @ Restoran Safaa, Cyberjaya. |
Sekian cerita untuk kali ini. Esok sambung part 2 pulak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.