Pabila anak bujang dah besar panjang dan bekerja, susah benor nak curi masa depa. Tapi sebagai mak ayah penyayang, kita berpada sahaja dengan apa yang ada. Makan tetap makan… terutama bila ada special occasion.
“Jom dinner malam ni… sempena birthday Amin.”
Setelah dikerah semua anak-anak yang ada maka kami ke Restoran YaHala, Ampang. Katanya kat sini ada menu best… Nasi Lamb Sidr. Malangnya semua tempat kat dalam restoran fully booked. Yang ada cuma di bahagian smokers di tingkat atas. Memang tidaklah saya nak merawit dengan perokok-perokok yang ada. Akhirnya kami ambik tempat di luar ala-ala courtyard. Susun meja dan cari kerusi sendiri. Alhamdulillah kita santai-santai saja menikmati udara luar dengan lampu yang asyik bertukar warna. Sepatutnya kat dinding batu belakang meja kami tu ada air pancut/mengalir celah-celah batu tapi entah kenapa pada malam kejadian tu kering kontang pulak. So kita nikmati cahaya lampu sahaja tanpa bunyi air.
Lentil soup with nachos for Ummi. |
The proud umi and ayah. |
Abaikan apa terjadi kat spek makcik itu. |
Happy birthday untuk anak bujang nan seorang. Dah 23 dah umur awak. Tak lama lagi dah nak meninggalkan zaman bujang. Mudah-mudahan cukuplah bekalan yang Ummi dan ayah bagi sebagai persediaan nak menjaga anak orang.😊
Sekian cerita birthday bujang pada 14hb Oktober 2022.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.