“Ummi buat apa hari ni?” Soalan biasa dari anakanda apabila tiba hujung minggu. Seperti biasa juga, hubby dah buat planning awal-awal lagi. Pagi nak keluar breakfast roti canai Suberi kat Keramat, lepas tu gi kenduri kat Putrajaya, sambung kenduri di Masjid Putra Nilai, sambil tengok rumah yang dah lama tersadai kat Nilai sana.
Namun, kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Tiba-tiba sahaja kereta Accord bertuah tu tak boleh start. Maka terpaksalah tunggu anak menantu datang pick-up untuk pergi sarapan.
Best ever roti canai cicah kari kambing.😋 |
Sambil tu saya call kedai bengkel kereta berdekatan untuk datang tengok lepas kami dah setel sarapan. Alhamdulillah mereka sangat membantu.
“Bateri dah zero ni kak. Kita boleh jump start tapi bateri kena tukar baru..” Bila depa check rupa-rupanya lampu kecik dalam kereta sedang on. Saya pun tak pasti bila lampu tu on. Salah saya tak check semua itu sebelum keluar kereta.
Bateri lama brand Century… tak pasti bila last saya ganti bateri ini. |
Jump start sebelum bawa pergi bengkel. |
Check punya check ada pulak kerosakan lain. |
Air filter hose koyak. |
Done ganti bateri baru brand Bosch RM320, pada 8/10/2022 |
“Bateri ni boleh terus ganti sekarang. Untuk hose tu kami kena order dulu, nanti dah ready kami call akak untuk pasang.” Bagus jugak. Sempatlah kami selesaikan urusan dahulu. Setel ganti bateri, kami terus gerak ke Putrajaya menghadiri kenduri kawen anak sahabat hubby di Dewan Wilqadri, Conezion.
Lunch free.🙂 |
Photobooth depan dewan. |
Pintu masuk untuk pengantin. |
Abaikan fake flawless itu. |
Kebetulan dewan kawen ini sangat dekat dengan rumah anakanda putri maka dah alang-alang sampai sini kita terjah rumah anak menantu walaupun depa tiada di rumah. Kami tumpang solat dan bagi makanan ikan peliharaan.
Tok ayah ngintai ikan belaan cucunda. |
Tolong bagi makan ikan pulak takut ikan-ikan tu lapar sebab tuannya tiada di rumah. |
“Kita rehat kat sini jelah… malas pulak nak sambung gi Nilai.” Sebagai isteri mithali, kita mengikut sahaja apa-apa plan A, B, C yang hubby dah buat. Dah puas berehat kita jalan-jalan ambik angin tepi tasik Putrajaya kemudian mengopi kat Kopi Mesin, Ayer 8 ditemani anak menantu yang tinggal berdekatan.
Ambik angin tepi tasik as always. |
Ala-ala air Barbican tapi a bit on the side, RM7 sebotol. |
By pukul 5 petang kami gerak balik Ampang dan terus ke bengkel kereta untuk ganti air filter hose pulak. Simple je prosesnya. Depa cabut hose yang lama dan ganti dengan hose baru.
Honda ori katanya... padahal 'replacement parts use for honda’ je. |
Depa ganti hose yang koyak sahaja... semua aksesori lain depa guna semula daripada hose yang asal. Bayar lagi RM250. |
Alhamdulillah semua perancangan hari ini berjalan lancar walaupun ada hick-up di sana sini. Yang penting kita sentiasa sabar dengan setiap ujian yang mendatang. Moga Allah bantu selamanya.
Sekian cerita bateri kong di hujung minggu.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.