Thursday, 9 June 2022

Cucur bawang simple.

Hujan-hujan ni memang seronok layan cucuq sambil minum kopi. Kali ini kita mencucuq versi simple pulak.

Mula-mula saya hiris 2 biji bawang holland, rendam segenggam ikan bilis supaya lembut dan potong daun kucai segar dari laman. 

Kemudian saya masukkan 3 cawan tepung gandum ke dalam bekas dan campurkan semua bahan tadi. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan satu setengah cawan air panas dan kacau laju-laju... (penat jugak la sebab dia jadi macam doh). Bila dah sebati masukkan setengah cawan air biasa dan kacau rata... jadi macam rupa adunan cokodok.

Lepas tu panaskan minyak dan goreng macam buat cokodok. Jemput-jemputkan pakai tangan je... tapi bila nak angkat haruslah pakai senduk/sudip/dsb... kang melecur pulak tangan tu.

Saya suka guna banyak bawang

Goreng dalam minyak yang banyak, api sederhana.

Lebihan adunan boleh simpan dalam fridge. Esok sambung goreng.

Gorengan kali kedua.

Sebenarnya haritu makan kat IJN. Depa jual RM7.90 for 7 biji. Tak puas makan sebab share 3 orang. So kali ini kita buat je kat rumah. Sendiri masak sendiri makan... Alhamdulillah.


Friday, 3 June 2022

Pesta buku Antarabangsa 2022, WTC

Dah lama saya tak pergi pesta buku. Sejak anak-anak dah habis sekolah dah jarang jejak kaki ke mana-mana pesta buku. Lagi  pulak sejak PKP hari tu kalau ada berminat dengan memana buku saya beli online sahaja.

"Jom la Ummi gi booth kak Iman. Kita pakai pink..." 

Kebetulan anakanda join pesta buku tahun ini, kita singgah bagi moral support.




Ambik aura awek muda.

Dalam tidak berhajat membeli apa-apa buku tu sempat lagi capai satu tajuk yang menarik perhatian saya. Depa bungkus dalam plastik so tak tahu apa rupa isi dalamnya. Tapi makcik mencuba sahaja sebab tengok dari sinopsisnya nampak menarik.


"Bila masa pulak awak in pain?" Haha...entahlah. It's just a book. Does it have to do with anything?😁

Thursday, 2 June 2022

Raya tak lengkap kalau tak full house.

Sebelum ini setiap kali raya mesti nak kena beli baju raya sedondon. Tapi tahun ini kita pakai sahaja apa yang ada asalkan warna yang harmoni. So masing-masing pilih sahaja baju yang terbaik dari dalam almari masing-masing.

Hari raya pertama, cuma 6 ahli.


Bila anak kedua balik beraya kita berposing lagi. Tapi seperti biasa... the girls sahaja yang excited. Pakcik- pakcik sume bo layan. So kita posing je lah syok sendiri.

Tema suka hati.



Open house rumah besan.


Cubaan melengkapkan 'full house' di rumah besan.

Akhirnya lengkap dipenghujung Syawal. Full house with anak menantu dan cucu. Alhamdulillah.

PS: Apa-apa pun family always come first.

Pangkas pokok tepi pagar belakang rumah..

Dah lama saya tidak turun ke halaman rindu. Sebulan Ramadhan memang out. Tambah lagi sebulan Syawal memang tidak menjenguk langsung. Sebelum Ramadhan saya cuma upah orang potong rumput dan tebang pokok pisang. Sebelum sebelum itupun saya biarkan sahaja semua pokok hidup segan mati tak mahu. Kali terakhir saya menyantuni pokok-pokok di halaman rindu adalah pada hujung tahun lepas. Lepas tu saya biarkan sahaja keadaan berlalu.

Dua hari lepas saya buat makan-makan untuk cikgu-cikgu datang ziarah. Teringat komen mereka, betapa untungnya saya ada laman tepi rumah... boleh bercucuk-tanam hilangkan boring duduk rumah. Lalu, tiba-tiba terasa  betapa ruginya saya tidak mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan ini. Maka hari ini berpagi-pagi lagi saya turun ke laman melihat persekitaran yang terbiar. Saya ambik sabit, gergaji dan gunting dan mula memangkas dahan dan batang yang liar. Saya buang semua daun-daun yang rosak serta trim dahan dimana perlu.




Alhamdulillah, setel untuk hari ini. Cukup sebagai muqaddimah. Petang nanti kita buang semua dahan yang dah dipotong tu. Esok lusa kita sambung lagi.

Wednesday, 1 June 2022

Hari terakhir Syawal 2022 dengan cikgu-cikgu lama

Baru-baru ini sambil borak-borak santai dalam grup whatsapp kita masuk topik ziarah-menziarahi. Mulanya dua orang sahaja kemudian berkembang jàdi ramai pulak. Selepas 2 tahun tidak bersama akhirnya aktiviti ziarah secara fizikal dapat dilaksanakan dengan santai. Alhamdulillah sempat masak mee kari special untuk sahabat guru yang terchenta. Macam-macam topik yang di bicarakan. Kita rakamkan sahaja gambar-gambar sebagai kenangan.





PS: Berbahagia sahaja dengan gambar-gambar blur sebab gambar yang sebenar sentiasa di hati. Moga ukhuwwah hingga ke Jannah.

Happy 30th birthday princess.

"Jom gi KLCC, makan-makan, jalan-jalan sambil tengok cucu." Tetiba pulak hubby ajak keluar padahal saya dah siap buat planning untuk kerja-kerja masak-memasak untuk program ziarah esoknya.

Kebetulan puteri sulong saya ada kerja kat KL dan depa stay kat Four Seasons Hotel, sebelah KLCC so senanglah nak slot in masa lunch hour. Dan seperti yang dijanjikan kami tiba depan Serai pada jam 2.15 petang. 

"Sebenarnya nak belanja Iman sempena birthday." Another tetiba (daripada hubby) sebab sebelum ni tak pernah pulak nak sambut birthday. Kami sentiasa keluar makan. Takde apa-apa occasion pun makan tetap jalan. Cuma kalau kebetulan terkena masa-masa tertentu kita kengkonon celebrate. Makan sentiasa nombor satu. Celebration nombor sepuluh. Dan dah alang-alang orang nak belanja, kita order sahaja apa yang patut.

Per menu: Minted Calamansi Soda RM18.

Actual: Not bad. Tapi macam over priced.

Per menu jugak: Serai Tasting Platter RM48

Actual platter tak sempat snap gambar sebab asyik berborak. Tapi memang over priced sangat. Depa bagi 6 cucuk satay plus kuah, sotong celup tepung potong kecik-kecik, gado-gado (tanpa kangkung dan sengkuang) dan keropok keping. Kalau nak kira harga memang tak berbaloi... tapi sapa suruh makan kat KLCC kan? Sanggup makan sangguplah bayar. (tapi bukan kita yang cari duit).  

Merringue pun so so je.

Despite banyak komen, kita enjoy sahaja apa yang ada depan mata. Happy birthday untuk puteri sulong saya. Dah 30 tahun dah hidup... semoga lebih matang dalam menghadapi hari-hari mendatang dan mendapat keberkahan dengan usia yang berbaki.



Abaikan filter melampau itu.

The proud Daddy in those days

Thank you Google.

PS: Ummi pun dah tua. Bila tengok anak-anak makin besar makinlah terasa sikitnya umur yang berbaki. Moga Allah bantu selamanya.