Thursday, 2 June 2022

Pangkas pokok tepi pagar belakang rumah..

Dah lama saya tidak turun ke halaman rindu. Sebulan Ramadhan memang out. Tambah lagi sebulan Syawal memang tidak menjenguk langsung. Sebelum Ramadhan saya cuma upah orang potong rumput dan tebang pokok pisang. Sebelum sebelum itupun saya biarkan sahaja semua pokok hidup segan mati tak mahu. Kali terakhir saya menyantuni pokok-pokok di halaman rindu adalah pada hujung tahun lepas. Lepas tu saya biarkan sahaja keadaan berlalu.

Dua hari lepas saya buat makan-makan untuk cikgu-cikgu datang ziarah. Teringat komen mereka, betapa untungnya saya ada laman tepi rumah... boleh bercucuk-tanam hilangkan boring duduk rumah. Lalu, tiba-tiba terasa  betapa ruginya saya tidak mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan ini. Maka hari ini berpagi-pagi lagi saya turun ke laman melihat persekitaran yang terbiar. Saya ambik sabit, gergaji dan gunting dan mula memangkas dahan dan batang yang liar. Saya buang semua daun-daun yang rosak serta trim dahan dimana perlu.




Alhamdulillah, setel untuk hari ini. Cukup sebagai muqaddimah. Petang nanti kita buang semua dahan yang dah dipotong tu. Esok lusa kita sambung lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.