"Jom gi KLCC, makan-makan, jalan-jalan sambil tengok cucu." Tetiba pulak hubby ajak keluar padahal saya dah siap buat planning untuk kerja-kerja masak-memasak untuk program ziarah esoknya.
Kebetulan puteri sulong saya ada kerja kat KL dan depa stay kat Four Seasons Hotel, sebelah KLCC so senanglah nak slot in masa lunch hour. Dan seperti yang dijanjikan kami tiba depan Serai pada jam 2.15 petang.
"Sebenarnya nak belanja Iman sempena birthday." Another tetiba (daripada hubby) sebab sebelum ni tak pernah pulak nak sambut birthday. Kami sentiasa keluar makan. Takde apa-apa occasion pun makan tetap jalan. Cuma kalau kebetulan terkena masa-masa tertentu kita kengkonon celebrate. Makan sentiasa nombor satu. Celebration nombor sepuluh. Dan dah alang-alang orang nak belanja, kita order sahaja apa yang patut.
Per menu: Minted Calamansi Soda RM18. |
Actual platter tak sempat snap gambar sebab asyik berborak. Tapi memang over priced sangat. Depa bagi 6 cucuk satay plus kuah, sotong celup tepung potong kecik-kecik, gado-gado (tanpa kangkung dan sengkuang) dan keropok keping. Kalau nak kira harga memang tak berbaloi... tapi sapa suruh makan kat KLCC kan? Sanggup makan sangguplah bayar. (tapi bukan kita yang cari duit).
Merringue pun so so je. |
Despite banyak komen, kita enjoy sahaja apa yang ada depan mata. Happy birthday untuk puteri sulong saya. Dah 30 tahun dah hidup... semoga lebih matang dalam menghadapi hari-hari mendatang dan mendapat keberkahan dengan usia yang berbaki.
Abaikan filter melampau itu. |
The proud Daddy in those days |
Thank you Google. |
PS: Ummi pun dah tua. Bila tengok anak-anak makin besar makinlah terasa sikitnya umur yang berbaki. Moga Allah bantu selamanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.