Wednesday, 18 May 2022

Perjalanan awal Ramadhan 1443H: Covid tak Covid?

Kata orang, bila dah tua ni  saat berpuasa affected differently. So  listen to your body need. If it says rest, then rest it should be.

Mencari kekuatan sebelum Ramadhan. Tasik Ampang yang tenang dan damai.

Final run before Ramadhan... katanya.

Ramadhan: Day 1

Hari pertama Ramadhan tahun ini jatuh pada hari Ahad, 3hb April 2022. Untuk hari pertama ni saya asyik tido sahaja. Penat sebab the day before Ramadhan pergi jogging keliling Taman Tasik Ampang. Then pergi ambik anak bongsu kat UniKL. Lepas tu jalan-jalan pusing Bangi dengan anak menantu dan cucu. Berhenti makan tengahari di USA Pizza, Bangi then sambung mengopi kat Old Town White Coffee pulak. By the time sampai rumah dàh petang. Lepas tu nak pepare masak untuk dinner dan sahur pulak. Alhamdulillah sempat berterawih di Masjid Ukay Perdana untuk malam pertama bulan Ramadhan 1443H. Usai terawih terus balik, berehat dan tidur kemudian bangun sahur seperti dirancang dan bersedia untuk berpuasa hari pertama dibulan Ramadhan yang mulia ini. 

By tengahari dah mula prepare makanan iftar untuk semua anak-anak dan cucu balik berbuka. Saya cuma masak nasi, buat pajeri nenas dan goreng sayur campur. Iman tambah/buat ayam percik. Semua anak-anak balik bawa kuih-muih untuk berbuka dan bekerjasama menjalankan peranan masing-masing.  Seterusnya berterawih bersama-sama di rumah untuk malam kedua Ramadhan. Never in my life saya rasa seronok berpuasa dan berbuka bersama-sama keluarga terchenta. Moga Allah redha selamanya.

Ramadhan: Day 2

Hari kedua Ramadhan berjalan seperti biasa. Sebelah pagi saya keluar teman hubby ke Ampang Putri untuk ambik prescription ubat daripada doktor. Sepatutnya ada appoinment sebulan yang lepas tapi doktor tu cuti kemudian reschedule appoinment tapi tak dapat fulfill dek masalah covid pulak. Kami dah call buat appoinment untuk jumpa doktor pada pukul 2:30 petang, tapi bila sampai kat klinik, doktor letak signboard kata rehat until pukul 3:40 petang. Tak kuasa nak menunggu, akhirnya kami pergi ke farmasi terdekat dan beli je ubat-ubatan tu melalui Pharmacist... ubat kencing manis, Flavix, Lipitor, Ganfort, Ural, Eye Mo, pati peria dan Omega 3... total semua RM785. 

Selesai urusan semua kami singgah di restoran Hameediyah beli lauk-pauk untuk berbuka. Balik nanti cuma masak nasi dan sediakan kuih-muih sahaja. Kami berbuka 4 beranak yang ada di rumah  sahaja. Malam tu sempat berterawih di Masjid UIA untuk malam ketiga Ramadhan. Alhamdulillah.

Mengimbau kenangan zaman anak-anak kecil dahulu.

Ramadhan: Day 3

Hari ketiga juga berjalan seperti biasa cuma rasa tak sedap badan dan tekak rasa kering. Hubby juga mula batuk dan sakit tekak. Saya masih boleh masak untuk berbuka dan sahur seperti biasa, cuma rasa sedikit penat secara tiba-tiba. Usai solat Terawih di rumah, saya minum air kopi pearl kacip fatimah dan telan sebiji kapsul red yeast rice (ubat kolestrol). Saya tidur awal dan terjaga pada pukul 1:30 pagi esoknya. Tekak rasa sangat kering dan saya minum segelas redoxon dan segelas gelas air kosong kemudian cuba sambung tidur tanpa jaya. Akhirnya saya berjaga sepanjang malam. Alhamdulillah selera makan sentiasa ada maka kita mengunyah sahaja sehingga tiba waktu imsa'. Hubby bangun sahur dan komplen sakit tekak dan batuk makin kuat. Maka kami sama-sama buat Covid test dan hubby positif, tapi saya negatif. Usai sahur hubby terus berkurung/kuarentin di bilik atas. Oleh kerana keputusan test saya negatif maka duduklah saya di tingkat bawah... berpisahlah kami buat sementara waktu. 

Ramadhan: Day 4

Bermula hari keempat Ramadhan kami berbuka puasa dan bersahur secara berasingan. Nak kena kuarentin seminggu katanya. Hubby sendirian di tingkat atas dengan layanan 'room service' sementara saya di bawah dengan anak-anak. Untuk hari keempat ni saya cuma masak nasi, ayam goreng kicap dan sup telur petola. Nina tambah murtabak, ayam gunting dan kuih dari bazaar Ramadhan. Alhamdulillah Ramadhan hari ke-4 berakhir dengan baik.

Token for hubby... makcik tumpang seronok je.

Ramadhan: Day 5

Hari kelima saya mula sakit kepala dan sengal badan. Tekak rasa mengembang dan badan mula rasa panas. Malam sebelum tu saya terjaga setiap jam sebab tekak asyik tersedak dan kering. Setiap kali terjaga saya akan minum air kosong banyak-banyak untuk kelangsungan puasa hari kelima. Untuk berbuka saya cuma masak nasi, ayam percik dan gulai kalut ikan kembung. Kemudian buat room service untuk hubby berbuka di tingkat atas sementara saya being lone ranger di tingkat bawah. Berbuka puasa sorang-sorang. Anak-anak semua berbuka di luar. 

Antara menu room service hubby

Ramadhan: Day 6

Hari keenam saya dah mula melepek. Kepala makin sakit dan badan sengal segala sendi. Saya buat covid test tapi masih negatif. 

"Ummi bukak la puasa, makan ubat,... kesian tengok.." Nina dah mula risau tengok ummi depa ni dah tak macam rupa ummi. Saya hanya mampu terbaring sahaja. Tapi saya kuatkan semangat. Puasa tetap puasa sebab Ramadhan hanya datang setahun sekali.

"Ummi rehat lah. Nanti Nina beli makanan..." Saya okay sahaja dengan makanan bazaar Ramadhan. Tapi nasi saya masak sendiri. Saya boleh makan lauknya tapi untuk nasi saya lebih suka nasi homecook panas-panas setiap kali berbuka. Satu tabi'at yang susah untuk dimengertikan.

Usai berbuka saya telan dua biji panadol untuk mengurangkan panas badan. Alhamdulillah, temperture makin turun tapi badan keep on sengal dan sakit tekak makin kuat dan sangat perit. Saya minum Berroca untuk sedikit kelegaan.

Buat test asyik negatif je..😅

Air cengkih

Sebagai ikhtiar
Ramadhan: Day 7

Hari ini badan masih rasa sengal dan panas dan mula hilang suara. Tekak rasa makin perit dan mengembang. Saya dah telan dua biji panadol dan minum berroca waktu sahur pagi tadi. Sepanjang hari saya cuma berehat dan berselimut lagak orang demam kura. Buat covid test lagi tapi masih negatif.

Dah rupa orang demam kura dah

Untuk berbuka hubby dah order lauk-pauk via Grab daripada Restoran Suberi. Saya cuma masak nasi dan buat sup ayam dan tambah pengat pisang. Walau ada kemudahan Grab saya tetap masak nasi dan buat sup untuk kepuasan tekak sendiri. Dalam keadaan begini saya lebih suka makanan berkuah sup sahaja. Tidak salah melayan diri sendiri selagi tidak menyusahkan orang lain.

Ramadhan: Day 8

Alhamdulillah badan dan getting better walau tekak masih perit dan mengembang. Nak telan air liur pun sakit. Saya cuma sambung berehat sebab Nina dah setelkan urusan berbuka dan Amin dah belikan groceries kat Giant.

"Ummi kena gi klinik buat proper Covid test... rasa dah betul dah tu Ummi kena covid tapi test kit tu takleh detect..." Hubby dan anak-anak semua dah sibuk suruh saya pergi klinik untuk buat test covid. Dalam keadaan begini saya dah tak kisah tentang test result. Positif atau negatif, kesakitannya tetap sama. Treatment pun tetap sama... makan panadol, berroca, redoxon, telan ubat batuk, minum air banyak dan berehat. Covid atau tidak, saya yang perlu kuat dan berusaha untuk melawan virus itu dengan izin Allah.

Bekalan ubat

Ramadhan: Day 9

Feeling much better except for batuk dan gatal tekak. Rasa tekak mengembang pun dah berkurang. Malam masih tak dapat tidur dengan lena sebab asyik terjaga dek tersedak dan gatal tekak. Hubby order makanan untuk berbuka dan Nina top up kuih dari bazaar Ramadhan. Seperti biasa saya cuma masak nasi dan sambung berehat. Alhamdulillah.

Ramadhan: Day 10

Hari ini hari terakhir hubby kuarentin untuk seminggu. Hubby buat covid test untuk kali terakhir dan result pun dah negatif. Alhamdulillah dah kembali sihat and back to normal. Tapi saya masih batuk dan gatal tekak. Saya juga buat covid test untuk kesekian kalinya dan result masih sama... tetap juga negatif. So saya anggap ianya hanya flu biasa (macam yang saya biasa kena masa kat UK dulu)... demam, sakit kepala, sakit tekak dan batuk itu biasa masa winter. Cuma perlu keep warm dan berehat dengan cukup sahaja disamping makan ubat dan vitamin C.

Everything seems normal

Stok bekalan test covid

Oksigen... Normal 

Suhu... normal

Alhamdulillah saya menghabiskan awal satu pertiga Ramadhan (hari 1-10) yang di panggil fasa blessing/rahmat dengan tenang dan damai. Walaupun pembahagian fasa-fasa Ramadhan ini daripada Hadis dhaif tapi saya dapat merasakan rahmat Allah dalam setiap detik saya berjaga malam. Belum pernah lagi saya merasai kemanisan malam-malam Ramadhan seperti ini. Sungguh, rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Walau diuji dengan kesakitan ala-ala Covid tapi nikmat bersendirian di malam-malam Ramadhan itu yang sukar dicari ganti. Usai fasa blessing/rahmat, masuk ke fasa pengampunan, seterusnya ke fasa pembebasan dari api neraka. Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa kita seterusnya membebaskan kita dari api neraka.

By hari ke sebelas semuanya dah back to normal. Saya cuma bertahan dengan saki-baki batuk, gatal tekak dan semput yang datang secara tiba-tiba. Post covid katanya. Kita redha sahaja dengan ketentuanNya dan meneruskan kehidupan dibulan Ramadhan ini seperti biasa. 

Malam 15 Ramadhan... back to sejid again. Alhamdulillah.

PS:  Semoga dikurniakan umur untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.