Sinki bocor
Sinki dapur ni mula bocor sejak masuk bulan Ramadhan hari tu. Asalnya cuma menitis sahaja. Tapi disebabkan penggunaan berlebihan sepanjang bulan Ramadhan sinki ni mula tersumbat pulak. Setiap kali siap membasuh saya akan pam sinki bagi memudahkan aliran air ke lubang bawah sinki. Akibat tekanan pam yang agak kuat mungkin menyebabkan gam penyambung salur air di bawah sinki tu mula tertanggal. By malam raya, akibat raya terkejut gamaknya terus tertanggal batang paip dari bontot sinki. Maka saya tutup sinki sebelah kanan. Alhamdulillah bahagian sinki sebelah kiri masih boleh beroperasi walaupun air mengalir ke lubang sinki dengan lemah gemalai.
Bahagian yang tercabut. |
Usai berhari raya dan balik dari kampung baru boleh buat operasi repair-merepair. Saya snap bahagian sinki yang berkenaan sambil mencari plumber yang sudi datang pada hari raya kelima. Bila saya sertakan gambar sinki yang saya snap, terus dia bagi sebut harga.
"Ganti baru siap upah dan barang RM150. kalau ok belah petang kul 4-5 datang buat." ringkas dan padat balasan mesej daripada pakcik plumber tu. Bila dicongak tambah tolak saya rasa bayaran tu agak mahal tapi disebabkan faktor masa dan urgency matter maka saya setuju sahaja.
Bila saya kata ada lagi satu sinki di bilik air yang perlu dibaiki juga maka dia up harga jadi double... pun saya setuju sahaja untuk kemudahan rumah tangga.
Bahagian yang tertanggal (dalam bulatan) |
Penutup sinki pun dah tercabut juga, |
Alhamdulillah, pakcik plumber tu datang seperti yang dijanjikan dan setel kerja dalam masa tak sampai satu jam. Saya bayar RM300 cash, dengan niat sedekah raya sekiranya dia sengaja nak overcharge kita. Kita halalkan sahaja sebagai rezeki dia dibulan Syawal yang mulia ini.
Bateri kereta kong
Kami balik beraya di kampung dengan kereta BRV, maka tinggalah kereta Accord menjadi penunggu rumah. Tak sampai seminggu ditinggalkan tetiba pulak kereta ni habis bateri. Beberapa kali mencuba masih enggan hidup.
“Try cari jumper buat sendiri…”
Kebetulan anak bujang ada di luar maka saya kirim beli jumper kereta. Murah sahaja rupanya. Bolehlah simpan buat spare di rumah.
Mr DIY... RM34. |
Selepas beberapa kali mencuba tanpa jaya maka terpaksalah kami tunggu bengkel buka pada hari Sabtu. Biasanya saya whatsap sahaja bengkel kereta yang saya biasa berurusan. Saya akan pilih siapa yang respon segera. Kat kawasan taman perumahan ini ada tiga bengkel kereta yang saya biasa berurusan. So saya mesej sahaja mereka semua dengan mesej yang sama.
“Assalam... Bengkel buka tak hari ni? Boleh datang rumah? Kereta tak boleh start.” Tak perlu perkenalkan diri sebab depa dah ada nombor hp dan alamat rumah saya asbab dah selalu sangat berurusan dengan masalah kereta yang pelbagai.
Selepas beberapa ketika semua kata bengkel buka tapi tiada respon samada mereka boleh datang servis ke rumah atau tidak. Mungkin mereka dah mula sibuk sebab semua orang pun dah mula ke bengkel dengan masalah kereta. Mungkin juga tak cukup pekerja sebab masing-masing masih beraya. Apa-apa pun kita bersangka baik sahaja.
"Jom lah keluar, pusing2 tengok kedai mana yang bukak lepas tu suruh depa datang tengok..." Mudah sahaja hubby bagi solution. Kami keluar sambil-sambil cari makanan.
Alhamdulillah ada mekanik sudi datang segera. Lepas depa jump start kereta terus hidup. Dah namanya mekanik, haruslah tip top kerjanya. Bateri dah kong rupanya. Terus kami drive pergi bengkel dan tukar bateri baru jenis Century harga RM250. Setel satu kerja. Alhamdulillah.
Masa mula-mula renovate rumah dulu saya dah pasang 5 set lampu sekeliling pagar rumah ini. Setelah beberapa lama semuanya rosak dek cuaca melampau. Saya cuma ganti lampu di bahagian pagar depan sahaja. Yang lain tu cukup dengan lampu jalan. Tapi bila anak cucu nak balik beraya dan plan nak buat BBQ maka dengan senang hati saya buat operasi menghidupkan malam dengan cahaya lampu. Maka sekali lagi saya buat operasi mencari technician/wireman pulak. Alhamdulillah saya dah biasa berurusan dengan kedai hardware di kawasan perumahan ini. Depa dah beberapa kali datang untuk setelkan masalah eletrik kat rumah ni.
Lampu pagar depan yang masih berfungsi. |
Lampu tepi dari pandangan luar. |
Padahal tapaknya dah hancur dan tanggal. Saya letak sahaja buat hiasan. |
Depa cabut dan bersihkan sisa-sisa tapak yang dah uzur. |
Untuk satu set lampu depa caj RM90 plus RM40 upah pasang. Saya order 2 set lampu supaya suasana malam lebih terang, maka jumlah kos jadi double. Oleh kerana wiring untuk lampu kedua tu dah rosak maka depa kena buat bypass sepanjang 2 meter pulak. So kena tambah kos sebanyak RM200 lagi menyebabkan jumlah kos semua menjadi RM460.
Siap. |
Laman tepi dimalam hari. |
Beriya-iya saya siapkan pasang lampu pagar untuk mencerahkan laman, tapi tak jadi pun nak berBBQ. Katanya sebab sekarang musim denggi so lebih baik beraktiviti dalam rumah sahaja. Lastly, kami tukar plan untuk buat shellout tapi hubby dengan berbesar hati order dari Shellambak Bukit Antarabangsa sahaja. Kami order 2 set untuk 12 orang costing RM310. Makan semua dalam kertas plastik so tak perlu bersusah-payah nak basuh pinggan mangkuk. Lepas makan terus kemas dan buang sahaja.
Alhamdulillah. Terima kasih untuk hubby memudahkan kerja isteri terchenta ini. Kita hanya pemudah cara sahaja. Beras depa beli. Yang lain-lain tu hanya aksesori...
PS: Dalam kesukaran sentiasa terkandung kebaikan... Moga Allah bantu selamanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.