Wednesday, 5 August 2020

Pembedahan katarak pulak.

Selepas pembedahan retina tanggal dengan cara vitrectomy hari tu, timbul pulak masalah katarak. Menurut doktor, berlakunya masalah katarak adalah normal selepas pembedahan vitrectomy asbab side effect kesan gas yang doktor masukkan dalam mata menggantikan vitreous humor gel yang doktor keluarkan semasa pembedahan. Apa nak dikata, itulah risiko yang harus ditanggung untuk mengelakkan situasi buta kekal.

Hubby buat pembedahan retina pada pertengahan bulan Februari baru ni. Saya dah tak ingat berapa kali kami menghadiri appointment doktor untuk follow-up selepas pembedahan. Yang pasti selepas lima bulan doktor komfemkan katarak tu dah fully developed so kena buat pembedahan segera supaya ianya tidak menjadi semakin buruk. Oleh kerana banyak kerja hubby yang menanti akhirnya kami memilih tarikh seminggu sebelum Aidil Adha bagi meminimunkan bilangan hari cuti. 

Menunggu giliran berjumpa doktor.

Sebelum tu doktor komfemkan dulu tahap katarak dan berapa power kanta yang nak ditukar. Bacaan rabun hubby agak tinggi mencecah 650. So doktor kurangkan menjadi 300 untuk imbangkan dengan mata kanan. Alhamdulillah mata kanan masih okay walaupun power dah mencecah 525. Sebenarnya boleh je kurangkan jadi 0 terus tapi takut mata kanan terkejut pulak. 

Macam-macam mesin ada.

Check bacaan rabun dulu.

Mesin untuk tengok keadaan dalam mata.


Check katarak dan masalah dalam mata pulak.

Lepas dah check semua doktor komfemkan yang katarak mata hubby agak banyak dan dinding belakang retina pun agak tebal dan memerlukan pembedahan laser dikemudian hari nanti.  Maksudnya walaupun dah setel bab katarak, penglihatan hubby masih tidak 100% normal sebab cahaya tidak dapat menembusi dinding retina yang tebal itu. Buat masa ini doktor cadangkan buat pembedahan katarak dulu. Selepas enam bulan nanti kena buat laser bagi membetulkan ketebalan dinding retina pulak. Kami akur sahaja dengan cadangan doktor. 

Asalnya doktor nak buat general anesthetics (bius penuh) untuk operate katarak tu. Kiranya hubby akan ditidurkan semasa pembedahan dijalankan. Tapi memandangkan hubby ada masalah jantung maka doktor pilih untuk buat local anasthetics (bius setempat) sahaja. Mulanya saspen jugak sebab hubby memang selalu cuak dalam bab-bab medikal ni. Kita doa je moga Allah bantu. 

Doktor schedulekan untuk buat operation pada pukul 8 pagi hari Isnin. Tapi disebabkan nak kena buat test Covid 19 maka kami kena tiba di hospital pada petang hari Ahad lagi. Alhamdulillah dapat bilik single. Kami check-in hospital pada pukul 2 petang. Lepas setel down, by pukul 3.30pm nurse datang ambik swab untuk ujian Covid 19. By pukul 5 petang dapat result. Alhamdulillah, negatif. Malam tu hubby decide untuk stay kat wad bagi memudahkan urusan pembedahan awal pagi esoknya. Kalau balik rumah, kena datang semula dalam pukul 6 pagi. Takut kalut pulak dengan jalan jam lagi, so better rileks kat wad sahaja. 


Esoknya, tengah sedap-sedap nak bersarapan nurse dah panggil untuk bersedia ke bilik pembedahan. By pukul 7.30 pagi depa dah tolak masuk untuk pembedahahan pada pukul 8 pagi.

Baru sempat menjamah separuh sarapan.

Alhamdulillah by pukul 9.30 pagi hubby selamat menjalani pembedahan. 

"Huhu... saspen sebab boleh dengar apa semua doktor buat. Tapi doktor tu bagus. Siap bacakan doa dan cakap baik-baik. Jadi takdelah takut sangat. Tiba-tiba je dah siap."

"Depa tutup muka semua. Tak nampak apa-apa. Nampak cahaya je."

"Tak sakit langsung. Cuma rasa ngilu sikit. Dua kali rasa ngilu sambil dengar bunyi buzzing., slow je."

Macam seronok pulak hubby bercerita. Betul cakap doktor, buat bius setempat lebih baik, recovery pun cepat. Dalam masa setengah jam dah boleh bangun dan sambung makan sarapan yang tergendala tadi. Lepas tu sambung berehat semula.

Fasa berehat lepas pembedahan.


Esoknya awal pagi nurse dah suruh bersiap untuk ke klinik doktor. Alhamdulillah everything went smoothly dan hubby boleh discaj selepas setel bayaran semua. Total caj RM8750 untuk kos pembedahan, ubat-ubatan dan 'penginapan' dua malam di wad.

Penutup mata buat kenangan.

Bekalan ubat titik dan antibiotik.

Kanta yang diganti.


Doktor bagi MC selama dua minggu sebelum berjumpa doktor semula. Kita tunggu apa kata doktor pada appointment seterusnya. Moga Allah bantu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.