Thursday, 6 August 2020

Sila buat health check ye...

"Umi gi sorang je ke?"

Anak saya selalu risau kalau Umi mereka ini terpaksa berjalan sorang-sorang. Alhamdulillah sehingga kini, sekiranya terpaksa, saya masih mampu ke mana-mana seorang diri. Asalkan sihat tubuh badan, ada kereta dan ada duit kita onzz saja.

Hari ini saya ke hospital Ampang Putri untuk ambik keputusan ujian pap smear, ujian hormon dan ujian darah yang dibuat sebelum Aidil Adha hari tu. Masa buat ujian tu pun saya pergi seorang diri juga. Setakat ini, setiap tahun saya akan buat ujian darah untuk tengok blood count bagi mengetahui prestasi kesihatan. Biasanya saya buat di klinik kesihatan sahaja. Tapi kali ini saya tambah buat pap smear dan full blood count. Puncanya, tiba-tiba sahaja ada bleeding selepas lebih setahun tak period. Saya memang dah letak dalam minda yang diri ini dah sampai ke penghujung senja dan dah menopos. Tapi apabila tiba-tiba ada blood stain tu datang juga rasa cuak di hati kot-kot petanda kepada keadaan yang lebih serius.


Temu janji pukul 3:30 petang. Saya keluar rumah usai solat zohor. Alhamdulillah jalan tak jam dan parkir pun mudah, so pukul 2:50pm saya dah tercongok kat depan pintu klinik. Klinik masih tutup sebab depa pergi late lunch. So kita duduk-duduk dulu sementara menunggu depa beroperasi semula.

Kosong je... semua masih mood beraya gamaknya.

Tepat pukul 3:00pm klinik dibuka dan pukul 3:15pm doktor dah bersedia. Being the first patient in line terus dapat masuk jumpa doktor. Alhamdulillah.

"Ada bleeding lagi ke?" Bila saya jawab tiada maka doktor pun proceed dengan dapatan hasil ujian pap smear, ujian darah dan ujian hormon hari tu.

"Pap smear is good. Everything is normal. Nothing to worry."

"Blood test is good. Hemoglobin very good. Just be careful with the cholestrol. A bit high for cholestrol jahat. And uric acid also a bit high. Jaga makan lepas ni... you know what to avoid. Everything else are okay."

"Now, the hormone test shows the increase level in FSH (Folicle-stimulating Hormene) and decrease in estrogen level. That's definitely menopause. So, you don't have to worry about getting pregnant dah lepas ni. The bleeding hari tu may be due to inflammation and thinning of the vaginal lining. This is normal during menopause. Again nothing to worry. May be we can give you medication if things got worsen later. "

Usai jumpa doktor saya terus buat bayaran di kaunter. Depa caj RM90 untuk consultation dan RM7 untuk servis. Hmm... lumayan sungguh. Sembang gitu gini tak sampai 10 minit je pun. Masa ambik sample untuk test hari tu dah kena caj RM850++. Gitulah gamaknya kos yang harus dibayar untuk hidup sihat di zaman serba canggih ini.

Memandangkan doktor dah cakap nothing to worry, tiada apa yang perlu dirisaukan maka saya ambik peluang untuk lepak-lepak di kafe hospital sambil menjamah putu mayam dan minum teh tarik dulu sebelum pulang. Dah lama saya tak duduk makan sensorang sambil menikmati me-time. Sesekali ada masa terluang, kita berikan ruang untuk diri sendiri.

My favourite ever putu mayam.

Dah puas melepak syok sendiri, sebelum pukul 5 petang kita pun beransur pulang untuk mengelakkan traffic jam.  


Balik rumah dan bila belek balik salinan laporan doktor tadi, baru perasan yang bacaan kolestrol saya sangat tinggi dan dah memasuki tahap bahaya. Bacaan kolestrol saya dah 7.0 melebihi tahap sepatutnya iaitu 5.2 dan well over borderline yang sepatutnya hingga 6.2 sahaja. Sangat risky. This should be the biggest worry selepas masalah bleeding hari tu. Tiba-tiba kepala rasa pening......

Bacaan 7 sangat tinggi. LDL pun sangat tinggi.

"Mak kawan Ein baru kena attack. Bacaan 5.6 je. Tengah makan tetiba senyap pastu jatuh. Terus gi emergency masuk wad."

Mula lah kalut nak cari supplement untuk kurangkan kolestrol. Sebelum ni sedap je makan semua benda. Favourite saya adalah seafood especially sotong, ketam dan kerang tambah lagi daging goreng memang superp. Semua tu penggalak kepada pengumpulan kolestrol dalam darah. Tiba-tiba terus insaf dan berazam untuk makan secara sihat bermula hari ini. Moga Allah bantu.

Wednesday, 5 August 2020

Pembedahan katarak pulak.

Selepas pembedahan retina tanggal dengan cara vitrectomy hari tu, timbul pulak masalah katarak. Menurut doktor, berlakunya masalah katarak adalah normal selepas pembedahan vitrectomy asbab side effect kesan gas yang doktor masukkan dalam mata menggantikan vitreous humor gel yang doktor keluarkan semasa pembedahan. Apa nak dikata, itulah risiko yang harus ditanggung untuk mengelakkan situasi buta kekal.

Hubby buat pembedahan retina pada pertengahan bulan Februari baru ni. Saya dah tak ingat berapa kali kami menghadiri appointment doktor untuk follow-up selepas pembedahan. Yang pasti selepas lima bulan doktor komfemkan katarak tu dah fully developed so kena buat pembedahan segera supaya ianya tidak menjadi semakin buruk. Oleh kerana banyak kerja hubby yang menanti akhirnya kami memilih tarikh seminggu sebelum Aidil Adha bagi meminimunkan bilangan hari cuti. 

Menunggu giliran berjumpa doktor.

Sebelum tu doktor komfemkan dulu tahap katarak dan berapa power kanta yang nak ditukar. Bacaan rabun hubby agak tinggi mencecah 650. So doktor kurangkan menjadi 300 untuk imbangkan dengan mata kanan. Alhamdulillah mata kanan masih okay walaupun power dah mencecah 525. Sebenarnya boleh je kurangkan jadi 0 terus tapi takut mata kanan terkejut pulak. 

Macam-macam mesin ada.

Check bacaan rabun dulu.

Mesin untuk tengok keadaan dalam mata.


Check katarak dan masalah dalam mata pulak.

Lepas dah check semua doktor komfemkan yang katarak mata hubby agak banyak dan dinding belakang retina pun agak tebal dan memerlukan pembedahan laser dikemudian hari nanti.  Maksudnya walaupun dah setel bab katarak, penglihatan hubby masih tidak 100% normal sebab cahaya tidak dapat menembusi dinding retina yang tebal itu. Buat masa ini doktor cadangkan buat pembedahan katarak dulu. Selepas enam bulan nanti kena buat laser bagi membetulkan ketebalan dinding retina pulak. Kami akur sahaja dengan cadangan doktor. 

Asalnya doktor nak buat general anesthetics (bius penuh) untuk operate katarak tu. Kiranya hubby akan ditidurkan semasa pembedahan dijalankan. Tapi memandangkan hubby ada masalah jantung maka doktor pilih untuk buat local anasthetics (bius setempat) sahaja. Mulanya saspen jugak sebab hubby memang selalu cuak dalam bab-bab medikal ni. Kita doa je moga Allah bantu. 

Doktor schedulekan untuk buat operation pada pukul 8 pagi hari Isnin. Tapi disebabkan nak kena buat test Covid 19 maka kami kena tiba di hospital pada petang hari Ahad lagi. Alhamdulillah dapat bilik single. Kami check-in hospital pada pukul 2 petang. Lepas setel down, by pukul 3.30pm nurse datang ambik swab untuk ujian Covid 19. By pukul 5 petang dapat result. Alhamdulillah, negatif. Malam tu hubby decide untuk stay kat wad bagi memudahkan urusan pembedahan awal pagi esoknya. Kalau balik rumah, kena datang semula dalam pukul 6 pagi. Takut kalut pulak dengan jalan jam lagi, so better rileks kat wad sahaja. 


Esoknya, tengah sedap-sedap nak bersarapan nurse dah panggil untuk bersedia ke bilik pembedahan. By pukul 7.30 pagi depa dah tolak masuk untuk pembedahahan pada pukul 8 pagi.

Baru sempat menjamah separuh sarapan.

Alhamdulillah by pukul 9.30 pagi hubby selamat menjalani pembedahan. 

"Huhu... saspen sebab boleh dengar apa semua doktor buat. Tapi doktor tu bagus. Siap bacakan doa dan cakap baik-baik. Jadi takdelah takut sangat. Tiba-tiba je dah siap."

"Depa tutup muka semua. Tak nampak apa-apa. Nampak cahaya je."

"Tak sakit langsung. Cuma rasa ngilu sikit. Dua kali rasa ngilu sambil dengar bunyi buzzing., slow je."

Macam seronok pulak hubby bercerita. Betul cakap doktor, buat bius setempat lebih baik, recovery pun cepat. Dalam masa setengah jam dah boleh bangun dan sambung makan sarapan yang tergendala tadi. Lepas tu sambung berehat semula.

Fasa berehat lepas pembedahan.


Esoknya awal pagi nurse dah suruh bersiap untuk ke klinik doktor. Alhamdulillah everything went smoothly dan hubby boleh discaj selepas setel bayaran semua. Total caj RM8750 untuk kos pembedahan, ubat-ubatan dan 'penginapan' dua malam di wad.

Penutup mata buat kenangan.

Bekalan ubat titik dan antibiotik.

Kanta yang diganti.


Doktor bagi MC selama dua minggu sebelum berjumpa doktor semula. Kita tunggu apa kata doktor pada appointment seterusnya. Moga Allah bantu.

Tuesday, 4 August 2020

Cuti cuti Covid 19: Weekend Breakaway @ Port Dickson

"Umi, jom cuti. Dayah off 4 hari. Sempena end posting..." 

Apa lagi, ke tepian pantailah kita. Dah lama tak main pasir ramai-ramai, sama-sama. Kami booking airbnb kat Port Dickson. Lupa pulak kat mana exactly. Rumah banglo 2 tingkat, 4 bilik dengan ruang tamu yang luas beserta laman. Harga RM890 untuk malam. Sangat berbaloi untuk kami anak beranak tambah dua menantu dan dua cucu. Ala-ala macam balik kampung berkumpul rumah mak.

Kami gerak pada pukul 12.00pm hari Sabtu, 4hb Julai 2020. (Bukan main detail bagi maklumat). Alhamdulillah jalan agak lancar. Kami sempat singgah lunch kat Restoran Nelayan, Seremban sebab nak merasa pelbagai jenis masak lemak Nogori. Kebetulan pulak masa tu peak hours, restoran penuh, ramai pelanggan dok beratur menunggu meja kosong. Kami pulak datang segerombolan 10 orang adults memang menambah kepadatan penduduk. Alhamdulillah tuan kedainya sangat baik dan peramah jadi tidak terasa masa berlalu sebelum kami dapat tempat duduk. By the time dapat tempat duduk, makanan pun dah hampir habis so kami makan je apa yang tinggal. Yang penting semua orang happy.

Kami tiba di airbnb pada pukul 3.30 petang. Dah hajatnya untuk ke pantai maka kita penuhkan masa dengan bersantai di pantai sahaja. Usai check-in dan berehat sebentar kami terus gerak ke Pantai Saujana. Pengunjung agak ramai dan agak susah nak mendapatkan parking. Kami terpaksa berjalan agak jauh. Walaubagaimanapun kami dapat port untuk melepak yang agak selesa. Maka kita hampar tikar dan duduk bersila sambil melayan cucu. Korek pasir, tambun pasir, korek lagi, tambun lagi.









Full house anak cucu menantu.

Size compared.



Bukan main leka bermain pasir dan berposing, sedar tak sedar matahari pun dah nak tenggelam. By maghrib kami mula bersiap untuk balik ke homestay semula. Sebelum tu singgah beli makanan di pasar malam Batu 4. By the time tiba di homestay semua dah kepenatan setelah seharian bersuka ria. By pukul 10 malam saya dah lena.

Esoknya pepagi hari saya keluar berjogging di tepian pantai. Seperti biasa, saya hanya banyak berjalan dari berjogging.  Lepas tu kononnya nak duduk-duduk sambil membaca novel tapi tak tercapai hajat bila mana matahari dah mula naik. Suasana pun dah mula panas. So kita gerak laju-laju untuk cari sarapan pulak.

Posing jelah memanjang.

Lepas sarapan terus mengemas dan bersiap untuk check-out pada pukul 12 tengahari. Lagipun nak mengelakkan jalan jam balik KL. So kita bergerak cepat dan cergas. 

Cucu silau sebab jarang keluar rumah.


Sebelum balik KL kami singgah lunch di Nasi Kukus Mama, Bangi pulak. Seperti biasa, aktiviti percutian sentiasa dipenuhi dengan agenda makan-makan. Lepas kenyang makan nasi kukus Mama kami tapau nasi kerabu Kak Da aiming for dinner pulak. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah semula pada pukul 3.30 petang dan Umi boleh terus berehat sebab dah tak perlu fikir nak masa apa untuk dinner.

Saturday, 1 August 2020

Aidil fitri 2020, second round.

"Umi... Dayah dapat cuti hari weekend ni."

Dah hampir ke penghujung Syawal baru ni tetiba dapat mesej dari anakanda yang tak dapat pulang beraya pada 1 Syawal. Maka apalagi, selagi ada Syawal Umi pun excited nak berkumpul beraya semula. Dah set dalam kepala, raya tak akan sempurna kalau tak dapat berkumpul satu keluarga. Maka selagi dalam bulan Syawal kita gunakan peluang yang ada. 

First thing first haruslah fikir menu dulu. Kebetulan bujangku sedang dalam mood ke dapur maka kita biarkan sahaja dia beraksi. Dia memang suka mencuba menu sendiri. Sukahati je main campak-campak apa barang yang ada dalam stok. Saya biarkan dia menguji bakat yang ada. Lepas tu bersedialah nak kena bersilat mengemas dapur pulak.

Spageti plus angel hair goreng dengan olive oil.

Bukan main lagi chef in action.

Sambil-sambil tu saya juga mengembalikan bakat yang dah lama tenggelam. Tiba-tiba terasa nak makan kek red velvet home made. Kebetulan bahan semua ada dalam stok maka kita puter-puter aja apa yang patut. Saya guna resepi asal yang pernah dibuat dahulu. Lepas tu hias dengan cream cheese. Takde hias mana pun. Saya cuma belah dua kek yang dah siap. Lepas tu letak cream cheese di tengah dan lapiskan buat macam sandwic. Lastly lumur sahaja lebihan cream cheese sekeliling kek.



Siap...

Saya tidak bercadang untuk menyediakan apa-apa juadah yang special. Cuma masak apa yang biasa untuk makan tengahari dan malam sahaja dengan hidangan nasi putih, kari udang dengan nenas dan tempe goreng pedas campur ikan bilis dan kentang. Bagi mewujudkan suasana raya, kita tambah rendang ayam dan beli lemang sahaja. Yang lebih penting adalah agenda berposing sakan...

The Nations.

The nations...again.

The warriors.

Dan seperti yang dijdualkan, anak-anak hanya dapat cuti hujung minggu sahaja. Dapat tidur di rumah untuk satu malam pun sudah memadai. Lepas semua dah kembali ke tempat memasing, kita pun isi masa dengan jalan-jalan ke KLCC pulak. 

The King and Queen.

PS: Kita tunggu time raya haji pulak...