Sejak PKP membawa hingga PKPD dan PKPB ni pergerakan saya hanya berkisar ke dapur dan kebun sahaja. Ulang-alik ulang-alik, pi mai pi mai dok tang tu jugak. Hari-hari dok mengadap dapur maka menjelmalah pelbagai anganan dalam kepala dan minda.
"Bestnya kalau dapat dapur cam ni." Selalu anganan itu terluah bila bersembang dengan bujang arkitek kat rumah ni. Nasibla anak bujang tu sudi melayan.
Anganan 1. |
Anganan 2. |
"Dapur hiasan boleh la Umi... kalau hari-hari nak masak susah jugak tu." Benar bagai dikata. Dapur cantik hanya layak dilihat dan dipuja sahaja. Kalau nak guna buat masak jenuh kederat nak membersih, menyental dan mengemas. Barang pun banyak tak tahu nak sumbat kat mana. Maka berpadalah dengan yang ada. Walaubagaimana rupanya, disitulah syurga saya.
Realiti. |
Saya juga berangan ada dapur di luar rumah. Gunanya untuk menggoreng terutama menggoreng ayam, ikan dan ikan kering. Juga untuk aktiviti panggang memanggang supaya bau masakan tidak terperangkap dalam rumah. Walaupun ada hood dapur tapi saya lebih suka bau-bau itu keluar secara semulajadi. Penat nak dengar bunyi enjin hood tu dok sedut asap. Bingit je telinga.
Angananku... sambil masak sambil melihat keluar. |
Realitinya... |
Awal pembinaan dulu memang saya dah tambah bumbung dan tile siap-siap kat belakang rumah hingga ke pagar belakang. Sebahagiannya saya jadikan kawasan laundry untuk membasuh dan menjemur pakaian. Sebahagian lagi saya letak rak untuk simpan barang-barang yang jarang digunakan. Tapi sejak dapur gas dan hood dapur saya rosak haritu maka saya susun semula area rak barang-barang tu untuk letak dapur sementara. Bila dah beberapa ketika dok memasak kat luar, jadi seronok pulak sebab rumah dah kurang bau masakan. Akhirnya saya kekalkan penggunaan dapur luar ni untuk proses masakan heavy duty.
PS: Mudah-mudahan suatu hari nanti anganku menjadi realiti. Moga Allah bantu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.