Thursday, 28 May 2020

Aidilfitri 2020: Covid 19

Seperti komen ramai orang, raya tahun ini sangat berbeza. Due to covid 19, semua orang kena duduk rumah dan mematuhi semua arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO). Kalau sebelum ini dihujung-hujung Ramadhan masing-masing sibuk dengan persiapan nak balik kampung tapi tahun ini masing-masing beraya dengan cara sendiri sambil mematuhi arahan PKP. 

Walau di mana pun kami beraya, menu utama untuk sarapan dipagi raya haruslah nasi dagang. Hubby dah susun menu raya:

1. Nasi dagang, gulai ikan tongkol dan telur rebus.
2. Lemang dan rendang ayam.
3. Satay ayam dan daging plus kuah kacang.
4. Nasi Impit

Dan segala persiapan haruslah bermula beberapa hari sebelum Syawal. Seminggu sebelum raya saya dah siapkan list barang sebagai panduan untuk anak bujangku membeli barang-barang keperluan dapur. Saya dah lama tidak ke pasar untuk barang-barang basah. Semuanya beli di kedai runcit atau pasaraya sahaja. 

Dua hari sebelum hari raya saya dah siap rebus ikan tongkol untuk gulai nasi dagang. Hari terakhir Ramadhan saya dah siapkan seperiuk besar rendang ayam buat berbuka dan sekali gus untuk makan dihari raya. Satay, kami order sahaja dan depa hantar sebelum berbuka. So bolehlah buat penambah juadah berbuka juga. Malam raya saya cuma masak gulai ikan tongkol dan beli lemang untuk dipadankan dengan rendang ayam. 

Pajeri nenas untuk berbuka, dan rendang ayam in the making.

Gulai ikan tongkol is done.

Pepagi hari raya saya dah bersilat di dapur untuk persediaan nasi dagang dengan pertolongan anak bujang. Walaupun penyediaan nasi dagang ni agak leceh tapi dengan perancangan yang tersusun semuanya jadi mudah. 

Nasi dagang on the way

By pukul 8.30 pagi semuanya siap bersusun di atas meja untuk dijamah sebelum solat Aidilfitri. Solat sunat Aidilfitri juga dibuat di rumah. Oleh kerana kami tiada niat untuk ke mana-mana maka bolehlah kita kenakan baju yang raya yang glamer sikit sesuai dengan hasrat berhias-hias untuk di rumah sahaja. Dah namanya menyambut raya di rumah sahaja maka agenda utama haruslah makan, posing, makan, posing.

The legacy

Second generation

Kami kami sahaja.

One with Imaan Muniraa

Tiga generasi.

Setelah penat berkurung dalam rumah bolehlah melawat kebun bunga pulak. Alhamdulillah sejak PKP baru- baru ni sempatlah nenek menebas dan merumput laman bagi menaikkan seri pagi raya.

Kebun bunga nenek

Disebabkan PKP kali ini melangkaui larangan rentas sempadan maka terpaksalah anakanda nan seorang ni beraya diperantauan. Alhamdulillah dengan kecanggihan teknologi kami masih lagi dapat bersama dipagi Aidilfitri.

Sian... tak dapat balik raya.

Apa-apa pun, hari raya adalah hari kemenagan untuk kita. Walaubagaimanapun cara sambutannya hari raya tetap meriah di hati kita.



PS: Video raya by anak bujang....https://youtu.be/xqglYPzkjlU

Wednesday, 20 May 2020

Keropok lekor mudah.

Sejak PKP dan masuk bulan Ramadhan ni dah beberapa kali saya mengidam nak makan keropok lekor. Disebabkan tak tahu nak pi cari kat mana dimusim covid ni, maka terpaksalah kita cuba buat sendiri. Tak susah mana pun sebenarnya. Banyak resepi kat google. Kita cuma perlu pilih yang mana sesuai dengan jiwa sahaja. Saya suka resepi yang simple dan boleh siap dalam masa yang singkat. Asalkan ada bahan utama iaitu ikan dan tepung maka kita mulakan operasi cuba jaya. Setelah beberapa kali tidak berjaya akhirnya dapat juga menjamu selera dengan bahagianya.

Saya dah cuba guna ikan selar, ikan selayang/sardin dan ikan kembung. Alhamdulillah semuanya menjadi mengikut skala saya. Namun, yang paling kena dengan selera saya adalah ikan kembung. Walau apa pun jenis ikan, resepi asasnya tetap sama.

Nah, resepi mudah saya.

3 ekor ikan kembung, bersihkan dan disiat ambil isinya sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula  
2 sudu besar air sejuk (saya cairkan 2 ketul air batu)
1 cawan tepung gandum
Tepung ubi kayu secukupnya untuk menyalut keropok.

Cara-caranya:

1. Blend semua bahan kecuali tepung ubi kayu. Lepas tu tuang ke dalam mangkuk. Pastikan tangan sejuk sebelum memegang adunan supaya adunan tidak melekat di tangan. Saya celup tangan dalam air batu.

Kalau terlalu lembik boleh tambah sedikit tepung gandum.

2. Tabur tepung ubi kayu atas papan pencanai. Kemudian ambik sejemput adunan tadi dan golek-golekkan di atas papan yang telah ditabur tepung tadi hingga menjadi bentuk panjang-panjang. Biarkan bersalut dengan tepung. JANGAN ULI. Kalau masih melekat-lekat, taburkan tepung ubi kayu lagi.

Adunan memang lembik sebab tu perlukan tepung ubi kayu yang banyak.

3. Panaskan air dalam periuk dan tambah sedikit minyak. Bila air dah menggelegak, masukkan keropok yang sudah siap dibentuk tadi. Masak sampai keropok lekor tu timbul baru angkat.

Rebus sampai keropok timbul baru angkat.

4. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong untuk digoreng. Kalau nak makan terus tanpa goreng pun sedap. Makan panas-panas cicah sos cili.

Keropok lekor is done.

Benarlah kata orang, alah bisa tegal biasa. Sekarang ni asyik buat sendiri je, tak perlu beli lagi. Bila-bila teringin nak makan, kita buat homemade sahaja.

PS: Ada resepi suruh tambah serbuk penaik atau baking powder. Saya dah cuba tapi meletup-letup bila digoreng. Habis bersepah minyak panas. Akhirnya saya kekal dengan resepi mudah saya sahaja. Tak perlu ada apa-apa penambahan. Make it simple.

Tuesday, 12 May 2020

Dapur idaman lagi.

Sejak PKP membawa hingga PKPD dan PKPB ni pergerakan saya hanya berkisar ke dapur dan kebun sahaja. Ulang-alik ulang-alik, pi mai pi mai dok tang tu jugak. Hari-hari dok mengadap dapur maka menjelmalah pelbagai anganan dalam kepala dan minda.

"Bestnya kalau dapat dapur cam ni." Selalu anganan itu terluah bila bersembang dengan bujang arkitek kat rumah ni. Nasibla anak bujang tu sudi melayan.

Anganan 1.

Anganan 2.

"Dapur hiasan boleh la Umi... kalau hari-hari nak masak susah jugak tu." Benar bagai dikata. Dapur cantik hanya layak dilihat dan dipuja sahaja. Kalau nak guna buat masak jenuh kederat nak membersih, menyental dan mengemas. Barang pun banyak tak tahu nak sumbat kat mana. Maka berpadalah dengan yang ada. Walaubagaimana rupanya, disitulah syurga saya.

Realiti.

Saya juga berangan ada dapur di luar rumah. Gunanya untuk menggoreng terutama menggoreng ayam, ikan dan ikan kering. Juga untuk aktiviti panggang memanggang supaya bau masakan tidak terperangkap dalam rumah. Walaupun ada hood dapur tapi saya lebih suka bau-bau itu keluar secara semulajadi. Penat nak dengar bunyi enjin hood tu dok sedut asap. Bingit je telinga. 

Angananku... sambil masak sambil melihat keluar.

Realitinya...

Awal pembinaan dulu memang saya dah tambah bumbung dan tile siap-siap kat belakang rumah hingga ke pagar belakang. Sebahagiannya saya jadikan kawasan laundry untuk membasuh dan menjemur pakaian. Sebahagian lagi saya letak rak untuk simpan barang-barang yang jarang digunakan. Tapi sejak dapur gas dan hood dapur saya rosak haritu maka saya susun semula area rak barang-barang tu untuk letak dapur sementara. Bila dah beberapa ketika dok memasak kat luar, jadi seronok pulak sebab rumah dah kurang bau masakan. Akhirnya saya kekalkan penggunaan dapur luar ni untuk proses masakan heavy duty. 


PS: Mudah-mudahan suatu hari nanti anganku menjadi realiti. Moga Allah bantu.

Wednesday, 6 May 2020

Bunga-bunga mekar di halaman rindu.

Sejak PKP yang dah  masuk fasa ke 4 ni, banyak masa saya habiskan membelek dan membelai teman-teman yang setia menemani pada setiap pagi dan petangku. Alhamdulillah sepanjang tempoh berkurung ini walau jasad terpaksa tinggal di rumah,  jiwa dan minda masih boleh ke sana ke sini meneroka dunia maya. Terima kasih kepada hubby yang menyediakan capaian internet tanpa had selama ini. Banyak masa untuk isteri mithalinya mengagumi dan mencemburui sahabat-sahabat maya yang pandai mengisi masa sepanjang perintah kawalan pergerakan ini. Yang penting banyak juga tips dan petua penjagaan pokok-pokok bunga yang selama ini saya ambil mudah. 

Saya suka bunga-bunga berwarna putih dan comel. Jadi pada awal aktiviti memokokkan halaman rinduku ini, saya memang memilih anak-anak pokok bunga spesis putih dan comel. Walaupun banyak pokok yang telah saya tanam tapi setelah beberapa lama banyak juga yang menjadi arwah. Yang tinggal hanya beberapa pokok spesis heavy duty yang tahan dengan cabaran dan ujian. Alhamdulillah, kebetulan sekarang ini musim hujan maka seronoklah mereka mengeluarkan bunga.

Mahkota berduri

Pokok mahkota berduri ni adalah tinggalan penghuni rumah sebelum ini. Semasa mula-mula pindah ke sini saya kemas semua barang-barang tinggalan mereka dan buang apa yang patut. Bila tengok pokok bunga ni rasa macam nak simpan pulak. Jadi saya tanam dalam pasu. Alhamdulillah ia subur dan membiak hingga kini. Terima kasih kepada penghuni sebelum saya itu. Mudah-mudahan pahala mengalir untuk mereka asbab pokok bunga yang ditinggalkan itu.

Kemboja 

Pokok kemboja putih ni dah beberapa kali saya tanam tapi asyik maut sahaja. Tak pasti kenapa. Mungkin sebab tanah tak sesuai atau kurang penjagaan. Namun sejak PKP ni depa mula hidup subur dan berbunga cantik.

Melur Siam atau Thai Jasmine

Melur siam ni saya beli dari kedai nursery pokok. Depa dah siap tanam dalam pasu. Saya cuma angkut bawa balik dan tambah tanah serta letak baja sahaja.

Kemuning

Pokok kemuning ni saya beli masa awal-awal pindah ke sini. Saya beli dua anak pokok. Satu saya tanam dalam pasu dan satu lagi atas tanah. Sekarang dah lebih tujuh tahun usia mereka. Yang atas tanah tu besar dan tinggi sementara yang dalam pasu hanya mencapai separuh ketinggian. Walaubagaimanapun keduanya hidup subur dan sentiasa berbunga wangi. Baru-baru ini saya susun semula pokok-pokok dalam pasu dan mana-mana pokok yang dah besar saya pindahkan ke tanah termasuklah pokok kemuning itu.

Melur kampung

Sama juga dengan bunga melur kampung ini. Asalnya hanya anak pokok yang saya beli dari nursery Sg Buloh. Mula-mula saya tanam dalam pasu. Tapi bila mula rimbun dan menjalar, saya ubah ke tanah tepi pagar. Bila dah mula menjalar saya kumpul dahan pokok-pokok yang menjalar tu dan ikat pada kayu pancang supaya depa tegak dan merimbun ke atas. Sekarang dah jadi tiga rimbunan.

Bunga kertas

Saya baru sahaja berjinak dengan bunga kertas. Tetiba pulak terbeli pokok bunga kertas ni masa singgah di nursery pokok hari tu. Alhamdulillah macam serasi pulak depa duduk bersama dengan pokok-pokok lain.

Bunga raya

Kata orang bunga raya putih ni banyak khasiatnya, jadi saya tanam saja buat ubat bila perlu nanti. Asalnya saya tanam dalam pasu. Tapi bila dah agak besar saya pindahkan ke tanah juga. Masa dalam pasu tu daunnya keluar besar dan lebar tapi selepas duduk atas tanah tetiba semua daunnya menguning dan gugur. Keluar daun baru yang kecil-kecil tapi lebat. Saya belum terokai lagi sebab musabab kejadian daun bertukar kecil tu. Yang penting bunganya tetap berkembang mekar seperti biasa.

PS: Banyak lagi yang nak kena belajar tentang penjagaan pokok-pokok ni. Moga Allah bantu.