Saya suka bunga ros. Walaupun kata orang bunga ros ni manja, saya tetap mencuba nasib. Hingga kini dah banyak pokok bunga ros yang menjadi arwah dalam 'jagaan' saya. Tapi saya tetap tidak menyerah kalah. Setiap kali pokok bunga ros mati, saya akan ganti yang baru. Oleh kerana kita main cuba jaya sahaja tanpa proper training, masih ada juga pokok yang mati. Hingga kini yang tinggal cuma 4 pasu sahaja. Namun saya masih cuba memberi sepenuh kasih sayang kepada beberapa pokok yang tinggal dan berazam selepas ni saya tidak akan cari pengganti lagi. Sehinggalah pada suatu hari ada sahabat menghadiahi beberapa batang pokok bunga ros Jepun. Kata orang kalau malas nak jaga pokok bunga ros boleh saja ganti dengan pokok ros Jepun. Sejak dari itu saya mula berjinak-jinak dengan penanaman pokok ros Jepun pulak. Alhamdulillah sangat menjadi. Daripada beberapa batang sahaja kini ia membiak menjadi beberapa pasu dengan rimbunan bunga yang cantik. Ada tiga warna semuanya, pink, oren dan purple.
|
Cepat sahaja membiak di bawah sinar mentari yang terang. Bercampur campur dengan rumput rampai di halaman rinduku. |
Malangnya bunga ros Jepun ni hanya mekar sekali dalam masa tertentu sahaja iaitu dalam pukul 10 pagi hingga 2 petang. Pada masa yang lain semua bunganya menguncup dan layu. Jadi kalau hari tu saya keluar awal pagi dan balik lewat petang, maka tak dapatlah menikmati keindahan bunganya.
|
Pink, warna favourite saya. |
Alhamdulillah sepanjang musim PKP ni saya dapat membelai dan menikmati bunga-bungaannya setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang. Oleh kerana pokok ni memerlukan cahaya matahari yang banyak maka saya letak dalam pasu yang ala-ala tergantung supaya senang nak alih mengikut kedudukan matahati nanti. Setakat ini saya letak bersebelahan dengan pokok ros biasa untuk memberi semangat agar depa juga turut sama berbunga segar.
|
Alhamdulillah sangat mudah dijaga. Hanya perlu letak di bawah sinaran matahari dan siram pada sebelah pagi dan petang. |
Walaupun bunga ros Jepun ni semangat berbunga namun hati dan jiwa saya masih tetap dengan ros biasa. Walaupun memerlukan banyak masa dan tenaga serta berkorban perasaan, saya tetap memberi sepenuh kasih sayang kepada saki-baki pokok bunga ros yang tinggal. Saya lebih suka pokok bunga ros sebab bunganya tahan lebih lama dan boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.
Baru-baru ni saya order tanah online Shoppee. Oleh kerana depa cuma ada stok tanah kuning maka saya ambik sahaja apa yang ada. Saya order 10 bungkus tanah kuning (berat 2kg setiap bungkus) dengan harga RM0.90 sekilogram. Jumlah kos tambah kos penghantaran jadi RM38. Saya menunggu hampir 2 minggu untuk pesanan tiba. Sampai sahaja tanah depan rumah saya terus memulakan operasi pemasuan semula. Saya masukkan tanah kuning tu dalam setiap pasu bunga ros yang ada dengan harapan depa akan subur semula. Selepas seminggu depa cuma mengeluarkan beberapa pucuk hijau (sepatutnya merah-merah) dan kudup bunga yang tak berapa segar. Saya buat carian google, rupa-rupanya pokok ros suka tanah hitam. Oleh kerana saya dah letak tanah kuning tu dalam pasu maka terpaksalah tambah tanah hitam semula. Alhamdulillah saya masih ada stok tanah baja hitam sebelum ini. Maka bertungkus lumuslah saya mengerjakan pemasuan semula sebab nak siapkan sebelum masuk bulan Ramadhan hari tu. Selepas seminggu baru mula nampak pucuk muda berwarna merah dan nampak segar.
|
Kudup dah mula kembang. |
|
Ros kampung katanya. Beli kat Keramat AU, RM20 sepasu. |
|
Tak tahu nama apa. Pemberian seorang sahabat. Dia semai sendiri. |
|
Tak tahu ID. Tak ingat beli kat mana dan berapa harga. Tapi the only one yang dapat bertahan lama. |
|
Semua nampak letih tidak bermaya. |
Tertanya-tanya pulak, adakah kerana sekarang ini musim hujan, menyebabkan pokok rosku tidak berapa segar... Hmm... entahlah. Ada sahabat add saya dalam grup pencinta ros di fb. Mulalah makcik nak bertukar ijo bila tengok keindahan pokok-pokok ros orang lain yang segar bugar kembang mewangi.... 😂
PS: Mudah-mudahan pokok-pokok bunga ros ni terus subur sebab saya dah berazam tidak akan menambah apa-apa koleksi pokok bunga ros lagi selepas ini. (Boleh percaya ke)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.