Saya jarang masak kuih. Tapi kalau keluar shopping dan nampak barang masakan tersusun cantik kat atas rak tiba-tiba sahaja datang bermacam-macam idea nak masak itu, ini. Tapi bila dah balik rumah dan simpan semua barang dalam kabinet, terus lupa. Lepas tu perasaan nak memasak kuih tu menghilang begitu sahaja. Tapi sejak PKP ni ligat pulak otak mencari idea untuk beraktiviti di dapur bagi mengelakkan pembaziran. Dan bila suatu pagi bangun tidur nampak ada tiga biji pisang yang dah masak layu maka makcik pun lecekkan dia untuk buat jemput-jemput.
"Umi buat cekodok ke?"
Alahai tak best pulak bunyi cekodok. La ni orang asyik sebut welcome-welcome. So makcik pun terus tukar plan. Makcik pecahkan 3 biji telur, campak dalam blender, tambah setengah cawan gula perang dan setengah cawan minyak jagung. Lepas tu masukkan pisang yang dilecek tadi. Blend sampai kembang dan likat.... kek pisang in the making.
Untuk lebih profesional kita catatkan proper resepi sebagai panduan di masa depan.
Mula-mula panaskan oven 165 darjah celcius. Lepas tu sediakan tin pembakar.
Bahan utama:
3-5 biji pisang masak layu dilecek hingga lumat. Tambahkan 1/2 sudu teh garam dan 1/2 sudu teh esen vanila dan 3 sudu gula.
Bahan A: Ayak bersama.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikabonat
1 1/2 sudu teh baking powder
Bahan B: Masuk dalam blender.
3 biji telur
1/2 cawan minyak jagung atau lain-lain
1/2 cawan gula perang atau gula kastor
Blend semua dalam blender sampai kembang dan sebati. Lepas tu tambahkan pisang lecek dan blend lagi hingga likat dan halus (smooth). Lepas tu tuang dalam tepung yang dah diayak tadi. Gaul hingga sebati. Bakar dalam oven selama 45 minit.
Siap... |
"Cekodok bakar ke Umi?" Hmm... apa-apalah anak oii. Yang penting licin. Alhamdulillah tiada pembaziran.
***Kalau nak buat cekodok welcome welcome, tak perlu ada bahan B. Cuma gunakan bahan utama dan bahan A. Masukkan tepung sedikit sedikit ke dalam pisang lecek sambil digaul hingga adunan sebati. Goreng dalam minyak yang banyak.
PS: PKP day 34. Moga Allah bantu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.