Tahun ni tak perlu booking kereta sewa sebab dah ada anak menantu orang Kelantan yang dah bawa balik kereta awal-awal lagi. Kita sponsor duit minyak dan tol sahaja.
Oleh kerana flight kami pukul 1.30 tengahari maka boleh lah melepak dulu selepas sahur. Sempat la saya perangat rendang dan setelkan urusan dapur sebelum bertolak. Pukul 9.30 pagi baru kami turun dari rumah. Kiranya agak awal jugak tu sebab nak elakkan jalan jam. Alhamdulillah jalan via MEX tenang je. Kami tiba KLIA2 sebelum pukul 11.00 pagi. Parking pun agak mudah. Make sure ambik gambar petak parking takut lupa nanti.
Manusia agak ramai. Alhamdulillah kami dah check-in online so tak perlu nak beratur panjang kat kaunter. Kami tak ambik luggage. Masing-masing bawa cabin bag sahaja. Air Asia bagi maksimum 8kg setiap cabin bag. Punya la strict, tak boleh lebih walau 100g. Maka ramai lah yang terpaksa susun semula beg masing-masing. Macam-macam drama yang berlaku termasuklah kami yang tak bernasib baik. Beg kami purata 9kg setiap satu. Dalam keadaan biasa sebelum ni boleh je lepas tapi sebab nak raya so depa saja buat strict. Oleh kerana malas nak bersoal-jawab maka hubby pi buat payment kat kaunter. Sorang boleh beli up to 15kg. Kami beli untuk 2 orang sahaja. So dapat lah 30kg. Kos dalam RM160. Tak kisah berapa buah beg asalkan total up to 30kg sahaja. So kami bagi 3 beg total 27kg. Tinggal satu cabin bag sahaja saya susun semula make sure tak lebih muatan 8kg. Lepas tu kita cuma lenggang kangkung bawa handbag sahaja.
Selesai urusan beg, kami terus masuk ke balai pelepasan. Cukup-cukup je masa yang ada. Alhamdulillah kami dah bagi masa kecederaan untuk elakkan jam tadi. Rupa-rupanya jalanraya yang clear, ganti dengan jam nak masuk boarding pulak. Apa-apa pun, kita hanya merancang, perancangan Allah itu yang lebih baik.
Dah macam pelarian pulak cari port lepak. |
Akhirnya dapat tempat duduk sementara menunggu boarding. |
Kami selamat tiba di Kota Bharu mengikut masa yang ditetapkan. Dayah jemput dengan BRV terus check-in kat homestay F&Z di Kubang Kerian. Berehat sekejap. Petang tu hubby keluar ke bazaar Ramadan Kubang Kerian cari juadah berbuka. Saya membuta kat homestay je sebab kengkonon penat sangat. Tahun ni kami balik dua hari sebelum raya. Dah lama planning nak berbuka di Kelantan sambil merasai nikmatnya makanan Kelantan yang serba manis.
Malam tu sempat bersolat terawih di Masjid berdekatan homestay sebelum pekena colek Kelantan, yang hanya wujud di musim bulan puasa sahaja.
Choleq Mek Mung... |
Day 2
Hari ni 30 Syawal. Kami hanya bersahur dengan left-over berbuka malam tadi. Homestay ni ada kemudahan memasak yang asas. Cukup lah untuk sediakan makanan yang simple.
Sebelah pagi kami hanya berehat sebelum keluar jalan-jalan untuk last minute shopping raya. Petang ada jemputan berbuka di Kg China. Alhamdulillah setelah sekian lama kami dapat berbuka puasa bersama-sama dengan mereka yang sangat banyak berjasa sepanjang usia pernikahan kami.
Meriah berbuka di Kg China. |
Seperti biasa selepas berbuka tak sah kalau tak pekena kopi. Maka kami singgah mengopi di D'Klasik Cherang sebelum balik homestay semula.
Sempat lagi pekena roti kukus. |
Sambung makan kuih manis pulak |
Alhamdulillah sempurna sudah Ramadan 1440 Hijrah. Esok raya.... kejap lagi operasi menggosok baju raya pulak.
PS: Semoga Allah menerima amalan kita semua dan memanjang umur untuk berjumpa Ramadan sekali lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.