Wednesday, 24 April 2019

Cerita gutter...

Dah beberapa lama saya dok merenung gutter yang bocor dan semakin membocor itu. Asalnya saya dah pasang gutter ni dalam bulan November tahun lepas. Masuk hari ni belum pun sampai enam bulan jangka hayatnya. Biasanya kalau saya buat apa-apa projek saya akan ambik tukang yang profesional dan pastikan ada gerenti sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh siap. Tapi disebabkan saya hanya nak pasang gutter pada bahagian pintu pagar sahaja maka saya cari kontraktor biasa-biasa sahaja. Saya buat carian internet. Masa mula-mula call memang sangat promising. Semua benda dia kata boleh buat. Alhamdulillah selepas temujanji pertama dia setuju untuk pasang gutter tu dengan harga RM600 siap pasang dan beli barang sekali. Padahal boleh je DIY bagi yang ada kudrat. Bendanya simple je. Pergi je kedai hardware beli gutter PVC 3 keping, penyangkut 4 set, gam dan silicon serta paip besar untuk saluran air ke longkang. 

Pada 16 November 2018, seperti yang dijanjikan dia pun datang. Sebelum tu dia hantar voice mesej katanya tersilap kira kos pulak. Minta tambah lagi RM100 untuk kos batang paip. Tapi saya saja suruh dia mesej konon tak clear nak dengar. Eh... tetiba tulis RM130 pulak, padahal dalam voice mesej tu dia cakap RM100. Hmm.. Bila saya kata nak dengar semula voice mesej tu dan-dan pastu mesej nak kurangkan RM30 pulak. Duh... tapi saya layankan saja sebab kesian. Padahal dalam hati saya dah rasa dia ni macam jenis tak boleh pakai. 



Alhamdulillah depa siap pasang dalam masa yang di tetapkan. Elok je siap pasang petang tu terus hujan. Dan-dan terus nampak ada kebocoran. So saya terus mesej dia kata bocor. Terus dia janji kata nak datang repair pada hari Isnin. Alhamdulillah dia datang seperti yang dijanjikan. Dia cuma tambah silikon pada bahagian yang bocor sahaja. 


Malangnya petang itu hujan lagi dan gutter tu pun masih bocor lagi. Dan dia janji nak datang semula. So saya pun menunggu hingga beberapa hari sehingga bermulalah alasan demi alasan. Malas dah saya nak screenshot. Akhirnya saya pasrah sahaja melihat air bocor setiap kali hujan turun, juga titisan air dari aircond bilik saya yang turun melalui bumbung yang sama. Simen depan pintu pagar pun asyik la basah.


Sehinggalah masuk bulan Februari 2019, gutter tu dah macam nak runtuh pulak pabila menakung air hujan yang lebat. Nak tak nak terpaksalah saya ambik gambar dan hantar minta dia betulkan gutter bertuah tu. Hingga kini mesej saya tidak dibalas hatta tidak di'bluetick' pun. Maka terpaksalah saya bersangka baik serta berdoa yang baik-baik untuknya. Case closed.  



Akhirnya minggu lepas saya cari orang lain yang sanggup betulkan balik masalah kebocoran itu. Alhamdulillah depa datang seperti yang dijanjikan. Saspen pulak saya tengok depa panjat pagar tu. Rupa-rupanya depa buka semua skrew dan cabut gutter dari awning tu. 

Suka hati bergayut kat tiang.

Togel tanpa gutter.

Buka gam dan cuci kawasan penyambung tu.

Banyak kotoran entah datang dari mana.

Selepas dah cuci semua kotoran tu depa lap biar kering. Kemudian sambung balik pakai gam dalam tin tu. Takde pulak nampak depa letak silicon. Last sekali depa angkat dan pasang balik pada kedudukan asal. Depa betulkan balik angle gutter tu. Asal buatan dahulu tidak berapa kemas. Sudutnya melengkung di tengah sebab tu air bertakung tak dapat turun ke longkang. Salur paip pun asalnya dipasang agak tinggi sebab tu air tak dapat mengalir ke bawah. Bila dah asyik bertakung gutter tu jadi berat sebab tulah asyik bocor sahaja. Alhamdulillah semua kerja siap dalam masa satu jam. Depa ambik upah RM100 sahaja. Barang yang digunakan hanyalah gam dalam tin dan skrew driver. Of course la perlukan kudrat orang muda. Saya cuma sediakan tangga dan kain lap.


PS: Mudah-mudahan selepas ini tidak bocor lagi.

3 comments:

  1. Boleh dapatkan no dan nama contractor tu...thanks

    ReplyDelete
  2. Baru bercadang buat pilihan gutter atau bumbung lengkung,,, nampak gayanya bumbung lengkung lah yg terbaik, TK

    ReplyDelete
  3. Nak no telefon org yg buat gutter tu

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.