Sejak sebelum Ramadan hubby dah buat planning pulang beraya. Kebetulan kakak ipar ajak semua saudara mara berkumpul di rumahnya pada hari raya kedua maka kami tidak melepaskan peluang untuk bertemu saudara-mara yang jarang bersua.
Sejak orang tua dah tak ada dan anak-anak pun dah besar kami tidak duduk menumpang di rumah saudara demi mengelakkan masalah menjaga aurat dan batas pergaulan. Lagipun masing-masing keluarga dah besar dan bilik tidur pun terbatas. Saya lebih suka duduk homestay sebab ada kemudahan asas untuk memasak. Boleh feeling-feeling duduk rumah dengan hidangan juadah dipagi raya. Walaupun hanya bawa rendang dan rebus nasi impit segera, cukuplah nak merasa suasana indah dipagi hari raya.
Oleh kerana last minute booking kami terpaksa menyewa homestay yang agak luas. Homestay biasa semua dah fully booked. Yang tinggal hanya banglo dua tingkat dengan enam bilik tidur. Hendak tak hendak terpaksalah ambik juga sebab tiket flight pun dah beli. Cukup untuk famili kami dapat sorang sebilik. Kalau kat rumah pun kena share bilik sebab rumah kami hanya empat bilik sahaja. Harga RM380 untuk satu malam. Kami menyewa untuk empat malam. Minta kurang pun tak lepas sebab katanya dah best price. Okay lah juga daripada sewa hotel kena booking tiga bilik, lagi la mahal.
|
The bujang solo in the family. |
Kami solat Aidilfitri di Masjid Kubang Kerian. Walaupun dah bersiap awal pagi dan tiba di masjid sebelum jam 8, ruang solat wanita di bahagian bawah dah penuh. Alhamdulillah ada ruang tingkat atas yang masih kosong. Kami dapat duduk dibarisan hadapan. Sekejap sahaja ruang belakang kami penuh dengan jemaah. Usai solat semua jemaah berpusu keluar hingga laluan tangga jadi sesak. So sementara menunggu keadaan reda kami yang hantu selfie ni pun suka hati berwefie dalam masjid.
|
Pertandingan gigi cantik. |
|
Perjalanan trafik, 5 langkah seminit. |
|
Ni je yang ada dipagi raya. |
|
One for formality. |
Destinasi pertama untuk ziarah raya haruslah ke Kampung China. Tempat tinggal arwah mak mertua saya. Generasi mak mertua semua dah tak ada. Yang tinggal kini ialah generasi hubby dan sepupu-sepupu sahaja.
|
Hubby's bestest cousin ever. |
Selesai rumah pertama kami ke Demit pulak ke rumah kakak ipar dan seterusnya ke rumah anak saudara hubby. Hari raya pertama kami selesai sebelum Maghrib. So malam tu kami pi cari pizza untuk dinner sebab dah tak larat nak makan juadah raya.
Day 2
Seperti biasa pagi hari raya kedua adalah aktiviti ziarah kubur arwah ibu dan ayah mertua saya di Banggol. Alhamdulillah setakat ini kami tidak pernah miss untuk sedekahkan beberapa potong ayat suci al-Quran di pusara mereka. Semoga roh mereka tenang di sana.
Usai ziarah kubur kami pi cari sarapan. Biasanya kami beli nasi berlauk tepi kubur tapi kali ni nak ubah selera pulak. Kami mencuba nasi kerabu di warung Kak Na. Menu nasi kerabu daging bakarnya memang meletops.
Punyala berselera makan. Kena pulak dengan kopi kampung. Alhamdulillah memang boleh repeat lagi. Padahal lepas tu dah ada jemputan raya di rumah saudara-mara lagi. Macam-macam menu depa hidang tapi saya hanya mampu lihat sahaja. Lepas tu baru slow-slow tambah bebanan dalam perut.
|
The besan at Guchil Bayam. |
|
@ Pasir Tumbuh |
|
Berpesan-pesan dengan kebenaran. |
|
With Kak Aini. |
Tak cukup dengan makan di rumah depa tapaukan pulak untuk bawa balik ke homestay. Memang pesta makan sungguh. Malam tu ada jemputan lagi tapi terpaksa minta maaf sebab dah agak lewat. Sungguh... pabila berjumpa saudara mara memang tak pernah puas.
Day 3
Hari ni hari terakhir kami di Kelantan. Sepatutnya jumpa tuan rumah untuk check-out pada pukul 10 pagi. Tapi disebabkan tuan rumah tersangkut dalam jam, maka kami tinggalkan saja kunci pintu dalam rumah dan manggakan grail.
|
Bye... |
Oleh kerana masa masih awal, kami panjangkan destinasi ke Kampung Pulau Gajah di Pantai Sabak melawat Masjid Ar-Rahman. Masjid ni siap dibina dan ditanggung sepenuhnya oleh Dato Wan Arif, awal tahun ini dengan belanja RM6 juta. Kebetulan semasa melihat-lihat terserempak dengan sepupunya sendiri maka sempat lah saya menyibuk bertanya perihal masjid yang unik ini. Katanya semua hasil ukiran adalah daripada idea dato sendiri dan diukir tangan oleh 10 orang pekerja Indonesia. Semua ukiran adalah doa-doa dan ayat suci al Quran. Terteleng-teleng juga kepala saya yang tak berapa mahir membaca tulisan ala-ala khat ini.
|
Tempat ambik wudhu'. |
|
Cari spot nak posing |
|
Tanpa menghirau panas terik.. |
|
Tempat sujud imam. |
|
Ukiran bahagian dalam kubah masjid, |
|
Saliran air sekeliling masjid mencipta udara yang nyaman. |
Dah puas menikmati hasil seni masjid kami terus gerak ke airport Pengkalan Chepa yang hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Alhamdulillah satu pengalaman yang sangat berbaloi.
|
Sempat lagi mengopi sementara menunggu waktu berlepas. |
|
Selamat tiba di KLIA2 |
Terus ambik kereta kat parking lot. Depa caj RM164 untuk parking dari Isnin pagi hingga Jumaat petang. Malas nak kira berapa jam. Tapi rasanya secara kasar depa caj RM2 sejam.
PS: Raya lebih indah bila bersama yang tersayang....