Dah lama saya dok perati paip air ni. Alhamdulillah sejak pindah ke sini tak pernah lagi dia buat hal. Dah masuk lapan tahun sedia berkhidmat hingga kini. Cuma baru-baru ni macam ada sedikit bocor. Dah tutup ketat-ketat pun air masih menitik. Maka dengan sedikit kepakaran yang ada saya pun memulakan operasi mengganti kepala paip pulak. Sebenarnya boleh je nak panggil plumber tapi seperti biasalah, 'old habit die hard', suka buat kerja sendiri selagi terdaya....
Sementara tu kita kemas dan susun dulu apa yang patut. Bathtub tu untuk kegunaan cucu apabila balik sekali sekala. Tapi sejak dah boleh berjalan dan berlari ni dia lebih suka mandi macam orang besar. Dah tak perlu guna bathtub lagi. Maka kita gantung tinggi-tinggi untuk kegunaan masa akan datang. (Untuk adik-adik dan sepupunya pulak nanti) Maka sibukah nenek pepagi hari memasang penyangkut dalam bilik air tu.
First thing first haruslah kena ada barang baru kalau nak ganti barang lama. Maka ke kedai hardware lah kita melihat-lihat apa yang perlu. Saya pilih kepala paip yang ada dua laluan air. Menghampiri usia senja ni saya selalu mengambil kira perkara-perkara untuk kemudahan warga emas. Siapa lagi nak tolong kita kalau kita tak tolong diri sendiri.
Setelah cukup keperluannya maka bertukanglah kita lagak seorang profesional. Tak perlukan banyak barang pun. Cukup dengan satu spanar hidup sahaja. Saya tutup sumber air utama lepas tu pulas sahaja kepala paip tu dengan spanar hidup. Lepas tu masukkan kepala paip yang baru. Alhamdulillah siap dalam masa tak sampai lima minit.
Mudah-mudahan dapat bertahan lama. |
Biasalah kalau makcik pencen duduk rumah, mana boleh duduk diam. Ada sahaja projek yang berlegar dalam kepala. Lepas ni mata akan mula melilau ke tempat lain pulak maka akan ada penampakan yang perlu dimurnikan lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.