Saya bukanlah suka masak. Masak bila perlu sahaja. Masa anak-anak kecik dulu saya terpaksa masak sebab nak jimat duit. Pendapatan pun tak berapa kukuh maka kita berjimat cermat dimana boleh.
Saya dah guna dapur gas ni sejak duduk di Selayang lagi. Rasanya dah lebih sepuluh tahun guna dengan penuh kasih sayang. Masa kat Selayang dulu saya selalu guna oven tu untuk masak kek dan kuih raya setiap tahun. Tapi sekarang saya dah beli oven elektrik untuk kemudahan anak-anak maka oven tu pun dah jarang digunakan. Lagipun sekarang saya dah kurang buat kuih raya. Semuanya main tunjuk-tunjuk sahaja. Maka saya jadikan oven tu sebagai tempat menyimpan dulang-dulang dan bekas untuk bakar biskut dan kek sahaja.
Dapur ni saya pilih sendiri, konon sebab dapur adalah jajahan takluk saya maka semua perkara dan keputusan berkaitan dapur adalah hak mutlak saya. Hatta reka bentuk dan susun atur barang dapur pun dalam bidang kuasa saya. Alhamdulillah semua ahli keluarga saya dah maklum, jangan pepandai usik barang Umi. Tapi seronok la depa tak payah susah fikir hal-hal dapur. Semua Umi akan setelkan.
Dapur ni saya pilih sendiri, konon sebab dapur adalah jajahan takluk saya maka semua perkara dan keputusan berkaitan dapur adalah hak mutlak saya. Hatta reka bentuk dan susun atur barang dapur pun dalam bidang kuasa saya. Alhamdulillah semua ahli keluarga saya dah maklum, jangan pepandai usik barang Umi. Tapi seronok la depa tak payah susah fikir hal-hal dapur. Semua Umi akan setelkan.
Baru-baru ni dapur gas tu dah mula buat hal. Satu mata tungku dah tak boleh pakai. Yang lain pulak macam nak tak nak je keluar api. Nak hidupkan api pun kena pakai lighter sebab ignition dah tak boleh jalan. Api pun keluar kecik je. Nak masak pun terpaksa tunggu lama.
"Ayah beli la dapur baru kat Umi....." Anak-anak selalu menyakat.
Seperti biasa hubby memang tak fikir sangat pasal hal-hal dapur. Dia cuma bagi duit, hah...pepandai la fikir nak buat macamana. Setelah dicongak, tambah tolak, maka saya ambik keputusan untuk tukar dapur baru. Dah lama saya berkenan dengan dapur yang tanam terus dalam table top tu. Nampak kemas dan mudah dicuci. Tapi terpaksa pulak cari orang nak buat table top baru. So first thing first kena pi beli dapur dulu supaya senang depa nak bajet untuk buat lubang.
Alhamdulillah ada kawan yang sanggup ambik kontrak buat table top dan pasang pintu kabinet sekali. Depa datang ukur dan buat sebutharga. Luas kawasan stove dapur saya tu cuma 4 kaki sahaja. Depa quote RM1200 untuk table top dan pintu kabinet siap pasang. Dapur kena beli sendiri ikut cita rasa sendiri. Saya beli yang biasa sahaja. Brand Livinox harga RM650 sahaja untuk satu set. Tambah wayar dan kepala gas jadi RM700. Terlupa pulak nak buat survey dahulu, so saya beli sahaja apa yang berkenan di hati. Ada je brand lain yang lebih canggih harga ribu riban tapi kita cuba dulu dengan yang simple. Dah tua-tua ni takut nak pakai yang canggih-canggih, kang tak reti nak guna. Yang penting api dapur boleh menyala dengan baik.
Tunggu simen kering dulu sebelum nak pasang tile. |
Lepas lima hari tunggu simen dah betul-betul kering baru depa datang pasang tile. Susah jugak nak dapatkan tile yang sama warna dan kualiti dengan yang sedia ada tapi depa cuba yang terbaik. Lepas dah siap pasang tile depa ukur semula saiz pintu kabinet supaya betul-betul fit bila nak pasang nanti.
Warna kabinet yang paling hampir dengan yang sedia ada. |
Seperti biasa bila dah upgrade satu benda akan berjangkit kepada benda lain pulak. Sementara dok tunggu depa ukur pintu kabinet dapur tu kita minta depa ukur area peti sejuk pulak. Mulalah buat planning baru untuk tambah kabinet keliling peti sejuk. Suka hatilah labu. As long as hubby bagi kad, kita cucuk jelah setakat yang masih dalam bajet. Depa quote RM1100 siap pasang.
Suka hati saya je buat design. |
Akhirnya..... |
Alhamdulillah semua selesai dalam masa sebulan. Lepas ni boleh lah rajin-rajinkan diri untuk memasak lagi.
PS: Dapur lama tu kita letak luar dulu. Lepas ni nak repair dan ganti bateri untuk ignition tu. (Rupa-rupanya ignition tu pakai bateri saiz gedabak tu. Huhu... makcik baru tahu selepas susah payah heret dapur tu keluar sorang-sorang.... Sabo jelah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.