Friday, 8 March 2019

Happy 28th Anniversary... .

Sejak hubby makin sibuk ni rasa macam dah takde masa untuk diri sendiri. Setiap hari ada sahaja hal-hal yang mendatang hingga melewati waktu hujung minggu. Sepatutnya waktu hujung minggu bersama keluarga tapi atas tuntutan kerja terpaksa juga korbankan masa. Alhamdulillah anak-anak semua dah besar dan memahami. Saya.... of course la paling memahami dan pasrah bahawa hak masyarakat dan ummah lebih utama daripada hak sendiri. 

Dalam kesibukan dan up and down alam rumah tangga, sedar tak sedar usia pernikahan kami sudah memasuki tahun kedua puluh lapan. Alhamdulillah. 

2 Mac 2019 jatuh pada hari Sabtu. Biasanya pada tarikh-tarikh special begini kami akan keluar makan-makan. Malangnya walaupun hari Sabtu, hubby ada program sepanjang hari di luar kawasan. Jadi kita tunggu jelah hubby balik. Dan sebagai tanda kenangan kita buatlah juga kek simple homemade. Pabila dah mencecah usia emas ni kek pun kena patuhi menu sihat. Maka ber carrot cake lah kita.

Saya guna resepi paling mudah, main campak-campak je.

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 cawan karot parut
  • 1 cawan walnut cincang
  • 1 sudu teh esen vanila

Dalam mangkuk besar campurkan gula perang, minyak jagung dan telur. Gaul rata. Masukkan garam dan esen vanila. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk kayu manis. Kemudian campurkan dengan adunan tadi. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan karot parut dan walnut cincang tadi. Gaul rata. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven 160 darjah celsius selama 1 jam. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. 

Sementara itu boleh buat cream cheese sebagai hiasan. 

  • 250g cream cheese (saya guna tortura)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil lemon juice (perah dari sehiris lemon)
Putar semua bahan hingga kembang. Lepas tu tuang atas kek yang dah sejuk tadi. Pastikan betu-betul sejuk. Lepas tu simpan dalam peti sejuk untuk mengeraskan lapisan kream cheese tu. Kemudian hias sesuka hati.

Sapu cream cheese dulu

Pepandailah labu.... hiris stawberry lepas tu susun sukahati.

Hubby balik dah malam tapi kita pepandai jelah hiburkan hati sendiri. Penat-penat belum sempat salin baju kita paksa potong kek. Yang penting setiap tahun ada kenangan tersendiri.

Layan jelah isteri mithali ini..

Kata orang, sebenarnya yang penting bukanlah acara sambutan tu sangat, tapi the thought that counts. Jadi kita fikir dan buat apa yang patut. Dan dalam kekangan masa yang ada ni kita makan kek karot sahaja, serta dinner dengan kari kambing special. All homemade.

PS: Pastikan makanan sentiasa ada sebab setiap kali hubby balik tak pernah tak makan di rumah. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.