Monday, 19 October 2015

Pengalaman bleeding 2

Hari Selasa 13hb Oktober yang lepas saya pi buat pap smear kat Ampang Puteri. Genap seminggu lepas saya buat check up sebab bleeding banyak sangat hari tu. Lepas buat check up masa 6hb Oktober sebelum tu saya ikut arahan doktor supaya makan ubat Norcolut untuk hentikan darah. Lepas 4 hari makan ubat Norcolut tu darah dah mula berkurangan.  By seminggu darah terus kering dan berenti sepenuhnya dan bersedia untuk buat pap smear.

"Oh dear...your hemoglobin is too low.....bla...bla....bla.." Doktor ni memang suka membebel rupanya. Memang keputusan ujian darah hari tu kurang memuaskan. Saya kurang darah mungkin kesan bleeding tu. So doktor bagi iron tablet untuk tambah darah pulak. Adoyai..... sat kurangkan darah sat tambah darah pulak. Sambil tu tak terasa dia tengah dok proses buat pap smear. Tetiba je dah siap. Katanya keputusan ujian pap smear akan keluar dalam masa 2 minggu. Mak aih lamanya....... tak kan la Ampang Puteri pun lambat keluar result...kata saya dalam hati.

"Okay...you continue taking Norcolut. When you finish the tablet your period should come back. Immediately your next period start, you call my clinic for an appoinment....and we shall see what we'll do with your bleeding."

Sebenarnya doktor dah bagi cadangan tentang apa yang dia nak buat masa next appointment nanti.
  • Pakai implanon
  • Pakai iucd mirena

Dua-dua tu sama je fungsinya. Untuk stop pendarahan yang banyak dan untuk halang supaya tidak bunting..:) Hmm... Dua-dua tu pun sangat mahal. Tapi doktor tu macam nak suruh saya pakai implanon je. Yang macam susuk depa letak kat bawah lengan tu. Kos barang sahaja RM1000. Doktor dah siap pesan supaya sediakan tunai. Bayar terus kat dia. Dia sendiri akan keluakan resit. Hmm....akal saya seakan menangkap seperti adanya sedikit fishy di situ. Kos RM1000 hanya untuk harga barang. Belum campur doktor punya consultation fee dan kos-kos lain yang berkaitan. Maunya mencecah nilai RM2 000. Tapi apa lah sangat untuk kesihatan diri sendiri. Jumlah kos buat pap smear hari tu saja depa caj RM450. Masa jumpa on 6hb Oktober tu dah kena caj RM530. Dah dekat RM1000 di situ.

Setelah 10 hari meneruskan makan tablet Norcolut tu kulit badan saya dah mula kering. Tidak lagi moist dan cantik gebu seperti biasa....:) Rupanya ubat tu bukan setakat mengeringkan darah saya tapi macam nak mengeringkan keseluruhan jasad saya. Selera makan pulak makin bertambah kesan iron tablet tu gamaknya. Berat badan dah naik 1 kg dalam masa 10 hari tu. Tak boleh jadi nih. Saya pun stop makan semua ubat tu. Lepas 3 hari pendarahan datang balik. Kalau ikut cycle memang dah sampai masa untuk period saya datang semula. Jadi saya tidak berapa risau sangat.

Sebagai mematuhi arahan doktor , saya pun call untuk buat temujanji. Malangnya dia fully booked sampai minggu depan. Result pap smear pun katanya tak tahu lagi. Doktor-doktor lain yang saya biasa jumpa kat Ampang Puteri pun semua fully booked. Yang ada hanya doktor ganti.

Fikir punya fikir saya pun buat appoinment kat Damai Servis Hospital Taman Melawati. Saya dah pernah ke situ beberapa kali. Teman Hubby buat medical check-up. Lepas tu teman Ein. Last sekali baru ni teman Nina sebab kaki bengkak sebab main bola baling. Sejak itu saya dah rasa macam serasi pulak dengan servis yang depa sediakan. Selepas membuat sedikit kaji selidik saya juga yakin depa mempunyai pakar sakit puan yang tak kurang hebatnya.

So kebetulan hari ni sekolah cuti lagi sebab jerebu, saya ambil peluang yang Allah bagi ini untuk menyelesaikan masalah bleedingku. Once and for all kata orang.

Alhamdulillah saya walk in saja untuk berjumpa doktor pakar O&G. Tak perlu buat appoinment. Hanya call untuk pastikan doktor tu ada. Saya tiba hospital kol 4.15pm. By kol 4.30pm jumpa doktor. 

Saya menjalani ujian pap smear lagi sekali sebagai rekod pesakit baru di hospital Damai ini. Malas dah nak fikir pasal ujian yang dah dibuat kat Ampang Puteri minggu lepas. At least saya dapat second opinion. Hasil ultra sound scan, doktor nampak dinding rahim saya sangat tebal. Itu mungkin penyebab bleeding yang banyak. Kenapa dinding rahim saya tebal? Tiada jawapan. Saya memang mengalami period yang panjang  sejak anak dara. Masa period 9-10 hari adalah normal bagi saya. Maknanya dinding rahim saya memang tebal sejak azali. Jadi bleeding yang banyak juga sepatutnya normal bagi saya. So dengan ketebalan dinding rahim begini maksudnya lambat lagi la saya nak mencapai fasa menopause. Cuma yang dirisaukan apabila usia saya menginjak 5 series ni takut tubuh saya tak sempat nak replanish atau ganti balik darah yang dah keluar tu dengan cepat. Takut nanti anemic, dapat penyakit kurang darah pulak. Doktor sarankan supaya saya ambik hormon secara konsisten untuk nipiskan dinding rahim tu. Ini yang saya tak gemar. Ambik ambik hormon ni tak pernah wujud dalam kamus hidup saya.

Setelah bersoal jawab dan berbincang beberapa ketika akhirnya kami mencapai kata sepakat tentang apa yang perlu dibuat dengan masalah bleedingku ini. Sebenarnya saya telah membuat banyak pembacaan, rujuk sahabat O&G, tanya Mr google dan sebagainya. Sebelum jumpa doktor pun saya decide apa yang saya fikir baik untuk diri saya. Alhamdulillah doktor hanya memperkukuhkan keputusan saya sahaja.

Doktor bagi ubat ni in case saya masih bleeding teruk. Rasanya pil ini juga bakal mengalami nasib yang sama. Rupa-rupanya tak suka makan ubat juga merupakan sejenis penyakit kronik. Hmmm.....entah lah.

PS: Mudah-mudahan kesihatan yang Allah akan kurniakan selepas ini tidak melalaikan saya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.